Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, June 4, 2009

Sekali lagi gua ingatkan gua bukan menyokong komunis....

Gua baca blog chedet. Menarik ulasan beliau. Beliau memang bergeliga gitu. Menulis lalu di puja oleh pengikut beliau. Tapi gua berkecuali. Beliau hebat menulis dan berkata-kata lalu buat orang terpesona. Tapi gua lagi terpesona dengan komen kat bawah posting beliau. Lagi bergeliga gitu..... kahkahkahkah

By nmjnh on June 4, 2009 12:46 PM

Apakah perbezaan ahli Melayu dengan ahli bukan Melayu yang menganggotai PKM? Kenapa segelintir ahli PKM Melayu diterima kembali keMalaysia spt Samsiah Fakeh?

4. Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.

Jika UMNO hanya wujud selepas mereka yang dinyatakan seperti diatas, kenapa perjuangan mereka sebelum UMNO tidak dinyatakan secara ilmiah khusus dalam sejarah kemerdekaan tanahair?


***

Tun, sila jawap.....

No comments: