Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Tuesday, June 9, 2009

Nak bermuzakarah atau berzakarah pun gua pedulik apa!!!!

Gua sebenarnya malas nak bercerita hal-hal dalaman sesebuah parti ni. Tapi bila isu muzakarah atau muqabalah yang parti PAS nak buat dengan parti gerombolan ini ingin di wujudkan gua terbau tikus. Mana arah sekalipun atas, bawah, kiri, kanan, depan atau belakang gua tetap tak nampak rasionalnya. hanya retorik yang mengundang bala yang cukup besar. Di lakukan dalam situasi yang bukan situasi menang-menang.

Kenapa gua cakap macam ni? Cukup mudah kerana gua kembali pada sejarah. Sejarah sudah cukup untuk mengajar. Puak-puak yang memekak nak bermuzakarah ni dulu selalu cerita hal-hal sejarah politik tanahair dan dunia. Ntah mana jembalang yang merasuk, boleh pulak timbul idea nak bermuzakarah tentang perpaduan dan ntah apa-apa binceknya lagi.

Penjelasan yang sampai pada penyokong takda. Penerangan samar-samar. Pihak musuh sudah mendepa tangan untuk sahut idea muzakarah. Ke tak pelik namanya. Puluhan tahun sebelum ni pihak lawan melekeh-lekeh isu muzakarah dan juga debat anjuran parti PAS ini. Dan hari ini mereka berubah dan gua pasti hasil dari impak PRU12 yang lepas.

Secara ringkasnya, gua tak akan berkompromi dengan hal-hal bangang sebegini rupa. Mereke-mereka ini perlu di jatuhkan. Paling lambat PRU13. Parti tetap gua utamakan dengan parti-parti yang bersama pakatan rakyat. Kalau nak berlaku perang dalam blog ni pun gua tak kisah, hanya kerana kerja yang dilakukan sudah puluhan tahun dan banyak masa, peluh, wang, tenaga bahkan darah yang tercurah ke bumi semata-mata mahu menidakkan kuasa kuku besi gerombolan. Dan bila kita sudah di tahap ini, boleh pulak muncul sekerat dua yang berlagak pandai membelakangkan rakan-rakan seperjuangan atas dasar apa, gua pun tak pasti.

***

Woit mangkuk, buat culaan undi ahli parti la. Kita tengok sapa yang kena. Sebelum ni reti pulak refer undi kat NTV7 tu... Bila kena tang batang tubuh sendiri senyap diam sejuta bahasa..

1 comment:

lebai-mangkuk said...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.