Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, May 25, 2010

Entry ini bukti Ibrahim Ali ni tak cerdik orangnya.

Ibrahim bertegas sekiranya PAS betul-betul konsisten dalam isu ini tiada alasan bagi mereka untuk segera bertindak menghapuskan judi kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan. "Sesuatu lesen judi termasuklah lesen empat ramalan nombor ekor, lesen loteri, kilang arak dikeluarkan mesti dengan mendapat kelulusan daripada kerajaan tempatan. "Bila di bawah kuasa kerajaan tempatan, maknanya kerajaan tempatan berkuasa pada bila-bila masa untuk menarik lesen itu, tapi kenapa mereka tidak buat begitu sebagaimana dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang menarik semua premis judi nombor," katanya.

Kah..kah..stupid..ops, bodoh..ops..kurang berilmu..Ibrahim Ali kan penggubal dasar, takkan dia tak tahu yang lesen judi dikeluarkan oleh kerajaan pusat. Iaitu BN yang memerintah negara ini sejak 53 tahun lalu. Buktinya, Ibrahim katak, cuba check undang-undang di bawah ini :

a) Perlembagaan Persekutuan,

b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953

c) Akta Pertaruhan Pool 1967

d) Akta Perlesenan Perniagaan 1948

Perlembagaan Persekutuan

JADUAL KESEMBILAN

[Perkara 74, 77]

Senarai Perundangan

Senarai I—Senarai Persekutuan

4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—

(l) Pertaruhan dan loteri

Dan negeri hanya kawal panggung wayang sahaja..

Senarai II—Senarai Negeri

(f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam.

Lesen Perniagaan (perjudian) di seluruh negeri adalah diproses dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pelesenan di bawah kuasa-kuasa dalam Akta Perlesenan Perniagaan 1948. Pihak Berkuasa Pelesenan adalah Presiden-Presiden Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai yang dilantik oleh Menteri Persekutuan sebagai Pihak Berkuasa Pelesenan.

Pihak Berkuasa Pelesenan adalah melaksanakan tugas-tugas mereka di bawah kawalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Persekutuan. Ini adalah disebabkan bahawa Akta Perlesenan Perniagaan 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan yang dipohon oleh pemegang Lesen Pertaruhan Pool.

Dan kerajaan negeri, hanya ada kuasa hadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis]. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Harus diingat, kerajaan negeri hanya boleh hadkan premis atau tempat judi, bukannya lesen judi. Macamana nak hadkan judi kalau guna secara online..tanpa premis..tak boleh nak tutup pusat judi jika ada lesen. Macam di Genting Highland, ada berani ke UMNO Pahang atau Jaip pergi tutup pusat judi tu? tentu jawapannya tidak.

Jadi kerajaan negeri hanya boleh kawal judi untuk umat islam sahaja, bukannya lesen judi..ini boleh dilihat dalam enakmen negeri masing-masing..

Sebagai contoh Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2004 yang menyatakan : "Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya"

Kalau hujah negeri PR boleh sekat judi, itu hujah dangkal kerana kerajaan negeri tiada kuasa..hanya ada kuasa berkaitan premis judi sahaja. Kalau guna online, kerajaan negeri mana boleh sekat judi tanpa premis ini..

Tu lah padahnya lantik katak jadi ahli Parlimen..merapu je kerjanya. Kenapa tak desak lesen judi diharamkan, yang secara automatik premis judi itu tiada..Apapun buat Ibrahim Ali, anda perlu tahu bahawa katak tak layak masuk Parlimen. Katak hanya layak duduk di zoo negara, untuk dijadikan makanan buat ular-ular sawa di sana..

Sumber:tunhisyamuddin.blogspot.com/2010/05/ibrahim-kataki-buta-kayukerajaan-pusat.html

No comments: