Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, May 24, 2010

Apa yang nak dikesalkan?

PAS kesal Najib Halang Siasatan Umno Bina Ibupejabat Di PWTC Guna Wang Rakyat.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.
Semalam Barry Wain mempertahan fakta bukunya 'Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times' dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM 100 Bilion.

***
Yang sebelum-sebelum? Yang dah sudah? Yang sedang? Agaknya berapa banyak sudah UMNO membazir?

Yang susahnya orang Melayu jugak. Taknak berfikir berapa besar jumlah billion-billion tu. Taknak berubah kerana takut ketuanan licin lincau.. Kalau berterusan bangang akibat sudahnya tetap jahanam jugak negara, tetap jahanam jugak ketuanan! Nak mintak tolong Ibrahim Ali? Masa tu ramai dah masuk kubur. Takkan nak menongkat langit sampai kiamat.

Perubahan itu perlu. Patutnya dari dulu lagi. Tapi disebabkan ada proses membodohkan orang secara berterusan, bila artis dipuja manakala orang akademik dan agamawan duduk dibangku simpanan maka tak kemanalah ketuanan itu. Faham?

Salahkan cina dan india buat apa? Yang melayu pandai dan kaya itu dan berkuasa buat apa untuk orang melayu? Bantuan sekolah mereka dapat, tanah mereka dapat, segalanya mereka dapat maka melayu pulak yang jadi bodoh dengan terkejut beruk nak buat apa?

Tak matinya melayu dengan matinya UMNO! Kang gua tuduh syirik kang.. Nak?

No comments: