Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, January 22, 2012

Kaki Pau Dalam Bentuk Organisasi Kerajaan



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop untuk berdebat mengenai dakwaan BN bahawa tol di lebuhraya tidak boleh dihapuskan.

Lim berkata beliau bersedia berdebat dengan Nor Mohamed, menteri yang bertanggungjawab menjaga Unit Perancang Ekonomi pada bila-bila masa dan mana-mana tempat berhubung dakwaan kerajaan mengapa beberapa tol yang sedia ada tidak boleh dihapuskan.

"Mengapa kita tak boleh hapuskan tol bila PLUS untung 308 peratus. Mari bahas mengikut isu dan fakta, bukan dengan emosi dan sentiment. "Dia seorang menteri, saya seorang Ketua Menteri, kami setara. Mari kita berdebat demi kepentingan rakyat," cabar Lim.

Sebelum ini, Nor Mohamed membuat kenyataan bahawa janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan tol jika mereka berkuasa di Putrajaya sebagai tidak masuk akal.

..............


Come on Pak Menteri,sahut cabaran dia.

Alang2 nak melakukan transformasi negara, jadikan budaya berdebat secara open dan live satu benda yang common untuk membuktikan kepada rakyat yang menteri tahu apa yang dia buat dan bukannya sekadar jadi menteri kerana gagah berpolitik semata-mata. Gunakanlah rancangan debat dalam RTM tu sebagai pentas nak "counter" balik pembangkang. Ajak pembangkang share pentas. Setakat lawan balik pembangkang dengan ayat "diorang tu bukan tau apa, nak lawan kerajaan aje tau" takkan berkesan nak tarik sokongan orang ramai.

Personally, aku mahukan content. Tapi menteri kebanyakannya bila bercakap, angin aje keluar. Aku berharap benar dapat dengar menteri bercakap dan berhujah guna akal diorang sendiri dan bukannya teks ucapan yang disediakan oleh orang lain untuk dibaca menteri.

Kalau benar apa yang pembangkang kata tu salah..sila buktikan. Cakap kosong takde guna. Cakap dalam RTM aje pun takde guna. Kau nak yakinkan orang2 yang skeptikal macam aku? Nak suruh aku undi dacing? Dah berapa tahun kerajaan pakai "anda mesti menyokong Barisan Nasional kerana anda PERLU menyokong Barisan Nasional sebab takut nanti Malaysia nanti Cina pegang" ?

Itu alasan anda nak berkuasa dan take control.

Bukan sebab munasabah untuk aku pangkah BN.

If you felt you are better because that Chinese DAP Dude or Anwar the bi-sexual Malay traitor can talk cock only and UMNO Malay minister are the guardian of Malaysia...show us prove that Malay minister from UMNO is actually better compared to the opposition, intellectual and governing wise.

"Look at what UMNO have bring to Malaysia since independent is not a valid answer" for the question.

Translation "MINDEF style" untuk anda yang Englishnya kantoi :

Jika anda berasa anda lebih baik kerana itu Cina DAP Dude atau Anwar pengkhianat Melayu bi-seksual boleh bercakap zakar sahaja dan Melayu menteri UMNO adalah penjaga Malaysia ... yang menunjukkan kepada kita membuktikan bahawa menteri Melayu dari UMNO sebenarnya lebih baik berbanding dengan pembangkang, intelektual dan mentadbir bijak.

"Lihatlah apa yang UMNO telah membawa ke Malaysia sejak bebas bukan jawapan yang sah" untuk soalan.

Kesimpulan aku senang aje..

a.) Menteri Kerajaan sekarang = Sokong tol diteruskan

b.) Menteri Pembangkang = Nak mansuhkan tol

c.) Aku = Tak suka bayar tol

d.) Aku = Takde nampak reason perlu sokong kerajaan sedia ada

Sebagai rakyat biasa, perlu ke aku risau dengan masa depan kalau menteri yang pegang ekonomi kata "mansuhkan tol tak masuk akal" padahal main target dia sepatutnya adalah "carik jalan untuk orang tak payah bayar tol sebab tol is a privilege to be paid by those who want and can afford it, not a necessity"?

cursingmalay


No comments: