Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Saturday, March 21, 2009

123-Kenyataan Datuk Shah Rukh Khan di India Today

Datuk Shahrukh Khan memberitahu India Today hari ini beliau terkejut mendapat berita bahawa Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang dari bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. "Kita di Mumbai sangat sayang dekat Datuk Seri Mohd Ali. Tapi ikut undang-undang, apa boleh kita buat."

Ketika ditanya apakah beliau tersinggung dan terkilan dengan peristiwa tersebut, tokoh Bollywood yang mendapat gelaran 'Datuk' dari kerajaan Negeri Melaka tersebut telah mengatakan, "Cubit paha kanan, paha kiri juga terasa, tapi kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai," katanya lagi menunjukkan kepakaran berbahasa Melayu.

Beliau juga menyatakan harapan supaya panel rayuan UMNO menerima kembali Mohd Ali dalam senarai calon jawatan nombor dua parti Melayu itu.

"Memang saya sependapat dengan KuLi, kerana adalah salah menyekatnya daripada bertanding seperti juga salah menghalangnya daripada membuang undi (dalam pemilihan Umno)."

Datuk Shahrukh Khan yang meminati iklim politik Malaysia khususnya negeri dondang sayang tersebut turut berharap Mohd Ali, yang juga ketua menteri Melaka, tidak meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri.

"Masih banyak lagi tokoh Bollywood belum diberi anugerah. Saya berharap kawan baik saya Shilpa Shetty dan juga Amitabh Bachan turut diberi anugerah yang sama. Tahun hadapan saya dan Aishwarya Ray merancang untuk membuat pengambaran selama 3 saat di Bukit Katil, jika jadi begini kami mungkin akan memindahkan lokasi pengambaran ke Geneva. Jadi saya berharap beliau akan membuat rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan bagi menghalang pemilihan parti itu, yang dijadual minggu depan, jika beliau disekat secara tidak sah daripada pertandingan tersebut. Setidak-tidaknya, rayuannya terhadap hukuman (lembaga disiplin) itu haruslah didengar sebelum pemilihan parti minggu depan."

India Today dimaklumkan kelmarin bahawa Mohd Ali, adalah calon popular untuk jawatan nombor dua Umno, didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya yang didapati bersalah terbabit melakukan sogokan politik.

"Begitulah politik. Macam asam pedas Melaka. Sebab itu saya tak mahu sertai politik. Lebih-lebih lagi di India ini, meskipun sistem demokrasinya lebih baik sikit dari sana. Dalam masa yang sukar begini, saya berharap Datuk Seri Mohd Ali banyak-banyak bersabar. Semoga Allah membantu beliau jua. Bila-bila nanti saya doakan." Tambah Datuk Shahrukh Khan sebelum beliau meneruskan pengambaran untuk filem terbaru beliau berjudul 'Ama Apa, Scapegoat'."

cilok dari http://muslimeen-united.blogspot.com/

8 comments:

Anonymous said...

nak bagi datuk kat shilpa shetty ngan amitabh belacan plak?! diharap kerajaan melaka x kan membuat lawak bodoh kali ke-2! tp jgn plak pas ni ade plak kerajaan negeri lain yg nak join buat lawak cam kerajaan melaka buat

Baginda Reformasi said...

salam..
dunia melihat kite... heheh ALI RUSTAM tak dapat bertanding SHAHRUKH RUSTAM comment... WANITA MONGGOL akhbar prancis bersuare.. RAMPASAN PERAK ade tak posting luar negara?

kuikui said...
This comment has been removed by the author.
kuikui said...
This comment has been removed by the author.
kuikui said...

seriOs ka neih..
ak dh la cm katak wah tmpurung..
x tau bita pasai pa2..



ak amik keputusan utk percaya cta ni..gheeee...

Hidemichimomotani said...

Tahun hadapan saya dan Aishwarya Ray merancang untuk membuat pengambaran selama 3 saat di Bukit Katil,.

Hahaha...ayat lu mmg best bro!

Deeno said...

ha?no komen.
acah2 la shah rukh ni,kekadang geli gua mendengarnyer.
tapi knape 3 saat je wat pngambaran?
gahahha

agungnyadoaibu said...

macam bagos jer si shah rukh khan ni nak komen pasal ali rostam..