Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Monday, March 16, 2009

114- Kita tahu ke apa yang boleh dan apa yang tak boleh dibuat didalam negara ni?

Bolehkah kita kritik kerajaan? Apa beza kerajaan dengan parti? Gua semakin konpius? Lontaran suara rakyat bolehkah mengundang bala? Jadi apa maksudnya demokrasi?

Adakah kita lahir lepas tu belajar kemudian kerja untuk bayar cukai dan kemudian mati? Bolehkah kita mengkritik supaya kerajaan turunkan sikit cukai? Atau mansuhkan cukai tertentu? Kena ISA tak?

Kenapa mengkritik kadang-kala digelar tidak mengenang budi? Tidak cintakan negara?

Kenapa harga kereta kita kedua tertinggi dalam dunia?
Kenapa cukai pendapatan kita tertinggi sama dengan Britain?
Kenapa minyak kita tak murah macam negara yang keluarkan minyak?
Kenapa tol dalam negara kita berlambak dan mahal?
Kenapa jalan-jalan bukan tol boleh membuatkan chassis body lari?
Kenapa harga barang mahal tak padan dengan gaji tak macam negara lain?
Kenapa masa gua kat Mesir cukup belanja gua USD50 untuk sebulan makan, tempat tinggal, rokok dan pengangkutan padahal kat negara tu ada hanya satu tol dan minyaknya murah?
Apa aja yang murah kat negara ni?
Adakah ini negara maju padahal streamyx pun macam celaka?
Kenapa kita lambat pakai WiMax padahal kita dah ada orang pegi angkasa?
Kenapa Astro mahal padahal menimbun negara luar dah pakai digital?
Kenapa kereta proton kita teruk kualiti berbanding Honda padahal Honda murah aja kat Jepun?
Kenapa kita tak boleh modified kereta macam kereta kat Amerika Syarikat padahal tersangat jarang gua tengok kereta modified eksiden?


,

Kenapa kalau gua utarakan soalan seperti diatas orang cakap gua tak bersyukur? Padahal kita juga berhak untuk nikmati hidup yang lebih baik seperti orang lain kan?

2 comments:

iLOVEspeed said...

suka suka suka!

berape ramai org malaysia yg berfikiran mcm neh?

setiap 100 org, masih blh gune jari utk kire org2 mcm neh!

betik said...

aku sudah jatuh cinta sama blog ini