Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Friday, March 20, 2009

121-Sedikit berita tentang ekonomi - Tukartiub

ARGENTINA MILIK NEGARA SYARIKAT KAPAL TERBANG AMERIKA

President Argentina Cristina Fernandez de Kirchner memaklumkan bahawa negara Argentina akan memilik negarakan syarikat persenjataan kapal terbang Lockheed Martin.

Ini berita baik untuk dasar ekonomi sosialis rakyat Argentina.


HARI HARI AKHIR SAEKOR DOLAR

LUXEMBOURG (Reuters) – Satu panel ekonomi PBB akan mencadangkan minggu depan agar dolar di mansuhkan sebagai ‘duit reserve’.

Dolar akan digantikan dengan satu bakul mata wang dari pelbagai negara yang lebih diyakini.



AMERIKA SYARIKAT TELAH MUFLIS/BANGKRAP

Federal Reserve Amerika akan membeli 300 bilion dolar kertas US Treasury dalam usaha untuk membantu kapitalisma yang sedang sakit tenat di Amerika.

Mengikut Puru Saxena, CEO dari syarikat Puru Sexna Wealth Management - dari segi teknikal Amerika telah bangkrap.

Ini kerana hutang Amerika adalah 4 kali ganda dari jumlah ekonomi Amerika sendiri.

Amerika akan menghadapi zaman meleset dengan timbunan hutang.



HUTANG AMERIKA

Jika Amerika ingin membayar hutangnya yang berjumlah 11 trilion dolar esok pagi maka setiap warga Amerika wajib mengeluarkan 36,000 dolar – untuk membayar hutang ini.


HUTANG JEPUN

Jepun memiliki hutang 7.8 trilion dolar. Jika esok pagi Jepun mahu membayar hutang ini maka setiap warga Jepun wajib membatar 157,000 dolar.



EKONOMI DUNIA

Ekonomi Dunia telah menguncup diantara 0.5% - 1.0%.

Inilah kali petama berlaku semenjak 60 tahun.

Angka baru dari IMF ini berlawanan dengan angka yang dilaporkan dua bulan dahulu dimana IMF meramalkan ekonomi dunia akan berkembang sebanyak 0.5%

IMF meramalkan negara membangun akan menghadapi zaman meleset.



SEBUAH NEGARA TERSELAMAT

Sebuah negara di Asia Tenggara yang di panggil Malaysia dikatakan akan selamat dari malapetakan krisis kapitalisma ini.

Menteri kewangan Malaysia telah berkata ‘ our economy has no problem and our fundamentals is strong’.

Media media para wartawan kang kong di Malysia selalu melaporkan betapa negara ini amat unik. Kah kah kah. Kah kah kah. Kah kah kah.

sumber - tukartiub

No comments: