Konvoi Kemanusiaan untuk penduduk Gaza di Palestine telah diserang. Bunyinya memang sadis tapi bila ia diserang oleh Israel rasa terkejut tu berkurangan. Sapa saja yang tak tahu perangai si laknatullah tu pegilah tadika balik. Bertahun kita digesa mengutuk, boikot, ludah yahudi kot nampak mana-mana, terajang pusat awek-awek yahudi yang berpeleseran kat KLCC, daftar sukarelawan, sumbang apa yang patut (wang ringgit, baju lawa, buku tulis 80 ms, pen marker dll), lagi berani kayuh bot pegi Palestine angkat senjata. Sesama muslim perlu kita ambil berat dan saling bantu-membantu.
Benda dah lama. Dari tahun 64 mereka dibantai dan dibedil. Bukan kita tak tahu. Ada ke cikgu sekolah buat lawatan sambil belajar ke Palestine? Ada? Jadi, kutukan dengan air liur aje tak memadai.
Bercerita pulak pasal Kerajaan Malaysia yang serba lembab ni terutama Najib dan kabinet dapurnya lagi buat badan menggigil seluruh badan. Arghhh… judi pun dihalalkan apa la sangat peluru menusuk ke perut bayi anak-anak Palestine ye tak? Kilang Coca-Cola pun dia rasmi demi pelaburan kepala tok nenek dia apa la sangat pasal Mavi Marmara ye tak?
Cuma kepada aktivis pembebasan Palestine, gua salute pada lu. Nak jadi macam lu orang memang gua tak berkederat, Cuma sumbangan dan doa dari gua untuk lu yang setakat ni mampu gua lakukan…..
(Maklumat tak berapa terkini ada gua sumbatkan kat twitter gua. Kalau rajin kliklah untuk berita penuh paparan blog asal)
No comments:
Post a Comment