Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, July 27, 2011

Filem sulung Namewee di pawagam 8 Sept

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee akan menayangkan filem sulung arahannya - Nasi Lemak 2.0 - pada 8 September di 60 pawagam di seluruh negara.

Filem sepanjang 148 minit itu - arahan Wee sendiri dan
membabitkan kos RM1 juta - mengandungi dialog dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin dan lain-lain dialek Cina di Malaysia.

"Walaupun penggambaran filem itu kebanyakannya dalam Mandarin dan Kantonis, kita juga masukkan bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil, yang mungkin menjadikannya filem paling banyak pelbagai bahasa," katanya.

Wee, 28, berkata beliau bernasib baik kerana mendapatkan penajaan syarikat-syarikat korporat untuk memulakan penggambaran filem tersebut, walaupun usahanya untuk mendapatkan pelbagai jenis pembiayaan kerajaan ditolak tahun lalu.

"Sebahagian daripada mereka membiayai saya sikit selepas
saya siarkan video tentang kekurangan bajet saya tahun lalu," katanya merujuk kepada video 'Namewee mahu bertemu PM Malaysia'.

Filem Namewee antaranya, dibintangi Afdlin Shauki, Adibah Noor, Nur Fathia, vokalis Alleycats Datuk David Arumugam, penyanyi Karen Kong, Reshmonu, dan model Felixia Yeap, antara lain.

Penerbit eksekutif filem itu, Fred Chong, berkata 'Nasi Lemak 2.0' dipilih sebagai tajuknya kerana dicipta oleh rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

"Nyonya mencipta sambal, orang India memperkenalkan kari dan orang Melayu pandai menggunakan ikan bilis, inilah caranya kita menghasilkan sepinggan nasi lemak," katanya.

[Baca berita penuh]



Original Page: http://www.malaysiakini.com/news/171181


No comments: