Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, April 30, 2009

Ketua kampung pun lu kacau

Betul la lu terdesak. Pandai lu buat lawak. Tergelak gua. Haha.

Lu ada Ph.D. Tapi lu macam ada PMR je. Lu tak tau malu ke?

Maaf semua pelayar. Gua terEMO plak. Nak tau kisah lanjut lu layan blog Cina Islam ye..

Kesimpulan jitu kes PERAK!!

Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah..


Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah.. Kahkahkah..

***

Kalah lawak Sepah!!

Retro-Klasik KL (Bergambar)

Gua dapat email. Tak tau nak kredit pada sapa. Gua upload pasal gambar di petik gua tak wujud lagi.
Khazanah negara ni.
Banjir turun temurun.

Pokok tak banyak tapi gua jamin mesti tak panas masa tu

Macam kat Cina.

Harmoni gila jalan raya.

Sungai stok boleh buat terjun tiruk lagi.


Nasib takda mat rempit.

Jam nak mampos skang kat sini kan?

Jambatan apa tu?

Wednesday, April 29, 2009

Man U datang Julai ni?

Pesal tak jemput Arsenal? Barca? Porto?

Ahh!! Itulah balik-balik. Nak yang feymes je. Tunggulah pagi ni. Siap la ko kena siat.

Setakat suka main gay, baik pegi main jauh-jauh.

Orang ajak arah kebaikan. Jadi kita komen. Berulang kali cakap, jutaan kali cakap..ISLAM adalah guideline. Ikut qur'an dan hadis. Juga perlu berlapang dada dengan ilmuan Islam. Isunya pasti ke syurga neraka. Dunia hanya sementara.

Yang haram dan halal cukup jelas. Sekular ni ciptaan sapa? Pasti ada cacat cela. Otak biarlah global. Hakim UK pun rujuk Islam bagi selesai kes keluarga. Google tengok. Jangan jadi pandir tak bertempat.

Gua taknak masyarakat hanyut. Hari demi hari bukan makin baik. Makin jahanam. Realiti. Kaji elok-elok. Artis lagi dikenali dari nama ulama' nusantara. Salah sapa? Gua?

Politik jadi jambatan. Kita gunakan politik demi agama. Takkan nak guna speaker surau hari-hari? Bila sudahnya?

Artikel ni soalan sahaja. Jawapan sendiri-sendiri ye

Apa guna negara? Kepentingan bernegara? Bagaimana pula masyarakat? Kepentingan bermasyarakat? Pilihan di tangan kita adalah untuk membina negara dan masyarakat atau menjahanamkannya? Tamadun juga bagaimana? Retorik sahajakah? Tanggungjawab siapa? UMNO? PAS? MIC? MCA? DAP? PKR? SUPP? Kita?

Kalau kita bagaimana caranya? Apa kaedahnya? Mahu belajar dengan siapa?

Yakinkah kita negara kita makin berjaya? Makin cemerlang? Makin gemilang? Adakah kita makin gembira?

Bolehkah kita berfikir sejenak? Demi bangsa dan negara akan datang? Juga demi negara?

***

Dimanakah kita 10 tahun lagi??

Filem realiti politik negara

Ya!! Politik makin panas. Bukan politeknik ye. Pelbagai cerita-cerita menggemparkan dan keluar dada akhbar. Ada lagi PRK bulan depan. Seronok la orang kat sana ye. Ada juga keluar cerita nak rampas negeri-negeri yang tak sebulu dengan pusat. Pun perlu diberi perhatian. Kita tengok taktik dan strateginya bagaimana. Ini semua ilmu. Ilmu taktikal enguasai pihak lawan. Seronok!!

Kita rakyat perlu lepak aje. Biar politik punya orang berkuntau. Andaikan ini filem. Filem realiti politik. Terbaik dari ladang. AF pun kalah. Haha..

Ada juga tendang-menendang, ada carut-mencarut, ada tarik diri sekarela, ada kena gossip. Ini semua lumrah filem realiti politik. Dah ada yang masuk kubur nanti baru diaorang senyap. Terbaik!!

Kalau anda tak seronok, sila layan realiti tv yang lain. Takpe. Minat masing-masing berbeza.

Tuesday, April 28, 2009

Hal-hal ekonomi ni kesian kat rakyat.

Apa la yang rakyat tahu. Jual, beli, hutang, gadai, sewa. Sikit sangat ilmu rakyat. Tak banyak.

Rakyat tak paham equiti, saham, kaum pemodal, kapitalis, percent, lobi, tender terbuka, tender tertutup, politik wang.. Haha..

Ajarlah rakyat. Didik la rakyat. Majukan la rakyat. Jangan la asik hidang tone, pitching, melodi, nangis-nangis, peluk-peluk, AF, dll. Haha..

***

Kata nak bina tamadun!

Layankan aje gambar ni..




Seronok gak buat benda-benda macam ni pada zaman globalisasi kan??

Monday, April 27, 2009

Bila Melayu udah mula bengap..

Bumiputera dah kena bogel. Tak perasan ke? Atau tak paham? Bengap..Haha.

Mana penjaga ketuanan? Demam? Mahu panadol? Takut? Apa barang..Haha

Apa tinggal untuk bumiputera akan datang? 10 tahun lg?

Apa cerita fatwa baru? Mana tok mufti? Tido ke? Haha..

Fatwa terbaik baru muncul semalam

Berita ni memang best. Semua mufti pasti terkedu. Muncul fatwa sensasi. Gua dah agak benda gila macam ni mesti keluar. Haha..

Budak hingusan. Rambut kaler-kaler. Perangai tak semenggah. Pastu kuar fatwa. Haha..

Lu boleh peluk bini orang, lu boleh peluk emak orang. Erat-erat biar berlaga dada. Memang best. Syaratnya lu hormat pada dia. Syaratnya mesti dalam tv. Syaratnya depan 1Malaysia. Haha.

***

Fatwa taik!!

PRK jadi medan tutup mulut sebelah pihak.

Nganjing hari-hari rakyat makin semak. Asik berdebar aje. Sudahnya kerja harian kucar-kacir.

Perlu lawan secara panglima. Secara jeneral. Barulah rasa best. Baru rakyat bangga. Jangan suapkan rakyat cerita seumpama gossip. Nanti mundur. Macam Amerika. Hahaha

Tak berani? Pegi noreh la kalau camtu..

Gua orang-orang biasa sahaja.

Maka gua wujud dijadikan sebagai orang biasa. Gua kena belajar dan bekerja. Kadang-kadang gua merangkak, kadang-kadang gua berlari. Ada juga berapa kali gua tersungkur. Gua pasrah dan redha. Kadang-kadang juga gua pedih, perit, terkesima. Lumrah alam.

Gua kadang-kadang pandai juga bersyukur. Hidup di bumi ini kadang-kadang kena pandai ikut rentak alam. Gua ikut. Tersungkur jugak. Tak la sempurna gua ni. Tapi gua belajar pelan-pelan. Agar gua dilandasan betul. Gua tak pergi ke jalan gelap.

***

Gua syak gua begini sebab belum kena uji dengan duit sebillion kot?

Friday, April 24, 2009

ISLAM perlu dipertahan walaupun sampai bercerai-berai. Anak ikut sekali.

Satu lagi kerja gila dari kerajaan. Ulamak mana yang dia ikut pun gua tak tahu. Mana sumber yang dia pakai pun gua tengah tercari-cari lagi. Kot ye pun nak menang undi bukan ISLAM tak yah la kitai agama. Banyak lagi cara.

Wahai umat Malaya, berjaga-jaga. Kiamat nak sampai. Menteri kabinet kini dah jadi ulama terunggul. Pembangkang tolong pertahan isu ini habis-habisan. Biar terlondeh ketayap takpe jangan tercicir dari agama.

Tanggungjawab bersama!!

Anak ikut agama asal ibu bapa
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut
agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang
pasangan itu menukar agama.

Keputusan itu, yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet kelmarin,
adalah langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian
status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar
agama.


***

Betul ke ni negara ISLAM??

Criticism

Don't you think this criticism is a sign of thankless. Criticism is because you still have room to improve the system. Not for me but for the next generation. When which I and you already inanimate.
Think!!

Media perdana Malaya terunggul seantero alam. Realiti!!

Bila pembangkang nak buat sesuatu, satu Malaya berkokok. Bagi air pun free pun ada yang sakit jantung sebab marah. Bila pembangkang bagi hint boleh turunkan minyak mansuhkan tol, ada pulak yang histeria anggap pembangkang buat lawak gila. Nak bagi cina india masuk UITM, satu negara kiamat. Bagi tanah kat orang tak kira kaum, demo sana-sini boleh bikin runtuh negeri.



Bila pemerintah naikkan tol, ramai yang sambut baik cadangan tu. Minyak naik, sikit-sikit je muncung dan pegi demo pun macam pegi funfair siap bawak anak-anak lagi. Matematik dan Sains dalam bahasa inggeris tergesa-gesa pun ramai yang hepi. Kuota bumiputera mansuh 30% pun ramai lepak-lepak minum kopi sambil gelak-gelak.



***



Inilah peranan media perdana. Kiblat melayu yang unggul. Lebih unggul dari mana-mana media seantero alam. Kupasan yang berisi, padat dengan informasi, penganalisa yang dedikasi, moto yang bervisi dan beritanya sensasi.

186-Apa cerita saman-menyaman pulak ni?

Try saman billion-billion plak laa.. Baru la boleh masuk dalam buku sejarah ting.3

***

Apa cerita pondan nangis ni?. Insaf ke malu?

***

30% kuota kaum bumi mansuh. Tak mau saman ke? Tak mau demo jerit-jerit pakai kain kuning ke?.

***

Jual Camry beli Perdana? Pesal tak pakai kancil terus?. Barulah pemimpin bersama rakyat.

***

Macam taik!!

Thursday, April 23, 2009

185-Seorang negarawan yang kian jatuh menjunam ke bumi.

Misterinya orang tua ni satu Malaysia tahu. Sebab kenapa ia berperangai sedemikian hanya bloggers sekalian boleh cari jawapannya. Orang kampung sesaja lepak kedai kopi akan gagal.

Beliau seorang negarawan. Dipuja dipuji seisi masyarakat. Pengkritik tegar dan seorang yang sempurna kononnya. Ramai berangan untuk jadi seperti beliau. Berada di puncak tahta selama yang boleh.

Kini beliau jadi kasihan. Tiada siapa yang peduli. Namun beliau masih dapat tempat di media perdana.Mengucar-kacirkan masyarakat. Langsung tidak boleh tengok orang senang. Tak tahu bila beliau akan diam.

Beliau adalah pelupa. Segala jasanya seluruh Malaya tahu dan separuhnya sudah dilupakan. Segala jasa baiknya kini hilang bagai debu. Beliau kini kosong. Kosong kerana apa? Kosong kerana beliau kini terlalu banyak bercakap. Bercakap merapu-rapu yang buat orang menyampah.

Zaman kekuasaanya ramai ke Kamunting kerana jadi pengkritik. Gua tertanya bila pula beliau mahu merasa. Agar dirinya sebaris nasionalis di seluruh dunia. Terpenjara kerana berjuang demi bangsa dan tanahair.

Jangan di tanya gua siapa beliau di hati gua!!

***Iklan***

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, berkata beliau tidak mempedulikan komen Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak layak dilantik sebagai menteri dan menegaskan masih memegang jawatan itu sehingga kini.

Beliau berkata, pandangan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno itu tidak lagi relevan dan menganggap beliau sudah 'tua' dan tidak perlu diperbesarkan isu itu.

Ruang yang ada hanya di blog. Itupun kamu kedekut!!

Maka bila kamu ingin jadi pemimpin maka kamu kiranya sudah bersedia untuk berkhidmat. Sama juga kamu ingin jadi petani, kena bersedia untuk berjemur dan berpanas. Kiranya ada risiko untuk kamu. Jika tak mahu risiko tak perlu untuk kamu hidup.

Blog adalah medium yang terbaik bagi kami sebagai pengkritik. Kami tidak punyai peluang melampirkan isi hati kami di mana-mana media dalam negara. Hatta surat pembaca dalam akhbar juga penuh dengan pengampu kamu. TV dan radio apatah lagi. Ini semua kami lakukan demi mahu menyuburkan demokrasi. Suara hati kami perlu kamu dengar wahai pemimpin ku sayang!!

Maka kamu memerintah dan kami bekerja di atas dasar-dasar yang kamu cipta. Walaupun dasar yang kamu buat tahap yang tidak masuk akal, kami tetap perlu lakukan. Kamu pemimpin dan kami yang dipimpin. Atas dasar demokrasi maka kamu perlu dengar dan juga pertimbangkan segala rintihan dan kritikan kami.

Ia mudah dan simple. Namu kamu makin jauh dari kami. Kamu tenggelam dengan suara pengampu kamu. Mereka yang mampu bayar kamu dan yang mampu sediakan segala keperluan kamu. Maka kami?. Kami hanya terima bala. Kami di tutup mata, hati, mulut, tangan dan kaki untuk berfungsi.

Jika ini berterusan maka kamu perlu ubah sistem kamu. Kamu perlu buang jauh-jauh demokrasi dari negara ini. Maka kamu punyai hak untuk tutup internet ini. Hak-hak manusia perlu kamu buang jauh-jauh. Realiti ini sudah sebahagian dalam sistem demokrasi kamu. Percayalah!!.

Aku tidak mahu cerita tentang pengampu kamu. Mereka jijik bagi ku. Mereka terus-terusan menyanjung dasar kamu walaupun sudah menyimpang dari norma-norma kehidupan. Aku ambil contoh mudah..TOL!!

Penat sudah yang sebelumnya bersuara. Bersengkang mata menajamkan akal untuk menaip memorandum semata-mata mahu serahkan pada kamu. Namun ia sia-sia.

Aku tidak mampu berfikir apa ada dalam kepala otak pengampu kamu. Mereka juga ada yang papa dan melarat. Namun terus-terusan menyokong kamu dan untuk apa?.

Jangan kamu kira kritikan aku ini tanda aku tidak bersyukur. Aku kritik kerana masih ada ruang untuk diperbaiki sistem kamu. Bukan untuk aku tapi untuk generasi yang akan datang. Bila mana aku dan kamu sudah tidak bernyawa.

184-Orang bertopeng dulu lagi dah ada, siap nak curik jasad nabi lagi

Gua copy paste lagi..

Peristiwa ini dilatarbelakangi oleh kondisi umat islam pada masa dinasti Abbasiyah di Baghdad dimana kondisi umat Islam yang semakin melemah dan berdiri beberapa kerajaan Islam di beberapa daerah. Tentunya hal ini tak di sia-siakan begitu saja oleh orang-orang nasrani yang merasa kesempatan emas mencoreng wajah umat Islam dan membuat umat Islam jatuh ada di depan mata. Karena ternyata diketahui diam-diam mereka telah menyusun rencana untuk mencuri jasad Nabi Muhammad. Setelah terjadi kesepakatan oleh para penguasa Eropa, mereka pun mengutus dua orang nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Misi itu mereka laksanakan bertepatan dengan musim haji. Dimana pada musim itu banyak jamaah haji yang datang dari berbagai penjuru dunia untuk melaksanakan ibadah haji. Kedua orang nasrani ini menyamar sebagai jamaah haji dari Andalusia yang memakai pakaian khas Maroko. Kedua spionase itu ditugaskan melakukan pengintaian awal kemungkinan untuk mencari kesempatan mencuri jasad Nabi SAW.

Setelah melakukan kajian lapangan, keduanya memberanikan diri untuk menyewa sebuah penginapan yang lokasinya dekat dengan makam Rasulullah. Mereka membuat lubang dari dalam kamarnya menuju makam Rasulullah.

Belum sampai pada akhir penggalian, rencara tersebut telah digagalkan oleh Allah melalui seorang hamba yang akhirnya mengetahui rencana busuk itu.

Sambung klik kat sini..

183-Berita keluar akhbar hari-hari boleh bikin muntah

Lagi-lagi cerita rasuah. Banyaknya cerita rasuah dalam negara gua ni kalah gossip artis berpeluk sakan dan berzina bersepah. Sinonim pulak dengan politik caca-merba. Kesimpulan rasuah adalah politik dan politik adalah rasuah. Negara miskin memang kuat rasuah. Ini realiti. Tak percaya? Nampak sangat lu orang lemah akal.



Sampai bila mahu dihidang berita sebegini. Semua berita tahap kelas ketiga. Maaf cakap, macam bangkai!!



Perlu bergerak kehadapan. Perlu maju dan kuat bekerja. Era globalisasi yang korang import dari luar sudah meminta komitmen super laju dari korang. Namun yang penting nasihat dari gua agama jangan di abai. Perlu seiring.



Bila situasi jadi begini dan perbincangan 4 biji mata tak mau praktik, gua syak ada yang sudah mula main gay. Sikit tak prihatin kehendak rakyat. Sikit-sikit hentam dalam akhbar. Nasib baik tak hentam bini dalam utusan. Kalau tak mau juling bijik mata ngadap pagi-pagi sambil minum milo tarik.



Kita rakyat sudah jadi nasib begini. Merintih dan meminta ehsan negara sendiri. Pasrah!!

182-Maaf dari gua


Yang mana terbaik untuk kita? Maksud gua cara hidup untuk zaman serba laju ni? Perlu arahkan kiblat ke mana? Maksud gua negara contoh?

Jawapan pasti tidak akan ada. Ini realiti. Kita macam kerbau di cucuk hidung. Pilihannya tiada.
*Gambar gua cilok mana ntah.

181-Bumiputera di anak tirikan??

Haha.. Sudah perlu ada orang buat laporan polis kes ini. Mana dia bangsa Melayu yang gagah berani?. Yang sanggup bermandikan darah untuk jaga ketuanan poket tebal?. Mana dia Prowaris yang terulung?

Bangsa anda sudah dipandang kecil..Haha


NAJIB DROPS BUMIPUTERA QUOTA FOR SERVICES SECTOR - malaysianinsider

Najib Razak today freed the country's services sector by ending the 30 per cent Bumiputera equity rule in an attempt to improve Malaysia's competitiveness in the softening global economy.

"Recognising the growth potential in the services sector, the government has decided to immediately liberalise 27 services sub-sectors, with no equity condition imposed. These sub-sectors are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services," said Najib.

Wednesday, April 22, 2009

180-Dialog drama samarinda edisi khas!!

"Hek eleh mamat ni. Bola tu lawan tiap minggu takda sapa bising pun," kata gua.

"Tu belum buat live kat tv lagi macam kat Amerika nun, kalau buat camnalah agaknya yer?," ujar gua lagi

Gambar hiasan



"Mungkin ada baiknya kita bertanding di situ. Tapi saya rasa geram jugalah, geram kerana mereka (pembangkang) seolah-olah setiap bulan nak ada pilihanraya kecil," kata Mukhriz.

Gua menyampuk lagi, "Tak yah la lawan, buat penat je."

***Iklan***

SEREMBAN: Bahana cemburu gila, seorang suami tergamak menyuntik dadah pada isterinya bagi mengelak wanita itu terlalu aktif dan keluar rumah. Bagaimanapun, tindakan gila lelaki terbabit bukan saja menyebabkan si isteri menderita, malah menjadi ketagihan dadah.

Lambat betul la nak siar channel JAKIM ni..

179-PM kita bersedia ke mahkamah, beliau perlukan sokongan kita.

PM kita yang terbaru adalah sangat berani. Tidak macam bekas PM-PM yang lalu. Terutama PM no 4 yang hanya pandai berkokok tu. Kita digalakkan berbangga dengan beliau. Perlu kita hadiahkan sejambak bunga pada beliau atas keberanian yang di tunjukkan. Bangsa Melayu adalah bangsa yang sangat berani. Terkenal seantero dunia. Percayalah!!

Statement Najib "Saya terus dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya. Saya sekali lagi ingin bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya tidak pernah mengenali darihal Altantuya. Saya sanggup dihadapkan ke mana-mana mahkamah demi membersihkan semula nama saya yang cuba dicemari oleh mereka yang iri hati kepada pencapaian saya selama ini dalam membangunkan bangsa dan negara. Saya ingin menafikan komunikasi SMS saya dengan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah mempunyai sebarang unsur salah guna kuasa.


Sedutan kata NAJIB
"Saya sanggup dihadapkan ke mana-mana mahkamah demi membersihkan semula nama saya "

178-Mengenal kapitalisma

KEDAULATAN DAN GLOBALISASI

Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-Raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan hari ini. Semua Tan Seri, Tan Tun, Mak Datin , Pak Haji, Ayatollah, Padri, Sami, Rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini.

Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalsh bertransit di atas muka bumi ini.

Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai ‘biji-biji saga’ dan barangan kodi untuk mainan. Manusia moden telah menjadi seperti Toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan.

Sistem kapitalis telah membawa satu budaya dimana ianya mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum induk ekonomi kapitalis - keuntungan maksima – telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia.

Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepong di Tanah Besar China telah membubuh malamin dalam tepong untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China sanak saudara mereka sendiri.

Justeru apakah kita hairan apabila kita membaca berita di Sepanyol dan Portugal ada pembekal minyak zaiton telah membubuh minyak hitam yang sudah terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton.

Justeru apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontrektor Bumiputera yang bersunat dan selalu naik umrah telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh rantah.

Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum dan budaya kapitalisma. Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul dimerata pelusuk dunia. Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia.

Tiga puluh tahun dahulu – air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, talipon, radio, tv – semua ini adalah milik kita bersama. Semua ini adalah hak milik negara bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini diswastakan.

Siapa sebenarnya yang menelorkan dan mencadangkan dasar penswastaan ini. Dasar ini dimunculkan oleh pemikir kabal-kabal Illuminati. Para pemikir dari pelbagai ‘think tank’ ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan IMF sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil – cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun.

IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antrabangsa.

Di belakang dasar penswastaan ini ialah para banker dari kabal Illuminati. Para banker yang telah mengumpulkan berbilon kertas dolar memerlukan pasarana pelaboran baru. Hukum ekonomi kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru. Di Eropah Barat pasaran telah tepu. Maka kabal Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa dibuka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga. Hasilnya kita melihat harta negara kita –air, talipon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank – semuanya bertukar tangan.

Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang. Russia telah dipecah-pecahkan. Perang telah dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen – semua ini adalah perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah Timur di jual kepada kaum pemodal antrabangsa.

Sesudah dasar penswastaan di terima pakai – kita mula terdengar apa yang dikatakan - Dunia Tanpa Sempadan. Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah. Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja.

Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksima dimana sahaja dalam dunia ini. Dunia tanpa sempadan ialah untuk para pelaboran antarbangsa bermain ‘tikam dan berjudi’ di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga. Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1997 dahulu. Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, talipon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.

Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung.

Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah – sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.

Dari zaman penjajah dahulu cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order. Kabal-kabal Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strateji telah di rancang. Semua telah di susun. Para banker di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan – New World Order atau Dunia Bentuk Baru.

Lihatlah nanti bagaimana kabal-kabal Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menanda tangani Free Trade Agreement. Dalam perjanjian ini tidak ada yang ‘free’. FTA ini akan memaska kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabanga mencari keuntungan maksima.

New World Order ini adalah dunia baru dimana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan NOW ini sedang diatur – Canada, Amerika dan Mexico telah disatukan – kemudian seluruh Selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu – ini akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepali oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia.

Lihat sekarang telah wujud Asean dan Apec untuk Asia , African Union untuk Afrika dan Union of South American Nations untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati. Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka.

Dalam masa yang tidak lama lagi manusia akan di cap dengan microchip. Tak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Microchip ini untuk bayi yang baru lahir – atas alasan untuk mengekori penjahat.

Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 – bercuti Sabtu Ahad. Jika sopan dan tekun mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, ipod, kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis ‘biji-biji saga’ yang dijanjikan. Sila baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang.

Ini bukan satu dongeng konspirasi. Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Ini adalah hakikat politik dunia hari ini. Memahami politik dunia hari ini amat penting. Jika kita gagal untuk memahami garis dan strateji Illuminati maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi. (TT)

Tuesday, April 21, 2009

177-Jangan ko sibuk cina yang mahu jadi baik, kau tu yang perlu cermin diri

Kasta aktivis yang paling rendah di Malaysia ini adalah aktivis agama. Aktivis ini selalu kena carut dan kena maki. Ia realiti. Ngajak orang pegi surau pun dah kena daring semacam. Puak aktivis ini hanya akan berlingkar sekadar dalam ruang lingkup mereka sahaja. Yang canggih sikit boleh masuk tv. Itu pun purata tak leh lawan Nabil punya rating. Gua tak dengar aktivis agama dapat Nissan Sylphy atau barang kemas harga sampai 150k dek kerana jasa mereka jadi aktivis ni.

Situasi ini adalah yang paling kronik dalam negara. Ramai pak menteri yang berkuasa terlepas pandang. Walhal mereka ini punyai kuasa untuk memaksakan penerangan masalah rohani umat bersumber al-Qur'an dan as-Sunnah.

Lantaran apa yang buatkan puak-puak aktivis ini menentang sekular hanya mereka punya hujjah yang jitu. Hujah mereka ini tak terpampang di media perdana. Tapi kontra untuk mereka yang menghiasi saban hari di ruang akhbar. Menyedihkan.

Arah ke akhirat sudah semakin memuncak. Tandanya seperti yang nabi bersabda kian jelas. Si bangang jahil agama terus-terusan membina dakyah sesat memesong ummat. Siapa mereka ia tanggungjawab kita untuk menilai.

Slogan mahu kembali kepada al-Qur'an sekadar retorik. Hukum-hukum boleh pulak pakai separuh-separuh. Sapa ajar?. Kalau nikah mahu pulak rujuk pak imam. Mentekedarah riba' rasuah langsung pulak si bangsat ini tidak mahu ambil pusing.

Bahasa ala-ala bangsat seperti ini jadi kecaman. Sepatutnya ia perlu indah dan mempersona. Bukan bahasa celaka seperti ini. Haha.. Sudah 1400 tahun la wahai binatang!! Perlu apa lagi bahasa pujangga. Mati kamu besok mahu pulak berkapankan putih. Dasar tidak tahu malu!!

Siapa si bangsat ini? Haha.. Kita semua la. Selagi tak mau bayar kifarah!!

176-Lawak bangsat for today!!

Gua dah cakap. Lama-lama sok benda yang tak dijangka akan keluar. Ajaran sesat lepas ni akan berterabur la dalam BolehLand ni. Sok jangan semua nak lepas kat aktivis agama. Skang ni seronok je ko tekan agamawan ni sampai dia nak makan nasik pun tak lalu.

Ustaz Awie cakap lebih kurang camni “Seorang penyanyi rock seorang yang jujur, kebanyakkan penyanyi rock senang masuk syurga” .

Peluk Irma tak jejas ekonomi negara - Nabil

Statement sekor-sekor bau macam longkang!!

Monday, April 20, 2009

175-Sejak zaman nabi Adam pernah tak lu orang terdengar ada pemimpin yang tak boleh letak jawatan?

Kalau seseorang pemimpin tu rasa ia tidak boleh nak memimpin, atas apa jua alasan, mungkin tertekan akibat meroyan dan tidak punya kelapangan waktu contohnya. Maka kenapa dia perlu dihalang. Kenapa Malaysia ini cukup pelik? Tidak boleh pulak seorang pemimpin itu letak jawatan atas sebab sia-sia atau mengelak pembaziran? Maka kita menuju zaman Jurassic bermula hari ini. Buat mereka yang ingin sangat melihat Malaysia maju, maaf gua katakan kita kini kembali zaman dinasti Ming. Kita perlu menangis sekarang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menggubal undang-undang bagi menyekat pemimpin meletak jawatan sesuka hati dengan hasrat untuk mengadakan semula pilihan raya kecil.

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Wan Shamsuddin Yusoff, berkata usaha itu perlu dilakukan bagi menjaga integriti badan itu yang bertanggungjawab terhadap perjalanan proses pilihan raya.

Beliau berkata, sudah sampai masanya perkara itu dikaji teliti bagi mengelak terlalu banyak pilihan raya kecil diadakan atas alasan yang tidak munasabah.


***

Gua simpati pada diri gua dan seluruh rakyat Malaysia!!

174-Kemelut mufti di Negeri Sembilan.

Kalau baca blog politik, Negeri Sembilan adalah antara yang paling sunyi kemelut ehwal semasa, pentadbiran negeri dan politik. Ia tidak diheboh-hebohkan di media blog atau media perdana seperti tv, radio atau akhbar. Terakhir adalah isu penamatan kontrak bekas mufti N.S. iaitu Dato' Mohd Murtadza Sheikh Ahmad. Yang lain agak senyap dan tidak dipanjang-panjangkan.

Isu penamatan kontrak ini sebenarnya lebih mengundang bala yang lebih besar kepada N.Sembilan khususnya hal ehwal agama negeri. Walaupun pengganti beliau iaitu Sahibus Samahah Dato' Yusuf Ahmad tidak kurang hebatnya namun belum apa-apa lagi beliau ditempangkan. Senjata buat beliau berjihad telah dirampas. Beliau terkapai-kapai keseorangan sementelah lagi timbalan mufti yang berkaliber dan orang lama dalam jabatan tersebut iaitu Ustaz Zaidi telah dipindahkan ke JAKIM, Putrajaya. Atas alasan apa?Wallahua'lam.

"Orang lain kalau tahu dalam sangkar tu ada harimau mesti tak mau masuk. Tapi saya ni pelik pulak" ujar Dato' Yusof.

Kini kemelut tersebut berpanjangan lagi dengan perletakkan jawatan Ustaz Suffian sebagai ahli majlis fatwa Negeri Sembilan, pemecatan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Mohd Khalil Sheikh Ahmad dan Dr. Mohd Farid Sheikh Ahmad juga sebagai ahli majlis fatwa negeri. Tidak nampak rasionalnya kenapa kes sebegini berlaku. Ini betul-betul menyedihkan.

Suatu yang dapat diketahui, pemecatan dan larangan Dr. Zul untuk berceramah bebas dihalang adalah kerana tuduhan keatas beliau sebagai Wahabi!. Kenyataan ini agak pelik lantaran banyak penulisan beliau yang menjurus kepada tasawwuf. Contohnya kitab syarahan Hikam hasil karangan beliau, kitab Bahjah an-Nufus, soal jawab A-Z tentang tasawwuf dan banyak lagi. Jadi tang mana wahabinya?.

Tuduhan keatas bekas mufti iaitu Dato' Mohd Murtadza bahawa beliau adalah Sheikh Wahabi langsung tidak dapat diterima memandang komitmen beliau yang baik pada Enakmen Tariqat serta menganjurkan beberapa siri seminar tasawwuf diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Isu ini hanya menjadi buah mulut dikalangan agamawan negeri dan tidak merebak kepada seluruh rakyat. Ia diam dan sunyi dari jadi bahan bualan masyarakat. Cukup cerdik orang nogori ghuponyo!!.

***

Lama gua pendam dan simpan isu ini dalam hati. Sakit hati bila ahli agama diperlakukan sebegini rupa. Artis pandai pulak ko puja dan jaga ye. Ban la Nabil tu kalau berani??

Gua cuma boleh berharap agar tok mat ni cepat-cepat turun dari tahta MB tu. Rimas tengok!!

173-Dulu masa sekolah, perlembagaan ni gua tak amik port

Macam mana nak cari titik pertemuan dalam politik? Macam mana kita nak buat supaya tidak berlebihan dalam politik? Sapa boleh jawap?
Nak tunggu PRU13 lambat lagi dan undang-undang makin celaru. Ekonomi langsung senyap. Agama hadhari apa cerita? Pendidikan kita mana arah tuju selepas kabinet baru ni?

Gua cuma boleh gelak aje..Hahahahahaha!! Gua cuma boleh seronok lihat lawak pak menteri layan karenah pembangkang. IQ tahap longkang!! Come on la pak menteri.. Cargas la sikit..

Sunday, April 19, 2009

172-Kritik aje. Puji gua tak reti.

Kelmarin gua lepak Marriot. Lepak-lepak kat lobby lepas dinner member telefon tanya nape blog gua asik bantai kerajaan dan nape tak puji kerajaan langsung? Gua cakap kat dia susah nak cakap dalam telefon. Nanti kita jumpa dan bincang. Sebab gua tau dia pakai telefon berprabayar. Nanti gua takut awek dia marah bila kredit habis. Secara autonya nanti gua kena bambu ngan awek dia. Naya gua.

Gua malas nak ulas dalam blog gua ni sebab gua malas. Penat nak taip. Cuma yang boleh gua ringkaskan adalah gua punyai jiwa sebagai pengkritik. Kritikan gua rasa tak la melampau sangat. Sederhana sahaja berbanding bahana yang gua rasa sebagai rakyat Malaysia. Perasaan ini gua kongsi dengan jutaan lagi rakyat yang tidak puas hati dengan polisi kerajaan yang samar-samar, caca-merba dan berat sebelah. Gua tak salahkan kerajaan 100% sebab gua tahu ia datangnya arahan dari pak menteri yang super bangang di Malaysia ini.
  1. Bagi idea banyak yang tak bernas dan banyak yang mengarut.
  2. Pembaziran berleluasa.
  3. Statement media macam budak tadika baru dapat microphone.
  4. Takut berhujah dengan pengkritik dan pembangkang.
  5. Asyik syok sendiri bila keluar tv dan radio.
  6. Tak tau mana yang parti mana yang kerajaan.
  7. Media berat sebelah dan pengampu kerajaan 24 jam.
  8. Dll.

Benda-benda yang berlaku di atas mengundang persoalan dalam kepala otak gua. Gua tak la bangang untuk turut je apa yang tv dan radio cakap. Tuhan anugerah otak pada gua agar berfikir. Bila kecelaruan banyak berlaku gua senang amik posisi menyerang dan mengkritik. Agar jiwa tenteram dari simpan aje dalam hati, nanti boleh jadi biol.

***

Kot la PR yang memerintah Malaysia ni, gua boleh jamin lu orang yang gua akan kritik PR selepas seminggu dia memerintah. Gua takkan bagi can. Nak dengar puji-puji melangit pegi blog lain!!

Saturday, April 18, 2009

171-Legislatif dan eksekutif??

Masa gua kecik-kecik dulu gua bodoh. Mak bapak wa bebel cakap yang tu tak boleh, yang ni tak boleh. Tapi wa degil maka wa bantai gak buat mana yang dia larang tu. Sudahnya gua pedih bila kena denda. Baru wa tau mak bapak wa dia boss dan dia hukum ikut kuasa dia. Dia tak bunuh wa sebab tu luar bidang kuasa dia.

Wa dah besar sikit wa pun masuk sekolah. Pun cikgu bebel cakap mana yang boleh dan mana yang tak boleh buat bila ada kat sekolah. Kalau langgar jugak apa yang cikgu cakap tak boleh secara auto wa pun dapat rasa pedih. Pedih sebab kena hukum. Balik umah pedih lagi sebab hukuman dari mak bapak wa pulak. Sekali lagi undang-undang atas wa. Wa semakin paham. Benda ni bawak sampai ke wa sekolah asrama. Kat sana asik pedih je wa dapat. Maknanya undang-undang makin ketat. Tapi wa cool aje sebab tak buat demo..haha

Amik pulak lesen keta baru wa belajar berada kat jalanraya. Sikit punya nyampah wa sebab undang-indang jalan ni macam meragut kekreatifan gua memandu. Tapi still wa ikut sebab wa takut kena saman. Wa bukannya banyak duit. Kang nak repair keta lagi, kalau eksiden lagi..

Gua masuk kerja. Jadi cikgu. Memang penat. Kerenah bebudak buat hal bikin jiwa gua berpusing. Jadi pulak gua cikgu disiplin. Kerja marah budak aje. Ada budak tanya nape cikgu tak list peraturan mana yang tak boleh dan mana benda yang budak-budak boleh buat. Gua akhirnya buat buku undang-undang sekolah. Kaji buku undang-undang sekolah luar maka lepas seminggu siap buku undang-undang dari wa bermuka surat sampai 27. Gua panggil semua budak gua buat sessi penerangan dan soal jawap dengan murid-murid wa. Selesai satu masalah. Kes disiplin tetap ada tapi makin menurun. Sampaikan nak cari yang tak turun subuh pun azab. Wa terus auto senyum. Kerja wa jadi mudah.

Gua bertambah dewasa dan gua boleh berfikir. Ada jenis undang-undang wa tak boleh tafsir dan nilai. Undang-undang perlembagaan Malaysia, undang-undang jenayah dan undang-undang rasuah bersama politik wang. Ni sapa boleh tolong?

***

Legislatif dan eksekutif tu apa binceknye? Kiranya perlembagaan Malaysia ni samar-samarlah yer tak? Sapa setuju?

Friday, April 17, 2009

170-Undang-undang yang memeningkan dan meloyakan.

Gua konfius. Gua boleh naik gila kalau-kalau gua tekan-tekan otak gua untuk tafsirkan hal ni. Keliru gua pada isu kuasa speaker dan mahkamah. Sapa yang power keatas dun Perak ni? Dah lepas ni apa yang terjadi?

Lagi satu hal SPR plak. Pehal lambat-lambat umum kekosongan kerusi dun Penanti? Gua pelik pasal hal ni tak pernah berlaku. Undang-undang dah macam kartun skang ni. Pak menteri tak rasa sedang buat lawak ke? Tak rasa diri tu bangang ke? Lu ingat rakyat lu ni bangang macam tahun 60an ke? Maaflah pak menteri sekalian.

Macam mana orang nak respek kat lu orang. Gua tak nampak benda yang lu buat sekarang ni menyenangkan hati rakyat keseluruhannya. Lu sedapkan penyokong-penyokong lu aje. Gua kasihan pasal lu terpaksa gunakan habis segala alat atas muka bumi ni untuk kekalkan kuasa lu. Macam main gay!! gua terasa jijik!! mual perut gua!!

Gua cuba imagine yang gua zero knowledge dan atas pagar. Maka gua cuba study mula balik dari kosong. Gua cuma boleh nampak kesamaran. Kabur sekaburnya. Ada tangan-tangan ghaib main belakang. Serious gua nampak jembalang tu dan gua nampak sekarang jembalang tu dah mula lapar-selaparnya.

Paling mudah!! Bagi la peluang puak pembangkang pulak cakap kat tv. Lu nak simpan tv tu sampai bila? Takkan takda telor!!

***

  • Pengundi atas pagar adalah orang yang keliru
  • Penyokong kerajaan adalah rakyat yang menyokong kebenaran dan berterima kasih dengan kerajaan.
  • Penyokong pembangkang adalah rakyat yang terpengaruh dengan dakyah sesat.

169-Suara yang tidak seimbang pada remaja dan orang muda

Gua maklum. Muda-mudi sekarang agak kurang prihatin soal politik. Dek sebab kurang prihatin maka suara remaja dan orang muda semacam tenggelam. Senario ini boleh mengundang celaka. Bala makin mendekat.

Hari-hari boleh cerita isu semasa. Semasa maksud gua adalah ke arah hiburan dan keseronokan. Filem bohsia pun nak keluar. Haha..Jahanam!!

Gua menyeru pada semua orang muda, kita tenggelamkan suara-suara orang tua. Kita punyai tenaga yang lebih walau stamina tak lama macam orang tua tapi tu boleh adjust. Bukan apa, politik adalah alat untuk kita cipta masa depan yang lebih sempurna dan generasi akan datang. Lu tengok anak-anak lu semua dan muka orang rumah lu dan lu genggam azam untuk berikan mereka masa depan yang lebih sempurna. Kita bersuara dan menjerit agar semua ahli politik tersentak dan kecut perut. Barulah perencanaan negara seimbang dan tidak berpihak macam sakai.

Lu tak paham? Lu perlu belajar perlahan-lahan. Tapi lu jangan bosan dan muak dengan politik macam lu muak dengan artis sekian-sekian. Lu bertahan dan keras sikit. Suarakan idea yang lebih cemerlang untuk masa depan negara. Pasti hasilnya manis. Percayalah!!

Thursday, April 16, 2009

168-Boleh pulak gua terfree sekarang

Bila gua dah free terpaksalah gua baca blog orang. Boleh ada pulak berita gempar.

PRK dun Penanti!! Mak ai, banyak gilo PRK tahun ni. Boleh muntah sape-sape yang kaki kempen ni. Harapnya takdalah yang carut, fitnah, maki atau seumpamanya. Yang dah masuk kerja tu pegilah kerja. Cari rezeki. Ekonomi senak sekarang ni.

Gua macam biasa. Gembira sebab Arsenal menang. Hehe..

Wednesday, April 15, 2009

167-Berkuntaulah lagi wahai pemimpin ku.

Maka Malaysia berkecamuk lagi. Hari yang lepas di 3 PRK sudah pun selesai. Segala nista, maki hamun, umpat dan keji sudah berhenti. Maka sepatutnya rakyat sudah boleh menarik nafas lega. Tapi gua pasti ombak tidak akan berhenti.

Maka gembira yang bukan pemerintah bila ahli pemerintah berkuntau. Yang lepas berkuntau dengan pembangkang, hari ni pulak sesama sendiri. Maka gua naik menyampah. Gua rasa sepatutnya sudah sampai masa semua orang bekerja untuk membina negara dan juga tamadun yang diwar-warkan.

Gua dapat agak kegilaan kali ini akan berpanjangan. Sikap mempercayai antara satu sama lain akan hancur. Kerja dilakukan dengan penus sifat prejudis dan hati hitam. Bala baru sudah sampai. Yang tanggung rakyat yang atas pagar kerana dia tinggi. Kalau tepi pagar mungkin selamat kerana sudah lama bersedia atas apa jua kemungkinan.

Media langsung tidak boleh harap. Dibacakan berita seumpama lelongan bidadari syurga. Sangat manis dan menggiurkan. Maka kita terpesona dan terbuai indah. Percaya bulat-bulat berita karut tersebut. Gamaknya generasi akan datang pergi sekolah pakai baju besi.

Tak usah cakap pasal ekonomi, pasal keadilan, pasal keharmonian, pasal keamanan kalau yang memerintah sudah mahu bunuh-berbunuhan.

***

Takkan hari-hari cerita bergaduh, bangang ke apa?

166-Lawakan logo ni


Red Devil pun tak selawa ni kan? kan?
***
Gua mintak maaf pasal posting gila gua hari ni. Gua dilanda busy yang teramat. Jumaat baru selesai semua tugas-tugas wa. Nanti kot ada kelapangan wa curik-curik masa update blog.

Tuesday, April 14, 2009

165-Kalau gua kaya tahap ada duit sebanyak 1 billion ringgit

Ini cerita kalau wa ada duit sebanyak tu. Kalau takda takpelah.

Benda yang pertama wa nak buat ialah gua nak buat satu realiti tv yang bunuh semua realiti tv ngarut yang ada kat tv skang. Wa nak carik mamat atau minah yang pandai pidato sambil berpantun dan bersyair dalam bahasa melayu dan inggeris. Hadiah wang tunai sejuta serta rumah banglo siap perabot dengan tv 42 inci plasma, kereta Toyota Camry, dapat buat album atau berlakon dan kontrak kerja dengan wa setahun. Ini saja wa buat suka-suka. Tapi syarat nak masuk ketat. Kena ada kelulusan dan penampilan menarik, pandai mengaji ngan baca jawi dengan lancar, sembahyang tak berterabur kalau wa tanya. Wa jamin kurang-kurang 1 peratus budak terkangkang kat tepi jalan tu akan kembali ke pangkal jalan.

Semua orang dibenarkan masuk. Satu Malaysia tak kira apa jua kaum asalkan ISLAM. Gua akan create crew untuk carik bakat seluruh Malaysia macam AF buat tu. Iklan gila-gila kat tv, radio dan suratkhabar. Dalam Harakah pun wa buat jugak. Wa kan banyak duit.

Datang masa ujibakat pun wa bagi hadiah. T-Shirt ada tulis "Membangun bersama ISLAM" atau "saya benci politik wang" .

Hakim wa lantik Najib, Anwar ngan Adlin Aman Ramli. Ok tak?

***

Maksud wa, wa nak tarik keluar satu bakat orang ISLAM la. Ok tak idea wa?

Ini hanya posting merehatkan minda. Maklumlah negara kita tengah kecamuk skang.

164-Demi Rita Rudani dan Bola Sepak yang cemerlang

Sudah sampai masanya sukan dalam negara kita ini berubah. rata-rata minat masyarakat pada aksi sukan ni pun tinggi. Lagi tinggi dari politik dan kurang sikit pada hiburan.

Kiblat negara kita ini adalah Eropah dan Amerika. Dan gua setuju kalau bab-bab sukan ni kiblatnya dihalakan ke sana. Maksud gua adalah penswastaan. Swastakan apa jua jenis sukan. Takda yang terkecuali. Tapi kalau nak dikecualikan jugak gua harap bukan bola sepak. Ini sukan paling kelakar dan paling banyak belanja serta juga peminat. Dibuktikan kes kat Kelantan hari tu.

Mungkin kerajaan tak berapa nak setuju pandangan gua tapi sila jenguk pada Badminton, bila ada Nusa Mahsuri, walaupun tak segempak mana sekurang-kurangnya ada jugak kemenangan saban tahun. Dan ada juga player yang pegang title nombor satu dunia. Dan bila kerajaan labur duit dalam sukan ini nampak la jugak berbaloi. Bola sepak?

Kita di posisi 160++ dunia dalam bola sepak. Kalau suruh gua tulis 160 negara yang atas Malaysia handal bola sepak confirm gua gagal. Dan mungkin jugak gua tak tau negara tersebut wujud dalam peta dunia. Tapi Malaysia adalah negara yang gua kira canggih. Fizikal dan sosial ala-ala Amerika tahun awal 90an tapi bola sepak ala-ala zaman firaun dan dinasti Ming di China. Jijk gua nak ulas.

Mungkin istilah guna cable takkan terjadi atau mungkin dapat dikurangkan bila diswastakan. Kuasa kepada sapa yang labur duit bukan pak menteri. Kalau main macam celaka gua pasti pelabur pun lari. Jadi nak tak nak main pasti separuh nyawa takut hilang punca rezeki. Biarlah kerajaan atau FAM urus pasal perlawanan sahaja.

Tengok saje minah yang main squays (betul ke gua eja) tu. Punyalah cemerlang. Dia berharap pada sponsor dan gomen sikit-sikit. Tapi bukan dalam akademi di tanah air. Pi lantak sama dia nak berlatih mana pun janji permainan dia superb.

***

Bola sepak? kembar? Rita Rudani?

Monday, April 13, 2009

163-Satu kisah yang menyentuh perasaan.

Hati gua meronta-ronta nak kongsi cerita ni pada lu orang semua. Cerita-cerita begini buat kita insaf. Seharian bekerja dan penat layan macam-macam hal keduniaan buat kita lupa nak periksa balik diri sendiri, nak muhasabah. Thanks pada Mastika dan tuan punya blog ni sebab paparkan kisah begini pada masyarakat. Masyarakat kita yang hanyut dan moga kisah-kisah sebegini buat insaf pada kita semua..

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku


SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"

Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"

Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...

Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Sumber: Mastika, Mei 2006

162-Pejadahnye pak menteri JAKIM mau kaji balik Islam Hadhari, hari tu cakap complete dah!!

Maka bila bertukar kabinet maka bertukar hala tuju rakyat. Boleh hari ni cara amalnya Islam Hadhari esok Islam apa pulak? Maka gua terbengong sebentar. Ini rasanya bila hati dipermainkan. Konsep ajer dah kabur maka gempaklah Islam di Malaysia mengalahkan Islam seantero dunia. Seluruh ulama' terkesima. Maka gua jadi gila.

Cara Islam hadhari hari tu gua tak abis khatam lagi. 10 rukun tu pun gua tak abis hapal lagi. Nasib baik gua tak jadi cikgu, kalau tak dengan anak murid gua skali pengsan dengar gua ceramah.

Kalau buat sesuatu benda tu mesti nak gempak. Canang satu dunia bagitau ia idea tercanggih. Bill Gates kalau Islam mau dia letak jawatan masuk tabligh.

Susah betul jadi menteri ni ye?

161-Berita hari ni yang musykil

Tak sampai seminggu pak menteri angkat sumpah, hari ni gua dengar berita canggih. Gua tak mau bantai. Lu orang boleh pikir. Ni berita ada pro dan ada con..

Satu berita mau letak 1 batalion wataniah kat setiap 222 parlimen di Malaysia. Canggih dan cerdik. Kurang-kurangnya banyak la kita nampak mat perang bersepah-sepah. Baru la macam Mesir. Tapi kot terlampau bangat. Belanjanya berapa? Kiranya ekonomi gawat-gawat ni kita banyak duit lagi ke? Gua tengok masa PRK baru ni letak polis tak sampai sebulan pun mau makan juta-juta. Gila ahh!!

Lagi satu berita mau kasi insurans sama itu tanam-tanaman dengan ternakan. Kot kalau-kalau banjir atau bencana boleh bagi pampasan. Ini insuran apa namanya? Bencana alam ada insuran ka? Kiranya sudah canggih Malaysia kan?

***

Aisyah terkeluar tak minggu lepas dalam AF?

160-Kalau cakap memang mudah.

Sepanjang gua slow ni macam-macam blog gua masuk. Macam-macam idealogi orang masuk dalam kepala hotak gua. Masing-masing terbaik bagi gua. Menegakkan pandangan dan gua setuju sebab rata-rata nak ISLAM dimartabatkan.

Tapi itu jauh dari realiti. Cukup susah tu. Rakyat macam-macam fahaman. Fahaman yang dah terbalik pun ada. Tapi kalau kerajaan sekarang atau akan datang buat bagi gua takda hal. Rakyat ikut je. Rakyat Malaysia lemah-lembut. Sikit pun tak baran. Marah kejap pastu elok la dia.

Tapi kena selesaikan yang nampak dulu la. Ni dalam parti masing-masing duk berkuntau lagi. Hal remeh-temeh pun ada. Menyampah gua. Yang atas tu ingatla yang duk bawah dan yang bawah hormat la yang atas. tapi kalau yang atas tu begik gua rasa tak salah kalau lu orang bagi pelempang sikit!!

***

Paling gua nyampah isu toll ni. Takder sapa yang prihatin ke? Pagi-pagi ni gua dah panas hati dah..

Saturday, April 11, 2009

159-Malam ni AF,jangan pi undi pulak

Ntah apa nasib gua tertengok cite pasal AF petang tadi.

***

Comel gak Aisyah tu yek. Geram gua..

Friday, April 10, 2009

158-Kita mengejar tamadun yang silap rupanya

Lalu kita bercerita pasal tamadun. Mahu ingin maju semajunya. Tidak mahu lagi menoleh ke belakang. Dan kita sebenarnya lupa. Tamadun di cipta perlu ada unsur-unsurnya. Mana mungkin Amerika itu gua panggil tamadun. Ia naik cerita ekonomi dan hiburan bermacam jenis. Kemajuannya tidak dapat di ikut oleh rakyat. Ia kini menuju kehancuran. Itukah tamadun yang kita kiblatkan?

Kita bercerita pasal tamadun China? atau Parsi? atau Roman? Greek? Acheh?, haha.. Mereka itu tamadun yang naik berkait rapat dengan agama. Agama mereka. Sedangkan kita? Agama kita caca-merba. Liberal dan sekular kini berada di tempatnya. Maka kita menuju tamadun yang maha celaka.

Gua geli puak-puak yang kiblatnya Amerika, UK dan juga Jepun. Apa ada di sana? Kalau lu cerita gaya kerja mereka yang gila babi mungkin gua separuh setuju. Tapi mana solatnya? ibadat sunatnya? zikirnya? tazkirahnya?. Kalau lu kata ia tidak relevan lu sememangnya bangang. Ini agama beb. Lainlah kalau lu standard yang gua bebelkan sebelumnya.(bersambung)

***

Kalau lu kejar dunia pasti lu gila akhirnya. Percayalah kerana ia tidak pernah cukup.

****

Pak menteri, tolong amik perhatian!!

157-Rasuah, maksiat dan juga bala??

Gua tengok analisa AWANI. Berapa pakar di jemput. Bincang tentang kekalahan team pemerintah. Tak berapa nak puji team pembangkang sebab menang. Yang gua naik meluat sebab gua tak berapa nak faham yang mereka cakap. Tinggi sangat level mereka. Sampai gua naik menyampah. Rasa macam nak tengok Astro ceria pulak.

Gua sebagai rakyat punya jawapan mudah. Sehabis mudah la gua rasa. Jawapannya sebab pemerintah terlalu elit dan rakyat semakin kasihan. Yang sensitif pasal kesusahan hidup adalah kaum India dan China. Mereka bergantung banyak pada perniagaan. Melayu? Ia tetap leka dan hanyut dibuai hiburan. Kerana hiburan yang di TV adalah 90% ceritanya tentang orang melayu. Gua rasa kalau ada AF versi Cina atau India, mereka mungkin leka jugak. Itu yang gua faham la.

Rasuah? Mentaliti orang Melayu tentang rasuah adalah pelik. Mungkin nilai rasuah hanya RM50 kot. Orang Melayu lemah dalam bab ini. Rasuah bagi gua lagi jahat dari mencuri dan merompak. Kerana ia melibatkan hak. Apa yang kita faham dan kita cukup maklum ialah penguasa negara ini adalah rasuah. Gua bukan tuduh tapi ia cukup maklum. JPJ, polis, alam sekitar, pencekup maksiat dan segalanya adalah berkiblatkan rasuah. Gaji standard memang tak cukup. Ini kerajaan kena ambil perhatian. Sebagai contoh lu nak banteras pelacuran kat KL. Ini kerja cukup gila. Kongsi gelap dah pegang. Cukup susah nak banteras. Silap-silap nyawa melayang. Jadi nak buat macam mana? Dari nyawa melayang atau tergugat baik terima duit kopi. Jadi masalah takkan selesai. Kita tetap begitu jugak. Kerajaan kena siapkan mereka. Pakai topeng kalau perlu serta kereta kebal. Banteras informer mereka dalam pasukan. Cukup banyak kerja. Ini semua pemimpin punya kerja. Kita akan beri kerja sama demi negara tercinta.

Agama? Ini jugak masyarakat agak kurang peka. Kita dikecohkan Malaysia Dreamgirl. Gua tengok pun agak celaru. Sudahnya mufti kena bantai. Mufti bila bias pada politik partisan ia jadi masalah. Nak tegur takut hilang jawatan. Jadi ia tetap terpulang pada pemerintah yang menguasai gelanggang. tetap pak menteri punya beban. Belum lagi kita kira yang bersepah lain. Isu tutup aurat, nombor ekor, judi, arak dan segala bala yang berlegar di sekeliling orang Melayu ngaku ISLAM dalam negara ini. Mana budak timur tengah? Siang-siang gua tengok dah kena kitai. Disusahkan bebudak tu belajar, takda biasiswa, takda kerja dan segalanya. Kita sedih dan kecewa namun apa kita boleh buat?

Jangan tuding pada pembangkang. Mereka juga pasti ada buat silap. Tapi mereka hanya boleh menyalak aja. Mereka tak boleh arah penguasa atau agamawan supaya buat kerja. Mereka jadi penstabil dan pengkritik macam gua. Gua dulu tak kisah sapa memerintah. Tapi apa yang kita dapat. Beban cabaran kesusahan dan penderitaan makin terasa. Maksiat berleluasa dan gua takut datang bala. Masa tu nak cakap apa?

***

Bila pemerintah banyak buat silap, yang salahnya rakyat jugak. Sapa suruh angkat mereka?

156-Terbaru selepas aksi yang mencemaskan 2,3 minggu ni.

ASM,

Dalam sebulan yang lepas bermacam perkara berdebar berlaku. Yang terakhir drama kes Altantuya dah selesai. Kabinet baru pun gua dah tau. Lambat sikit tahu sebab tido. Penat kerja. Masing-masing pun dah bagi pendapat masing-masing. Ada yang pro ada yang con. Lantak la.

Para bloggers akan menulis dan mengkritik. Gua pulak akan sentuh hanya politik non partisan. Tak tumpu mana-mana parti. Gua fokus tang ISLAM terutamanya. Agama terlalu sinonim dengan politik sebenarnya. Juga isu-isu lain. Kot agak tak secocok ngan gua serta otak gua, gua kritik. InsyaAllah akan membina. Bukan hentam membabi-buta. Lu orang nak follow atau tak terpulang. Ini demokrasi..haha.

Perhatikan yang gua bold diatas. Itu fokus gua sebenarnya. Harap semua faham. Agama kita letak kalau paling atas takkan jadi masalah sebab tuhan dah guide. Tapi kot letak kat bawah ia jadi bala.

Jumpa lagi..

Thursday, April 9, 2009

155-Tergempak!! Terharu!! Terpanas!! hari ini di Malaysia

Berita no.3 - Pembunuh Altantuya Monggolian sudah di jatuhkan hukuman. Ini berita gempak. Kes ni gua perhati serupa wayang. Ini kes banyak bikin orang pening, muntah, demam, pengsan, terISA dan termenangis. Ini kes macam cerita katun. Kalu lu tak paham maksud gua lu klik blog chegubard. Dia boleh bagi lu orang semua clue. Lu jangan tanya gua. Gua tak pandai.

Berita no.2 - KJ tak di lantik menteri atau timbalan. In berita haru. Gua terharu. Mamat ni semakin terpinggir. Nyaris-nyaris terkangkang dalam berjuang. Namun beliau tidak berputus asa. Semangat mamat ini kental. Bukan senang-senang lu orang boleh kitai. Lu boleh klik sini sebab apa mamat ni tak kecewa.

Berita no.1- Ini gua rasa paling panas, paling celaka dan paling kartun.
-Bahana biasa hidup mewah, aktres Wan Nor Azlin meminta jumlah tuntutan nafkah yang agak tinggi kepada suaminya, Mohd. Yazli Yaacob ketika memberikan keterangan pertama di mahkamah.

Jumlah keseluruhan nafkah untuk diri-sendiri dan anak-anaknya seperti dibacakan mencecah RM22,000 setiap bulan.

Bagi nafkah diri sendiri sahaja, Azlin telah meminta sebanyak RM5,000 setiap bulan untuk kegunaan peribadi seperti pakaian,penampilan diri, mekap dan rawatan muka bayaran telefon bimbit, servis kereta Mercedes, minyak kereta dan tol, mengaji al-Quran oleh Ustazah yang datang mengajar di rumahnya.

Nampaknya pelakon video terlampau dan terhodoh sudah seperti kadok naik junjung. Rupanya dia wanita high-class. Kasta dia tinggi. Sama level dengan mak-mak datin dan isteri-isteri pak menteri.

Ini semua berita dalam negara Malaysia. Pelakonnya orang Melayu. Dan mereka tak pernah dapat anugerah bintang filem Hollywood.

***
Gua teruja. Hahahaha

Wednesday, April 8, 2009

154-Kenapa orang melayu makan menggunakan tangan?

Gua dapat email. Maklumat baru. Ini dia..


Dijawab oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Kisah pada abad ke-19.

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.


Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang....

***

Setiap orang ada hujah dan dalil yang rasional. Sudu dan garfu pun boleh jugak. Takda hal.

153-Kini fokus pada PM baru kita

Seminggu lebih fokus terarah pada Nizar. Sekarang dah settle. Sekarang semua kembali pada asal. Bloggers tertumpu pada Najib pulak. Hari ni berdebor sakan pasal kabinet baru (gua tak). Kita tengok sapa yang kena kitai.

***

"Alaa..kalau ngko tak terkenal tapi bawah BN mesti ko menang punya" ujar mee kolok (orang Sarawak) tanpa segan-silu, gua pulak yang segan. Ceh..

Tuesday, April 7, 2009

152-Kiranya Amerika lebih demokrasi dari kita.

Kita tahu Bradd Pitt sokong sapa masa pilihanraya presiden Amerika. Kita tahu ahli sukan mereka berat belah mana. Artis mereka kita tahu senang-senang bias pada parti mana? Artis kita? Ahli sukan kita?. Pingat emas tak jugak dapat. Ceh!!

Kiranya orang Sarawak belum boleh terima lagi parti dari semenanjung. Kiranya orang Sarawak masih berpegang pada tradisi nenek moyang. Kiranya orang sarawak minat pada pembangunan dan kemajuan. Kita salute orang Sarawak. Perlu ada toll macam KL kalau mahu orang Sarawak sokong kita!!

Apa cerita orang Kedah? Mahu orang Bukit Selambau jadi exco? Haha..

151-Segalanya terserah

Kita sudah berusaha sehabis baik. Perjuangan tanpa mengenal erti penat lelah. Terima Kasih pada bloggers network. Usaha anda hanya Alllah yang mampu balas. Wujud kini generasi baru pejuang dikalangan pakatan rakyat. Semoga berjuang tidak kenal erti jemu. Tahniah para bloggers semua.

Kita tunggu malam ni..

150-Oit, nampak sangat la kerja lu tak adil. Cover-cover la sket..

Apa ntah angin encik polisi ni. Makin kelam-kabut plak wa tengok buat kerja. Lu jangan la layan sesangat budak gerombolan tu. Ke lu memang ahli gerombolan berdaftar. Bukak la uniform tu. Dah tak pasal berbakul-bakul sumpahan kat lu. Kang esok tercirit-birit nanti.. Wa tak jamin.


12.40pm (TERKINI)
7 orang ahli Keadilan SEDANG DITAHAN kerana memiliki topeng Altantuya. Ummi sedang bergerak ke Balai Polis Trong sekarang !

Sebuah kereta yang membawa keranda 'Altantuya' telah ditahan Polis di Pekan Trong sebentar tadi pada jam 12.50pm tengahari. Kini Polis juga turut menahan pemandu kereta tersebut. Keranda itu akan dibawa ke Balai Polis. Pengebumian tergendala sebentar.

Maklumat yang baru diterima, polis telah melepaskan gas pemedih mata di Taman Kaya, Simpang. Minta kepada petugas supaya jangan bertumpu kesana kerana akan mengusutkan lagi keadaan.

Subuh tadi pasukan FRU membentengi sekeliling bas yang ditahan oleh petugas PR. Pegawai polis jadi jurucakap UMNO. Polis dan FRU memaki hamun dan menghalau petugas-petugas PR yang mahu mendapatkan kepastian ke mana arah tujuan rombongan tengah malam itu.

Belum pernah berlaku dalam sejarah dunia sejak zaman nabi Adam, bas pelancong masuk ke pekan kecil Kuala Trong pada pukul 3 pagi kononnya nak melancong ke Pulau Pasir Hitam. Pelancong dari Negeri Sembilan itu bercuti beramai-ramai pada hari Selasa! Hari Selasa! Hari Selasa!

Yang ni sepatutnya lu ajar..

Laporan yang baru diterima daripada Ketua Srikandi PKR, beberapa orang dari Pemuda Umno terus mengekori srikandi2 PKR sambil berterusan membuat aksi isyarat lucah hari ini. Keadaan ini benar2 memberi keresahan dan kebimbangan beliau lebih2 lagi insiden melondeh seluar baru saja berlaku semalam.

-Semua report wa cilok dari http://politikbanjar.blogspot.com/

149-Kelkatu malam

Petugas-petugas gerombolan kita sudah maklum perangainya. Peraih undi dari kalangan mereka pun kita sudah maklum. Apa tah lagi pemuda-puteri mereka. Ganas, garang dan bengis. Sifat semulajadi mereka adalah samseng. Itu pun kalau ramai. Kalau dok sorang-sorang mereka adalah lebih baik dari nabi. Mereka juga sanggup sujud pada anda wahai petugas-petugas PR. Jadi biarkan mereka dengan perangai jelik mereka. Jangan di ambil kisah.

Yang penting kita bekerja untuk kemenangan calon kita, parti dokongan kita. Mereka dari puak gerombolan anggap sahaja seperti kelkatu malam. Mengemis untuk sesuap nasi anak beranak mereka. Manusia yang mengharap belas ehsan dari pemimpin mereka yang kaya hasil duit rakyat.

Percayalah wahai penyokong PR sekalian. Andainya PR memerintah Malaysia, merekalah yang mula-mula memakai serban berlagak alim dan suci sesuci makhluk tuhan atas muka bumi ini. Mereka akan mengaku merekalah yang berpeluhkan darah berjuang demi PR, demi Anwar, Demi Nik Aziz, demi Karpal.

Mereka ini tidak lama. Sekejap sahaja. Habis pilihanraya mereka pun lesap. Seperti kelkatu juga bila siang menjelma. Subuh ntah ke mana!!

148-PRK ni macam perang. Skuad kereta kebal lawan skuad basikal.

-Gambar cilok dari politikbanjar-
Raja mana yang ko maksudkan ni?
Budak NATANG tu mana pergi?
Yang bawak lari anak raja tu sihat lagi tak?
Yang kitai kebal raja tu mana? Hidup lagi tak?
***
Dasar bangang dan buta sejarah!!

147-Lu memang melampau.

Lu mintak restu rakyat??

Lu cukup bertuah dapat kempen kat TV,Radio dan surat khabar. Internet pun lu sebok-sebok buat blog. Masa nak pilihanraya lu tutup surat khabar pembangkang. Ceramah pembangkang lu kacau dengan abang topi merah. Pejadah lu main gay macam ni? Sampai gua tengok berita pun meludah-ludah. Nasib mak gua tak perasan. Kalau tak mau gua kena maki pasal karpet kuyup.

Lu cukup kebal dengan laporan polis atas lu. Badan rasuah pun lu selamat. Pembangkang habis kena seret kehulu kehilir lu kerjakan. Sikit lu takda bagi kasihan. Muka lu dalam TV sikit punya sayu gua tengok. Pandai lu berlakon. Baca ayat al-Qur'an pun lu buat kecoh. Khutbah Jumaat pun lu memekak melolong.


Habis lu kelekai duit rakyat. Lu bagi basikal rasuah supaya undi atas lu. Ayam pun lu kasi. Ada hati lu buat muka simpati kat TV?

Hello UMNO!! Hello DSN!! Hello bapak menteri!! Macam ni ke cara lu mintak restu rakyat?

***

Apa sialnya lu masih cerita pasal derhaka dengan boneka?

146-Tindakan anda bijak jika..

Esok rakyat 2 bukit 1 batang akan mengundi. Harapan pada mereka amat tinggi sebagai penanda aras kepada pemimpin selepas genap setahun sebulan pemerintahan selepas PRU12. Harapnya penilaian rakyat 2 bukit 1 batang semakin cerdik. Harapnya berfikiran jauh.
Semua orang telah bekerja. Demokrasi telah berjalan. Yang cerdik sudah nampak kepincangannya. Sekarang terserah anda untuk letakkan keputusan. Anda hakim. Hakim rasionalnya adalah bijaksana.
Wahai rakyat 2 bukit 1 batang, saya ini bukanlah sesiapa. Saya bukan yang punyai kuasa. Saya juga seperti anda. Inginkan Malaysia yang lebih baik. Itu sahaja.

Monday, April 6, 2009

145-Rehat jap.


Gua nak jawab tag jap. Oleh Miss Syakila ni.

1. List this rules on your blog
2. Share 7 facts about you on your blog
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours
4. Tag 7 people by leaving their names as well as links to their blog
5. Link the person who tagged you
6. Leave comment for each blogger you have tagged

***7 facts about you***

Tak suka kuar pegi shopping
Suka duduk kedai minum
Hobi belek kereta
Kurang tidor
Suka tengok Kari Byron Mythbuster
Arsenal Fan
Pengkritik tegar

***6 Quirks***
Suka beli buku tapi tak suka baca(sebab kulit buku tu cantik)
Minum Nescaffe tapi asik rasa nak muntah(tak pandai sendawa)
Tidor 4,5 jam sehari tapi asik ngantuk pulak (susah tido)
Kuat makan tapi badan tak naik-naik (metabolisma tinggi)
Peramah tapi orang cakap gua ganas(keturunan saddam)
Belajar kat Mesir tapi bangang B. Arab(asik cakap filipina)

***Tag 7 people***
al-Banjari
parpukari
taipingmali
kimin
edyes
taylor swift
nancy ajram

-nancy ngan taylor swift apa blog dia?

144-Baru wa tau wanita pertama negara wa satu negeri dengan wa.

Gua sangat berharap agar pemimpin baru wa sensitif. Dia baru naik, dia boleh buat sesuatu agar semua rakyat menyanjungi beliau. Tidak perlu risau tentang masalah dalaman beliau. Rakyat akan mudah lupa kalau dia buat sesuatu yang menguntungkan rakyat. Contohnya:

1.Turunkan cukai kereta import dari 300% ke 30% sahaja agar wa boleh pakai Nissan Skyline R34 GTR dengan senang hati.
2.Turunkan harga minyak lagi ikut janji yang beri subsidi 30 sen seliter agar wa tak berpeluh masa pakai GTR nanti.
3.Turunkan lagi tol atau mansuhkan terus agar boleh GTR wa naik highway pegi balik kerja. Takderla wa masuk jalan lama lagi setiap kali nak balik kerja.
4.Turunkan juga harga barang perfomance kereta agak wa boleh modified tahap gaban keta GTR wa nanti.
5.Turunkan jugak harga barang-barang makanan asasi agar wa boleh makan nasi time lunch hour kat opis. Pejadah pakai GTR kalau masih lagi pekena meggi.
6.Turap jalan elok2 kat pekan-pekan seluruh Malaysia agar chassis GTR wa tak lari takpun takyah gua alightment tayar wa setiap bulan.
7.Saman kasi turun RM30 untuk speed trap dan RM300 bagi yang bawak slow tahap 30km/j. Susah wa nak potong kalau dah beratur macam keretapi kat jalan Labu tu. Lambat nanti nak sampai umah.
8.Kasik cepat sikit highway arah ke Kuala Pilah. Bukit putus tu hampir dah nak terputus dah wa tengok. Lagipun orang umah lu kan asal sana. Jangan buat malu kampung ye!!.

Sekian dari wa a.k.a pencinta GTR

***
p/s Walaupun lu buat semua yang diatas wa tetap tak jamin PRU13 lu menang. Itu lu kena tanya permintaan orang lain pulak ye..hehe



143-Untuk en. Osman

Lupa nak bagitau. Jangan lupa buat 1 laporan polis untuk en. Mohd Zawawi Yusoh ye. Yang ni betul nabi tak ajar. Atau en. Osman pun teringin sekali join?

***
(Iklan!)
Saya berharap dan sentiasa berdoa agar kemenangan di pihak yang memperjuangkan nasib rakyat bawahan, tidak mementingkan kroni dan tidak rasuah. Semoga penat-lelah para blogger yang menyampaikan berita padat dan bermutu melawan media arus perdana yang berat sebelah berbaloi dan jasa anda semua dibalasi oleh Allah dengan kebahagiaan dunia dan akhirat. Saya tidak dapat hadir untuk sama-sama berjuang seperti anda. Kekuatan saya tidak setinggi anda. Tapi insyaAllah doa saya sentiasa untuk kamu. Ameen..

Untuk maklumat lebih cergas sempena PRK esok sila lawati http://abodaily.blogspot.com/ dan http://wartamaya.blogspot.com/ ini kerana Tranungkite.net dah tido.

Bagi blog pihak Barisan Nasional sila masuk kat http://parpukari.blogspot.com/ dan http://taipingmali.blogspot.com/ dan juga http://pilihan-anda.blogspot.com/. Barulah syok kan?

Anda nilainye. Tuhan beri kita otak untuk berfikir, bukan untuk simpan.

Sunday, April 5, 2009

142-Ni lagi satu berita gila dan magic.

Al-Qur'an bagi wa memang satu mukjizat. Ramai gila orientalis ngaji Qur'an lalu dia masuk Islam. Hebatnya Qur'an sampai sekarang takda sorang pun ahli pujangga dapat tiru hatta satu ayat. Sebagai orang Islam kita seharusnya bangga. Rasulullah dulu berdakwah takda pulak dia larang orang kafir ni baca Qur'an. Tak kiralah kafir harbi atau dzimmi. Moga-moga dengan baca Qur'an jiwa mereka dilimpahi hidayah untuk mendekati Islam seterusnya memeluk Islam. Kalau dia nak putar kita ada 14 mufti bersedia untuk turun medan perang. Jangan risau. Mesir pun ada 1 je mufti. Bermakna agama Islam di Malaysia terkawal rapi. Haha...

Tapi ni ada kisah pelik..

Lima orang dari Barisan Bertindak Perpaduan Melayu di ketui oleh Osman Abu Bakar telah membuat satu laporan polis di IPD Taiping.

Laporan ini dibuat ke atas YB Nga Kor Meng (Adun DAP Perak) kerana membaca ayat Quran.


***
Gua dah cakap, orang Malaysia memang ajaib!!
Untuk pengetahuan Encik Osman, al-Qur'an dikaji oleh semua bangsa dan agama diseluruh dunia. Hatta di Cambridge, MIT dan juga Oxford. Apatah lagi di Bandung Indonesia dan juga di Filipina. Juga di Peranchis dan Belanda. Beribu universiti seluruh dunia ada simpan al-Qur'an untuk kajian para sarjana dan pelajar mereka. Bermakna al-Qur'an teramatlah universalnya. Terjemahannya juga melangkaui beratus bahasa. Bermakna en. Osman terpaksa buat jutaan laporan polis di IPD Taiping bagi menunjukkan prihatinnya en. Osman pada al-Qur'an.

Nak tanya en. Osman la. Tajwid dah khatam?. En. Osman rujuk sini ye

141-Kurang dari 36 Jam

Ia masa yang kritikal. Hanya pada yang peka. Yang sudah rasa ia akan selamat hingga anak cucu sila abaikan tajuk diatas. Sudah rasa ia bahagia kini dan takda rungutan dalam hidup, juga sila abaikan. Merasakan politik negara ini yang terbaik berbanding dengan negara sekitar juga sila abaikan jugak. Tak usah pening-pening. Sila pergi main dengan anak cucu anda.

Kritikal bagi wa banyak maksud. Juga kritikal mungkin sebab dianggap sebagai referendum pada PM kita yang baru. Juga mungkin terasa kehilangan sebuah negeri yang menang secara demokrasi. Atau calonnya telah dilihat sesetengah pihak sebagai penderhaka, boneka atau apa-apalah.

Sila bangun rakyat Malaysia. Gua tahu ada yang tak amik pusing hal politik. Mungkin kerana muak dengan kotornya politik kita. Mungkin juga pikir PKR sama dengan UMNO, PAS yang boleh diharap pula bersekongkol dengan DAP, UMNO dan BN pulak diketahuai rasuahnya yang sudah membarah. Jadi apa pilihan yang ada?

***

Kalau itu alasan anda saya ucapkan takziah. Anda sudah mati. Otak anda sedang menguncup. Lalu anda akan bebal buat selamanya.

Anda punyai otak. Maklumat kini dihujung jari. Masuk kedalam aliran dua-dua pihak. Baca serta nilai dan buat pilihan. Jangan duduk tengah-tengah. Otak yang sihat adalah otak yang boleh berfikir. Tidak guna sama juga seperti kufur pada nikmat tuhan yang beri pada kita akal.

140-Islam liberal

Apa maksudnya Islam liberal ni? Gua tak berapa paham la istilah-istilah macam ni? Adakah ia dicipta untuk menyalahkan pegangan Islam sesuatu pihak? Lalu ia dicipta untuk menghentam parti politik tertentu. Banyak sungguh istilah merepek didalam negara ini. Seperti PAS contohnya, bila ia bekerjasama dengan DAP. Tuduhan keatas PAS Islamnya adalah liberal. Menjengkelkan bukan? Ia buruk kerana puak yang menyalak ini sebenarnya bangang tentang Islam. Itu gua pasti

Bagaimana pula Islam hadhari ni? Masih wujudkah ia sekarang? Atau selepas bapak menterinya resign lalu ia tidak relevan? Punyalah cikai slogan-slogan ciptaan Melayu ini. Ia tidak kekal lama. Lalu menyebabkan masyarakat bukan Islam memandang jelek perlakuan penganut agama Islam itu sendiri. Gua cuma berharap ia dihentikan segera.

***

Gua dengar anak Pakcik Adam yang bernama Lokman ada slogan baru..Islam DAP namanya. Pulak!!

Friday, April 3, 2009

139-Adil Dan Hakim

Untk bagi mudah dan paham pada yang cukup-cukup bengap..

Pikir logik sudah. Faham tak faham dan nak urai cara Imam Thobari atau al-Qurtubi terpulang. Ibnu Katsir pun boleh. Ayat hukum jangan buat main-main. Mufti ramai pegi rujuk.

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Nisaa - 58)

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjaan. (Nisaa - 135)

- Pada yang berkenaan. Selidik ayat al-qura'an diatas dan fahamkan. Ingat Allah sentiasa memerhati. Kebelakangan ni nampak sangat caca-merba dalam politik dan pemerintahan. Gua harap adakan diskusi. Keadilan bagi gua adalah demokrasi walaupun ada cacat sikit. Pada pemerintah jangan nak berselindung lagi. Jangan nak main gay. Keadilan pada semua bermaksud pada ngko dan juga pembangkang. bagi semua orang peluang untuk bersuara. jangan lu sorang nak bolot tv, radia surat khabar dan ban attack semua blog pembangkang dan juga akhbar yang tak sebulu dengan lu. Cuba jangan main gay kat sini. Imam tak imam, semua gua sapu...

***
Tapi kalau tak percaya ayat allah ni, terpulang. Atau nak tuduh gua berselindung pada ayat ni atau gua nak main-main dengan ayat ni pun terpulang.

138-BerPee Emm kan baru kita skang.

Puas dah menjerit, puas dah berlaporan polis, puas dah berdemo, puas dan memorandum, puas dah tangisan, puas dah cercaan, puas dah segala itu ini namun kini kita sudah ber PM kan baru. Yang lama jadi sejarah. Moga-moga tak jadi sampah. Yang baru meniti sejarah moga-moga tak di maki seranah. Apa yang boleh di harap, kita cuma berharap. Moga tak berulang yang sudah-sudah.

Kita perlu terus. Jadi penegur yang baik. Jangan leka dan alpa. Jangan kita hanya jadi pak angguk sahaja. Maruah juga perlu dijaga. Perlu dinilai dan dikritik sentiasa. Pujian hanya perlu atau kadang-kala.

Perjuangan takkan selesai hingga sampai bila-bila. Ada penerus generasi akan datang untuk teruskan. Generasi kini perlu di didik sebaik mungkin. InsyaAllah.

Alhamdulillah, penat dah berteka-teki dan meracau jiwa namun kini ia terjawab.

***
Dato' Seri, anda bekerjalah demi negara dan agama.
Bukan harta dan juga nama,
Kelak dikubur akan ditanya,
Mana satu jasa mana satu bala......

137-Without You

Gua layan blues jap..

***

I just wanna be alone tonight
I just wanna take a little breather
Cause lately all we do is fight
And every time it cuts me deeper

Cause something’s changed
You’ve been acting so strange
And its taking its toll on me
Its safe to say that I’m ready to let you leave

Without you, I live it up a little more everyday
Without you, I’m seein myself so differently
I didn’t wanna believe it then
But it all worked out in the end
When I watched you walk away
Well I never thought id say
I’m fine
Without you

Called you up cause’ it’s been long enough
And you said that you were so much better
We have done a lot of growing up
We were never meant to be together

Cause something changed, you were acting so strange
And it’s taken its toll on me
It’s safe to say that I’m ready to let you leave

Without you, I live it up a little more everyday
Without you, I’m seein myself so differently
I didn’t wanna believe it then
But it all worked out in the end
When I watched you walk away
Well I never thought id say
I’m fine
Without you

Cause something changed, you were acting so strange
And it’s taken its toll on me
It’s safe to say that I’m ready to let you leave

Without you, I live it up a little more everyday
Without you, I’m seein myself so differently
I didn’t wanna believe it then
But it all worked out in the end
When I watched you walk away
Well I never thought id say
I’m fine,
Without you
Without you
Without you
Without you
I just wanna be alone tonight,
I just wanna take a little breather.

136-Lagi berita tahap bangang ke udara

Gua jumpa berita gila lagi. Lama-lama gua pun jadi gila. Apa jadah pulak boleh keluar idea gila ni?


KUALA LUMPUR: “Aktiviti tarian poco-poco yang dijalankan di masjid tidak salah jika ia mampu menarik serta memakmurkan tempat ibadat di sesebuah penempatan,” kata penceramah bebas, Mohd Zawawi Yusoh.

Bekas pensyarah di Jabatan Bahasa Arab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, tarian itu aktiviti yang baik untuk kesihatan selain dapat merapatkan ukhuwah sesama umat Islam.


Arghhh... Malas gua nak ulas. Ulas kang ada pulak yang kena maki. Ni nak maki pak menteri pun dah macam cakap dengan tong gas. Buta tuli kayu habis. Membuang masa. Baik gua doakan aja bagi mampos!!

135-Ni idea pasal surat khabar.

Ramai berkobar-kobar nak boikot akhbar perdana. Tapi kena pulak sukan dalam bulan ni citer best-best. Kelayakan piala dunia. F1 pulak kat Malaysia minggu ni. Gua tau orang-orang yang gila sukan ni. Gua dulu pun ada perangai macam ni. Main bola bersepah jugak. Bawak keta F1 apa tah lagi.

Kot-kot sapa yang ada modal lebih tu buat la akhbar yang memuatkan berita sukan je. Confirm akhbar arus perdana tertido dengan sendirinya. Tapi jangan pulak citer gossip ahli sukan pulak ye. Secara auto gua bakat pulak benda picisan tu!!

Thursday, April 2, 2009

134-Mufti Baru Di Negeri Sembilan

Dicilok dari Lobai Kampung.

Setelah hampir 3 bulan kerusi Mufti Kerajaan Negeri Sembilan kosong akibat keengganan pihak tertentu menyambung kontrak Dato Mohd Murtadza b Shiekh Ahmad, hari ini Mufti Baru Dato Mohd Yusof b Ahmad dilantik menduduki jawatan tersebut. Pelbagai spekulasi dan andaian dibuat sebelum perlantikan tersebut termasuk keengganan beliau menerima jawatan yang penuh kontroversi itu. Hal ini kerana bekas mufti masih berkemampuan melaksanakan tugas tersebut.

Dato Mohd Yusof merupakan orang berpengalaman di Negeri Sembilan beliau juga merupakan ahli majlis fatwa, ahli majlis turuq sufiah dan pernah memegang pelbagai jawatan di dalam sektor kerajaan termasuk bekas Pengetua SMKA Syeikh Hj Mohd Said, Maktab Perguruan Islam Bangi. Memegang ijazah sarjana dalam bidang syariah dari Universiti Al-Azhar. Itulah antara yang diketahui LK mengenai beliau.

Kita mendoakan insitusi mufti di Negeri Sembilan terus terpelihara dari sebarang pengaruh politik kepartian sempit seperti jabatan mufti yang lain( tak tau mufti mana ) . Insya Allah. Kita doakan bersama tanpa sebarang prejudis.

Lobai Kampung : Tak mintak nak jadi tapi kalau dimintak kena jadi.