Sebelum ini kita pernah digemparkan dengan ayat PM:
"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya(DSAI)? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,"
Tapi berlainan pula sekarang:
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sekali lagi membuat cabaran berdebat kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak - kali ini menjanjikan untuk memberi lebih masa kepada perdana menteri.
"Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit," katanya di Twitter.
Anwar yang juga ketua umum PKR pemimpin, telah berkali-kali mencabar Najib dan yang paling baru mencabarnya berdebat mengenai dasar-dasar negara, sewaktu Persidangan Pakatan Rakyat yang ke-3 di Alor Setar, Kedah pada 14 Januari.
Setakat ini, Najib tidak pernah menyambut cabaran-cabaran yang dibuat oleh Anwar itu.
Bagaimanapun, pada bulan Januari tahun lalu, Najib berkata beliau tidak takut untuk berdebat Anwar tetapi berkata ketua pembangkang itu hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan kes liwat terhadapnya dan isu-isu peribadi yang lain.
Pada 9 Januari lalu, Anwar telah dibebaskan daripada pertuduhan liwat tetapi pihak pendakwaan memfail rayuan terhadap keputusan tersebut.
Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata pemimpin yang enggan bersemuka dan bertentang mata memberikan persepsi ketidakikhlasan dan ketidakjujuran.
"Ia mempamerkan bahawa ada rahsia yang mahu disorokkan. Apakah sebenarnya mahu disembunyikan dari rakyat itu? Umno/BN wajib menjelaskannya," tambah beliau.-MK
N'N:Kenapa mula2 PM begitu lantang mengatakan keberanian berdebat kemudian apa buila diajak berdebat PM menikus....Siapa yang demam sekarang kah3......
No comments:
Post a Comment