Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, February 28, 2010

Ustaz Fathul Bari ditangkap siang tadi.

Ini berita soheh. Dapat tahu pun tengah hari tadi masa siap-siap nak pegi kenduri kahwin sepupu.

Bila dengar orang agama kena tangkap persis Dr Asri ramai tersentak dan tak kurang juga simpati. Hukum alam begitulah. Dekat-dekat nak kiamat ni macam ni lah perkara yang berlaku. Bersalah atau tidak balai dahulu kita bercerita.

Paling boleh kita teka pun pastinya adalah isu tauliah atau izin mengajar. Dah begitu hukumnya maka perlu kita lihat dari sudut positif serta negatif. Jangan emosi dahulu tak memasal.

Keluar dahulu dari topik politik ye tuan-tuan. Politik dalam isu ini kalau dimasukkan makin rumit pulak jadinya nanti.

Beliau pendakwah dari negeri Perlis. Sedia maklum aura agak bertentangan antara Perlis dan Negeri Sembilan. N9 ada enakmen pengawalan Tariqat sufi yang Perlis pulak takda. Manakala golongan Tariqat Sufi adalah golongan yang sentiasa dihentam oleh golongan wahabi yang sinonim dengan Perlis. Matematik mudahnya kita faham ialah...

Kenapa pulak ada enakmen tersebut? Ia adalah mekanisma memudah cara agar Tariqat yang berjalan tidak terpesong dari jalan aqidah juga syariat. Sebuah Jilsah ditubuhkan bagi memantau serta meneliti laporan tahunan setiap Tariqat yang berdaftar di N9. Tidak pulak ahli jilsah ini dari N9 sahaja bahkan ada dari merata negeri. Tapi enakmen ini hanya berkuatkuasa di N9 sahaja. Faham?

Bila dah manjang kena bantai dek wahabi Perlis (tak mengaku pun) maka agak mustahil boleh dibenarkan golongan Tariqat aktif disana. Betul tak? Pasti akan dicemuh dan paling teruk mungkin ditangkap dan dilabel membawa ajaran sesat.

Berbalik isu Fathul Bari Mat Jaya tadi, pastinya ajaran yang beliau bawa atau ceramahkan bertentangan dengan apa yang boleh diterima oleh penduduk N9 dan ada laporan dari orang ramai atau pemantauan dari Jabatan Agama negeri yang membolehkan beliau ditahan. Pasti ada silap mana2 dan mungkin boleh membuatkan masyarakat setempat keliru misalnya..

Jadi jangan semua orang tahu nak membantah. Orang Negeri Sembilan mungkin tak kisah pun kalau tak dapat ceramah di Perlis. Jadi yang orang sana nak sibuk-sibuk kat negeri aku ini apehal?

Bukan nak taasub kenegerian disini. Cuma aku tak berapa berkenan dengan ajaran serupa begini. Panjang pulak kalau nak ulas dalam entry ni. Nantilah lain kali aku cerita.


***
Jangan dikecoh kenapa tak ditangkap ahli maksiat yang bersenang-lenang tu selagi tak ditunjukkan negeri mana di dalam bumi Allah ni yang takda maksiat atau maksiatnya kurang lebih macam zaman nabi...

8 comments:

Pak Oncu said...

n9 hebat,,, nak nak org ghombau macam den ni haaa !!!!!!!!!!!!

Antusabun said...

yo lah tu.... hahaha

Anonymous said...

Us Fathul Bari ni sedara sepupu saya, dia ni graduate Uni. Islam Madinah, sekarang kerja jadi Imam di HUKM. Tak pernah/ dan sememangnya beliau tak menganggotai mana2 tarikat. Beliau ni Salafi..., ceramah semua guna fakta, Al- Quran dan Assunnah. Rasanya pentadbiran agama N9 tak senang dengan belaiu sepertimana tuan blog nyatakan... tapi suatu hari nanti saya rasa semua orang akan tersedar, beragama ni biarlah berdasarkan Al-Quran dan assunnah, bukan andaian semata2. Tahniah Ust. Fathul Bari kerana cuba membuka minda orang N9...

Anonymous said...

Ops sori, bukan Imam di HUKM, tapi di IJN...

Antusabun said...

maksudnya apa? Orang negeri sesat? Minda jumud?Tu maksud anda?
Atas kriteria apa anda membenarkan ufb berbanding ulama di n9 yg tidak sehaluan dengan ufb?

DAKWAH YEOP said...

adakah al-quran dan sunnah masih belum cukup untuk menjadi hujjah buat ulama2 N9? ataupun ulama2 N9 lebih hebat berbanding ulama2 dunia?

sila senaraikan kesalahan2 ust Fathul Bari, dan dengar penjelasan dia. salahkan seorang ustaz mengajak umat islam kembali kepada al-quran, sunnah dan pemahaman salaf? tolong beritahu kepada dunia, ulama mazhab yang terkenal,,imam Abu Hanifah, syafie, malik dan ahmad menggunakan TORIKAT APA? TORIKAT SUNNAH NABI BELUM CUKUP LAGI?

Antusabun said...

Nampaknya belum apa-apa anda sudah pun berhukum siapa yang salah dan siapa yang benar dalam kes ini walhal saya cuma meletakkan kesalahan ufb hanya pada undang-undang negeri. Dan undang-undang itu ditelapak kaki ahli majlis fatwa negeri.

Yang kedua, tidak pula saya tahu yang ajaran ufb itu ajaran seluruh ulama dunia. Yakin saya katakan hanya segelintir cuma sahaja.

Yang ketiga, tidak pula saya katakan yang ulama N9 ini benar seratus peratus namun saya yakin segalanya adalah secara berjemaah pada setiap fatwa yang keluar. Itu lebih baik bukan?

Yang keempat, ialah istinbat hukum. Saya percaya kaedah ini walaupun jadinya perbezaan mazhab. Namun saya mengelak pada pemahaman akal atau buta pada sesuatu nas. Susah saudara kalau guna kaedah yang saudara sebutkan tadi kerana jauhnya kita dari zaman salaf itu. Maknanya mazhab itu cantik dah kerana kaedah yang saya sebutkan tadi.

Bagi isu tariqat pula ada kelapangan saya ulas. Panjang kalau nak diulas disini. Namun saya senang dengan golongan ini asalkan tidak tergelincir dari syariat. Jilsah turuq suffiah ada peranannya. Nantilah saya ulas.

Anonymous said...

Setuju tuan. Agama Islam bersumberkan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Bukan andaian.