Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, February 19, 2010

Skang ni apa cite? Nak suruh sapa pulak yang bertanggungjawab? Pokok kelapa ke?

Marah sangat ye bila konon-kononnya Lim Guan Eng tak mahu buat perarakan Maulud Nabi? Macam-macam cakap kat si Cina tu sampai dia nak sambut hari gembira dia pun tak senang. Bukan gua nak menyokong membabi buta tapi serang guna fitnah dan tanpa fakta bikin gua mendidih.

Stand gua jelas. Politik di Malaysia ada 2 kumpulan. Satu main bangsat dan kotor dan satu lagi sedaya-upaya bangkit untuk jadi telus. Tak dapat buat banyak tapi mendaki sikit-sikit pun ok jugak. Lebih baik bukan.

Isu perkauman. Ini satu hal. Sentimen sensitif setiap hari cuba dibakar oleh puak parti kotor ni. Bila di jawab terus kecut telur nak menjawab. Ajak berunding pun tak mahu. Saluran 1 dan 2 tak guna tapi terus guna saluran nombor 15 iaitu demo.

Takda sapa pun bantah demo. Pakatan pun demo. Dulu sebelum PRU12 kemain galak demo cuma sekarang agak slow sikit tapi tak tahulah akan datang. Tapi demonya setelah menggunakan semua saluran yang ada sebelum pilih jalan terakhir iaitu demo. Ini yang gua faham.

Sekarang gua dengar 3 negeri tak mahu buat perarakan Maulud Nabi. Kita berarak asalnya untuk tunjuk tanda gembira di atas kelahiran sebaik-baik manusia di atas muka bumi ini. Tidak salah gua kira walaupun tak di buat di zaman Rasulullah sendiri. Abu Jahal pun happy, apa gila kita nak mandom aje kat rumah.Jadi bila sudah di politikkan maka? Thaipusam kaum India meriah dan dapat tunjuk kesepaduan kaum mereka sendiri dan meriahnya culture di bumi bertuah ini. Sedangkan kita ummat Islam apa bikin? Join melalak kat konsert Akedemi Fantasia then berzina bersepah-sepah?

4 negeri sekarang tak mahu bikin perarakan sedangkan negeri di perintah kafir pulak yang buat. Tanggungjawab selesaikan isu ini sekarang nak bagi penerangan buat Pencinta Rasulullah/Kaum Sufi/Tariqat terletak di bahu Ibrahim Ali. Lu yang cocok then skang ni lu pandai-pandailah.....

No comments: