Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, February 4, 2010

Best gila ni... Hehe

Barry Wain setuju kupas buku tentang Dr M di seminar anjuran PAS
Oleh Mohd ZuharmanKOTA BARU, Feb 3 – Barry Wain yang menulis buku"Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times", yang mendakwa bekas perdana menteri itu telah membazirkan kira-kira RM100 bilion sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun, telah bersetuju untuk mengupas karyanya pada satu seminar di sini pertengahan bulan ini.

"Kita akan umum dan sahkan tarikhnya selepas ini. Dalam masa yang terdekat ini. Setakat ini, tarikh yang belum muktamad ialah 20 Febuari," kata pengarah program tersebut, Abdul Latif Abdul Rahman. Ia akan berlangsung di Dewan Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini.

Seminar anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan itu bakal mengetengahkan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa; Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifudin Nasution Ismail dan Setiausaha Barisan Nasional Kelantan, Datuk AlwiChe Ahmad. Bagaimanapun mesyuarat bulanan Pemuda PAS hari ini turut mencadangkan agar Tun Dr.Mahathir Mohamad juga diundang pada seminar tersebut.

No comments: