Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, February 26, 2010

Bergembira di Maulidurrasul.

Pedulikan perselisihan pendapat bila tarikh sebenar kelahiran baginda. Bukan kita ahlinya. Kalau jurutera tu buat cara jurutera. Kita yang orang biasa ni ikut aje pendapat ulamak majoriti sudahla. Tak sudah berkuntau benda yang macam tu kalau nak sedekah ke orang Palestin pun perit.

Apa pun tunjukkan keharmonian kita dengan kegembiraan sempena hari kelahiran baginda. Birthday sultan boleh beria sakan takkan orang yang tunjukkan cahaya kebenaran pun kita malas. Tak gitu. Tak kisah nak berarak atau duk masjid berzanji. Selawat banyak2 tu pun jadi tanda kecintaan jugak.

Jangan jadi bakhil...

No comments: