Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, April 9, 2009

155-Tergempak!! Terharu!! Terpanas!! hari ini di Malaysia

Berita no.3 - Pembunuh Altantuya Monggolian sudah di jatuhkan hukuman. Ini berita gempak. Kes ni gua perhati serupa wayang. Ini kes banyak bikin orang pening, muntah, demam, pengsan, terISA dan termenangis. Ini kes macam cerita katun. Kalu lu tak paham maksud gua lu klik blog chegubard. Dia boleh bagi lu orang semua clue. Lu jangan tanya gua. Gua tak pandai.

Berita no.2 - KJ tak di lantik menteri atau timbalan. In berita haru. Gua terharu. Mamat ni semakin terpinggir. Nyaris-nyaris terkangkang dalam berjuang. Namun beliau tidak berputus asa. Semangat mamat ini kental. Bukan senang-senang lu orang boleh kitai. Lu boleh klik sini sebab apa mamat ni tak kecewa.

Berita no.1- Ini gua rasa paling panas, paling celaka dan paling kartun.
-Bahana biasa hidup mewah, aktres Wan Nor Azlin meminta jumlah tuntutan nafkah yang agak tinggi kepada suaminya, Mohd. Yazli Yaacob ketika memberikan keterangan pertama di mahkamah.

Jumlah keseluruhan nafkah untuk diri-sendiri dan anak-anaknya seperti dibacakan mencecah RM22,000 setiap bulan.

Bagi nafkah diri sendiri sahaja, Azlin telah meminta sebanyak RM5,000 setiap bulan untuk kegunaan peribadi seperti pakaian,penampilan diri, mekap dan rawatan muka bayaran telefon bimbit, servis kereta Mercedes, minyak kereta dan tol, mengaji al-Quran oleh Ustazah yang datang mengajar di rumahnya.

Nampaknya pelakon video terlampau dan terhodoh sudah seperti kadok naik junjung. Rupanya dia wanita high-class. Kasta dia tinggi. Sama level dengan mak-mak datin dan isteri-isteri pak menteri.

Ini semua berita dalam negara Malaysia. Pelakonnya orang Melayu. Dan mereka tak pernah dapat anugerah bintang filem Hollywood.

***
Gua teruja. Hahahaha

2 comments:

Firdaus said...

hahahaa.. mcm siol berita no-1..

Norliza Ghaffar said...

Baik punya berita