Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, January 22, 2012

Sejak bila Robert Kouk tak pro UMNO... kahkahkah...

Politik Roti


Beberapa hari lepas sempat juga saya membaca, mengenai kisah persaingan di antara roti Gardenia dan Mossimo. Roti pun menjadi bahan politicking di Malaysia ini!

Katanya Gardenia adalah pro UMNO dan Mossimo pula 'pro Cina'. Maka pembeli Cina khususnya disaran untuk memulau Gardenia. Tidak saya sangka pula selama ini Raja Gula, Robert Kouk pemilik Roti Mossimo tidak pro-UMNO. Kalau dia tidak pro-UMNO, bagaimana dia dapat monopoli AP gula? Mungkin dia gula-gulakan UMNO sahajakah?

Mungkin itulah sebabnya mengapa soal pro-PR tidak ditimbulkan. Kerana Raja gula pun pro UMNO juga. Maka kempennya diubah kepada soal perkauman. "UMNO kata Cina tak penting, mari kita tunjuk kuasa ekonomi Cina dan boycott roti Melayu UMNO iaitu Gardenia. Kita tak pro-PR tapi kita pro-Cina", seolah-olah itulah apa yang dikatakan mereka.

Saya secara peribadi tidak boleh terima seruan yang berbau perkauman yang sebegini. Saya harap semua rakyat Malaysia terutamanya kawan kita yang berbangsa Tiong Hua pun menolaknya. Semangat perkauman tiada tempat dalam masyarakat negara ini. Lebih-lebih lagi di kalangan orang Islam kerana Nabi tidak mengaku ummat. Begitu juga harapnya kesedaran yang wujud di kalangan masyarakat bukan Islam.

Dalam kita berusaha untuk membina budaya politik baru, kita kena berhati-hati dengan golongan yang menggunakan sentimen yang sebegini. Ianya merosakkan suasan harmonis di kalangan rakyat. Semangat perkauman mampu mengaburkan mata sehingga kebaikan pihak lain langsung tidak kelihatan.

Sekiranya roti Mossimo itu sedap, murah dan berkhasiat, saya pasti ianya mampu menembusi pasaran roti Gardenia tanpa bantuan semangat perkauman yang terkutuk ini. Adakah kualitinya begitu buruk sehingga terpaksa menggunakan kaedah perosak yang seperti ini? Saya pasti tidak. Sudah pasti raja gula mampu mengula-gulakan pembeli tanpa menggunakan racun yang pahit seperti ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


No comments: