Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, February 25, 2010

Potong bajet pendidikan. Tapi Rosmah punya budget?

Tahun 2010 dianggap sebagai tahun paling malang buat warga pendidik di negara ini apabila pelbagai peruntukan dipotong oleh Menteri Kewangan
merangkap Pengerusi Umno dan Barisan Nasional; Mohd Najib Abdul Razak.

Ramai pihak melihat alasan Perdana Menteri seperti pengurusan berhemah,
perbelanjaan jimat dan pelbagai lagi ungkapan beliau perlu dinilai
semula."Semua slogan dalam institusi pendidikan negara ini disebutkan bertujuan mengabui mata rakyat," kata seorang guru yang enggan dikenali.

Tambah beliau, antara langkah perbelanjaan yang dikatakan berhemah oleh kerajaan BN ialah membatalkan beberapa program di peringkat Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan lain-lain.

"Termasuk antara 'perbelanjaan berhemah' itu ialah pengurangan kursus untuk guru, tidak boleh menuntut elaun, dan beberapa lagi pemotongan yang
melibatkan hampir semua institusi pendidikan di seluruh negara.

Namun, tambah beliau, pada masa yang sama, isteri kedua Najib, Rosmah Mansor menerima peruntukan RM100 juta dalam bajet 2010 selain kemudahan
lain.

Baru-baru ini, akhbar arus perdana melaporkan Rosmah bersama program
'Permata Negara' anjurannya telah mengadakan Kursus Pengenalan Permata
untuk Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di salah sebuah hotel, di Bangi, Selangor.

Era Pakatan difahamkan, Permata Negara ini akan diambilalih oleh KPM bermula tahun depan.

"Belanjawan peruntukan untuk program Permata Negara boleh diadakan pula dan ia diadakan di hotel pula, namun, daripada di suatu segi lain, kursus
untuk para guru dikurangkan atas alasan berjimat cermat," tambah beliau.

Sumber yang bekerja sebagai guru itu berkata, peruntukan untuk para guru
yang berkursus itu telah dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang,

"Kami dapat nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari, semua itu atas alasan berjimat cermat, tetapi bagaimana pula
dengan isteri Najib?" soal beliau lagi.

No comments: