Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Monday, May 24, 2010

Kita tahu kenapa tapi apakan daya, desakan itu juga perlu...

Ada atau tidak kebebasan bersuara walaupun perkara itu baik?

TIADA!!

Titik, noktah.... tersangat pasti.

Isu judi. Gua pilih paling simple. Budak tadika ABIM yang belajarnya baca doa makan itu pun tahu haram. Takder corner-corner. Budak gila aje kalau nak pilih yang sebaliknya.

Berilah apa dalil untuk mengharuskannya sekalipun namun isu ini takkan selesai. Huh.. tak habis-habis nak bangangkan umat manusia sejagat.

Mufti, Pegawai agama dan ustaz-ustaz bukan tak tahu hal ini. Mereka aula dalam pengatahuan ini beserta dalilnya sekali. Namun kenapa tidak bersuara? Jawapan mudahnya ialah anda ingat Ramlang Porigi? Apa khabar beliau sekarang ye, semoga beliau terus gagah dan gigih berdakwah..

Orang semacam Ramlang itu 1 dalam seribu. Payah... Matematik mudahnya juga yang berlaku pada PAS awal zaman 70an. Ada sapa yang endah? Ada sapa yang berani ketika itu serupa Nik Aziz?

Keberanian dicerna secara perlahan-lahan. Mereka gua kira menegur dalam diam rasanya. Kita kira tak memadai namun kalau kita ditempat mereka bagaimana agaknya?

Tapi orang serupa Zul Nordin itu gua kira bisa aje diludahi!!! Bodoh betul dia tu kan?

No comments: