Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Friday, March 20, 2009

122-K.A. dalam kenangan


"Ketua Penerangan DPPN9 yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Tampin, Negeri Sembilan, Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin telah kembali menemui ALLAH, jam 11.20 malam tadi (Khamis) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Disyaki akibat demam denggi.

Kepada saudara mara, sahabat handai dan kenalan boleh menziarahi jenazah almarhum di rumah mertua almarhum, Tn Hj Kassim (Rembawi) di Gedung Lalang, Ampangan, Seremban.


Menurut ipar beliau, Ustaz Suhaimi Kassim, jenazah akan di sembahyangkan di Masjid Paroi Jaya selepas Solat Jumaat.


Pemergian almarhum adalah satu kehilangan besar bagi Pemuda PAS Negeri Sembilan kerana ketokohan dan sifat kepimpinan beliau. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh nya dan ditempatkan bersama para syuhada dan para solehin. "
sumber - tranungkite
***
Teringat kenangan bersama beliau ketika di Mesir. Seorang yang sederhana dan merendah diri. Senang untuk berkawan dengan beliau. Pilu hati ni mengenangkan lama sudah tidak berjumpa. Last jumpa masa Cana kahwin kot. Al-fatihah..

No comments: