Itu di Kuala Lumpur. Tanah perkuburan yang ditadbir dan diuruskan sepenuhnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Yang gaji pekerjanya dibayar oleh wang cukai warga. Yang gaji Pengarahnya dibayar menggunakan wang hasil titik peluh rakyat. Bukan salah pekerja dan bukan salah pengarahnya. Maaf.
Apakah sudah kehabisan tanah di Kuala Lumpur ini untuk dijadikan tanah perkuburan? Apakah sudah kehabisan tanah di Kuala Lumpur ini untuk dijadikan tempat kediaman? Lama betul gua berhenti menulis, sehingga ramai yang menghantar e mail bertanya khabar. Gua ingatkan blog buruk ini tiada pembaca, rupanya masih ada yang sudi membuang masa di sini. Khususnya kalangan mereka yang berfikiran dangkal dan bercakap tanpa menggunakan akal. Gua pasti mereka adalah orang Melayu produk United Malay National Organization. Lembap dan sangat kurang mahir berfikir.
Untuk mereka, gua ingin bertanya dua soalan tadi, apakah sudah kehabisan tanah di Kuala Lumpur itu untuk dijadikan tanah perkuburan, dan apakah sudah kehabisan tanah di Kuala Lumpur ini untuk dijadikan tempat kediaman? Kalau ada Cina yang bertanya atau menegur, nanti Ibrahim Ali akan suruh orang Melayu mengasah parang. Apabila ada orang India yang menegur atau cuba mempersoalkan, maka nanti kumpulan Melayu bebal bersongkok tinggi akan keluar berdemonstrasi menggenggam penumbuk di hadapan Istana Negara. Apabila ada orang Melayu yang menegur, mempersoalkan dan cuba untuk mengajak berfikir secara rasional, orang Melayu itu akan dituduh sebagai tidak sayangkan bangsa, nak jadi Cina, perlu dihalau tinggal di Singapura, dimaki segala keturunan dan sebagainya.
Bodoh dan bebal memang dua sifat penting kumpulan penjilat najis dalam UMNO. Dan sekarang PERKASAM. Tanpa dua sifat penting ini, lu tidak layak untuk menjadi ahli. Atau sekurangnya digelar sebagai penyokong.
Tanah kubur tadi adalah satu contoh bagaimana nasib orang Melayu, di tanahair sendiri. Rumah-rumah kediaman yang sempit dan menyesakkan, yang ditadbir dan diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, juga adalah sebahagian contoh bagaimana nasib orang Melayu di tanahair sendiri. Negara kita miskin dan tidak punyai wang untuk membina kediaman yang lebih baik untuk warganya? Negara kita kekurangan tanah untuk membina tanah perkuburan yang lebih selesa dan teratur untuk warganya?
Kasihan orang-orang Melayu bebal yang merepek memberikan komen di blog gua. Gua tidak ketawa membaca komen-komen mereka, bahkan gua sedih kerana masih ada lagi bangsa Melayu yang tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka telah selama ini diperbodohkan oleh United Malays National Organization. Dan sekarang PERKASAM. Gua sedih kerana kebanyakan mereka ini, gua sangat pasti, adalah kalangan Melayu yang rumahnya tidaklah sebesar kediaman Khir Toyo, bahkan gua juga pasti mereka ini bukanlah kalangan orang Melayu yang memiliki 2 biji Lamborghini serta 4 biji Mercedes Benz dalam garaj mereka. Gua sangat pasti, kerana golongan tersebut tidak akan membuang masa mereka memberikan komen-komen dangkal, sebaliknya mereka lebih suka melihat orang-orang Melayu marhaen, kelas bawahan, pekerja am, buruh kasar, golongan pertengahan pembayar cukai terus diperbodohkan demi kelangsungan dinasti mereka.
Dalam posting gua sebelum ini, dengan jelas gua paparkan muka Ibrahim Ali dan Mahafiraun. Ah! Betapa hinanya jari-jari gua ini kerana sanggup menaip nama Ibrahim Ali. Lu mahu mengangkat Ibrahim Ali sebagai pejuang Melayu? Lu mahu mengangkat Mahathir Mohamed sebagai pejuang Melayu? Dua manusia itu, tidak tinggal di kediaman-kediaman sempit di Kuala Lumpur. Dan apabila mati, dua manusia itu tidak dikebumikan di tanah-tanah perkuburan sempit di Kuala Lumpur. Janganlah jadi bodoh, atau masih terus mahu jadi bodoh dan diperbodohkan oleh PERKASAM dan Mahafiraun ini.
Tanah-tanah orang Melayu, yang menjadi peneroka bandar, dirampas atas nama kemajuan. Dirampas atas nama pembangunan. Di mana PERKASAM dan Ibrahim Ali? Kemudian orang-orang Melayu dihantar menetap di rumah-rumah pangsa PPRT. Kemudian bercambah masalah social. Kemudian bercambah masalah jenayah. Orang Melayu akan terus dibelenggu dengan masalah ini. Kemudian PERKASAM dan UMNO akan tiba untuk menghulurkan bantuan bermusim. Mereka akan datang menghiburkan hati untuk seketika. Membawa anak-anak muda Melayu bermotosikal mengeliling kotaraya. Hati gembira untuk sehari dua.
Kekal berkuasa dan segala masalah akan timbul semula. Ibrahim Ali dan PERKASAM akan terus hidup senang dan stabil. Mahathir Mohamed masih terus menetap di Seri Kembangan. Mat-mat rempit akan kembali ke rumah pangsa ibu dan ayah mereka. Pulang hanya untuk tidur di ruang tamu kerana kediaman yang sempit. Ada adik perempuan dan satu bilik untuk ibu dan ayah bergomol. Mat rempit keluar kerana bosan, kerana tidak selesa. Kerana kediaman yang hanya sesuai untuk dua manusia dan seorang anak menetap, tapi keluarganya ada 6. Sudah habiskah tanah-tanah di Kuala Lumpur untuk membina kediaman yang selesa? Atau negara ini tidak punyai wang untuk memberikan keselesaan buat rakyatnya?
Apakah di tapak Penjara Pudu itu nanti akan dibina rumah teres kos rendah untuk penempatan rakyat? Atau tanah itu sudah ada towkey-towkey besar yang punya? Yang kemudiannya melahirkan jutawan-jutawan segera Melayu hasil tandatangan dan surat sokongan mereka. Tidak cukup tanah untuk rumah teres kos rendah? Yang dibuat kerajaan untuk rakyatnya? Mengapa tanah-tanah hutan di Bukit Jalil boleh dimusnahkan, dijarah untuk pembinaan kediaman mewah? Mengapa tanah di Hulu Kelang boleh dijadikan kediaman-kediaman mewah tapi tidak untuk kediaman warga kelas pertengahan dan bawahan? Mengapa?
Apakah hanya orang kaya sahaja dalam Malaya ini yang perlu hidup selesa? Apakah orang kaya sahaja yang perlu mati dan dikebumikan dengan selesa? Jangan salahkan rakyat kerana Malaya bukanlah sebuah negara miskin. Jangan salahkan rakyat kerana tanah Malaya ini subur. Jangan salahkan rakyat kerana bumi Malaya ini masih luas. Sangat luas. Jangan. Tapi salahkan pemimpin-pemimpin Melayu penipu yang saban hari terus kembung poketnya, yang saban hari terus memperbodohkan orang Melayu untuk mereka kekal berkuasa. Yang saban hari terus merompak harta-harta rakyat atas nama pembangunan. Bukan sahaja di Kuala Lumpur, bahkan di Jelebu, di Kamunting, di Bakun bahkan di seluruh Malaya.
Rizab tunai Felda dalam tempoh 4 tahun telah berkurangan sebanyak hampir RM3 bilion. Siapa yang menjadi peneroka Felda? Siapa yang ada akses untuk menjaga rizab tunai Felda? Kalau dipanggil bodoh, kamu marah. Tapi memang sebenarnya kamu bodoh kerana terus ditipu. Ibrahim Ali dan Mahafiraun berada dalam majlis PERKASAM ini bukan dengan agenda penting untuk membela orang Melayu. Tolonglah faham. Ibrahim Ali tahu dalam pilihanraya akan datang, dia perlukan satu platform untuk bertanding dan kekal sebagai Ahli Parlimen. Takkan mahu bertanding di Sabah atau Sarawak. Jadi dia perlukan PERKASAM untuk menjadi satu medium yang sekurangnya akan menjadi penyambung hayat untuk 10 tahun yang akan datang. Jangan cakap Ibrahim Ali sudah kaya dia tidak perlu menjadi Ahli Parlimen lagi. Kaya dan Ahli Parlimen adalah dua benda yang berbeza. Kaya tidak cukup tanpa kuasa. Dan kaya akan susut jika tidak ditambah. Untuk menambah perlukan kuasa.
Mahafiraun pula hanya mahu memastikan dinasti dan dirinya sendiri tidak dibicarakan rakyat. Percayalah, tiada siapa yang mahu selepas matinya orang menghina. Tiada siapa yang mahu selepas matinya, segala keturunannya akan dicerca, akan dibicara. Dengan medium PERKASAM, Mahafiraun akan dilihat sebagai terus membela nasib orang Melayu, walaupun melalui air tangannya beliau sendirilah, orang Melayu mulai menderita, sedikit demi sedikit dan akhirnya tenat. Tak percaya?
Jangan tuduh Karpal Singh atau Lim Kit Siang sebagai penderhaka kepada sultan-sultan Melayu. Lihat dahulu apa yang dilakukan Mahafiraun kepada sultan-sultan Melayu. Lihat dahulu bagaimana rakusnya Mahafiraun menguasai minda orang Melayu. Terus ditakutkan dengan kemiskinan. Terus ditakutkan dengan penguasaan Cina. Terus ditakutkan dengan isu agama. Lihatlah mangkuk hayun mana yang mengubah dasar pertanian negara? Lihatlah mangkuk hayun mana yang menyebabkan orang-orang Melayu kehilangan tanah-tanah rizab mereka, atas nama Dasar Pandang ke Timur. Atas nama pembangunan kilang-kilang industry, yang kini sibuk menggaji Bangladeshi, Nepal dan Indonesia, dan bukan lagi anak-anak muda Melayu. Apa jadi kepada tanah-tanah pertanian yang sebahagian besarnya adalah milik orang Melayu?
Mengapa negara yang sangat subur ini, terpaksa mengemis untuk mengimport beras. Untuk mengimport gula. Orang Melayu bising apabila harga beras naik. Orang Melayu seperti mahu menghadap hari kiamat apabila bekalan gula berkurangan. Mengapa negara ini yang subur buminya terpaksa bergantung kepada bekalan gula dan beras dari luar? Apakah padi dan tebu tidak subur tumbuhnya di Malaya? Gua bersetuju jika gula dan beras itu diimport dari banjaran Alps atau pun padi yang hanya boleh hidup di Finland. Tapi tidak, kita hanya mengimport beras dan gula dari Thailand. Tebu dan padi boleh hidup subur di Thailand, yang hanya seberang sempadan. Yang tanah dan cuacanya sama. Kerja siapa? Mahu menjadikan siapa kaya?
Kalau perlu diimport, mengapa tidak Lembaga Pertubuhan Peladang sahaja yang menjadi pengimport beras? Biar ia diurus dan ditadbir rakyat. Mengapa tidak biarkan sahaja gula diimport oleh MARA? Biar gula diniagakan oleh MARA? Kenapa mesti diberikan kepada pengusaha gula dan pengusaha beras? Kalau 100 ribu pengusaha gula dan beras diberi lessen mengimport, bukankah ia lebih baik daripada seorang sahaja? Mahu memberikan kekayaan kepada siapa dan mahu menyusahkan siapa? Mengapa tanah-tanah pertanian ini tidak dimajukan sebaliknya pak menteri hanya megah bertopi koboi melawat sambil melancong menghantar isteri membeli belah di ladang-ladang pertanian di Australia, di Holland dan di Switzerland?
Mengapa negara yang kaya dengan hasil sumber bumi ini masih ketinggalan dalam masalah pengangkutan awam? Mengapa rakyat perlu terus bersesak dalam system pengangkutan awam yang �festy�, atau jaringan jalanraya berlubang-lubang yang tidak diselenggara? Banggakah kamu dengan Jelebu yang sejak 10 tahun yang sudah, berdepan dengan masalah pengangkutan awam? Banggakah kamu dengan perkhidmatan awam yang telah ketinggalan 10 tahun di belakang? Apakah Malaya ini tidak mampu? Jika Malaya mampu membeli kapal selam buruk dengan harga berbillion Euro, apakah Malaya tidak mampu membeli 10 biji bas untuk pengangkutan awam di Jelebu? Dan membeli tren serta memperluaskan jaringan LRT serta komuter agar lebih efisyen? Menampal dan menurap jalanraya berlubang yang menjadi penyebab kematian penunggang motorsikal? Memajukan system pendidikan negara agar semua rakyat termasuk orang Melayu, tidak lagi perlu mempersoalkan mengenai meritokrasi, kuota bumiputera ke university dan sebagainya? Takkan orang bodoh mahu diberi peluang ke university hanya semata bapanya seorang Ketua Bahagian UMNO?
Orang-orang Melayu bebal dan bodoh, terus diperbodohkan oleh Ibrahim Ali dan Mahafiraun. Terus diperbodohkan oleh PERKASAM dan UMNO. Hanya megah dengan title Melayu. Hanya megah dengan title bumiputera. Hanya megah melaungkan slogan Hidup Melayu. Ketika satu orang Melayu hidup selesa dan 10 orang Melayu hidup menderita. Ketika sepuluh orang Melayu dikebumikan di tanah-tanah wakaf sempit, dan hanya seorang pembesar Melayu yang matinya, ditanam di Bukit Kiara."
Sumber cut n paste dari http://jordan2jelebu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment