Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, June 10, 2009

Isu Indonesia

Sebulan dua ni banya cerita Indonesia. Kisah cinta Manohara, kisah Ambalat dan yang terbaru amah bernama Siti Hajar kena dera. Gua tengok wajah Siti Hajar pastu bayangkan itu kakak atau adik gua, tentu-tentu majikannya menyesal hidup atas muka bumi ni gua kerjakan.

Seakan magik, isu di Malaysia ni bermusim. Kalau eksiden, semua benda nak eksiden. Kalau cerita ular sawa, manjang aja cerita ular sawa makan bukan-bukan. Kalau cerita artis kahwin atau cerai, manjang tu jugak la cerita yang terpampang kat dada akhbar. Kalau cerita bangunan runtuh, sendiri mahu faham. Sama jugak cerita komunis, ahlong, rempit, rogol, culik dan lain-lain..

Tapi isu Indonesia ni agak cepat padam. Kisah Manohara ni pun gua masih confuse. Sapa yang betul dan sapa yang salah. Sama jugak isu Ambalat. Senyap aje. Persoalan gua, kerajaan tetap bising isu bukan-bukan. Isu perpaduan la, muzakarah la, BI dalam SPM la. Langsung tak mencambah minda dan lembab tangkap isu semasa.

Jadi rakyat takda stand. Pendirian tetap takda. Kejap simpati, kejap geram, kejap takut dan bermacam kejap lagi. Terlalu lemah..

No comments: