Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, March 16, 2012

Hakim Bakal Dedah Motif Pembunuhan Altantuya?

Sebenarnya rakyat sudah sedia maklum motif pembunuhan tersebut apabila hakim mengeluarkan hujah bertulis seperti itu.

Secara tidak langsung hakim telah mendedahkan motif pembunuhan tersebut..


Pembunuhan Altantuya: Motif tidak boleh didedahkan kerana Putrajaya akan musnah


Keputusan yang dinanti-nantikan baru sahaja diumumkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Md Yasin terhadap kes warga Mongolia Altantuya yang bukan sahaja menjadi topik hangat dikalangan pengamal undang-undang di Malaysia tetapi juga buah mulut rakyat biasa seperti Ahmad, Muthu Ah Beng di seluruh pelosok negara.

Pelajar dan profesional dalam bidang undang-undang terkejut akan keputusan hakim. Peguam yang juga mengajar akan menghadapi kesukaran dalam cuba merasionalkan keputusan yang telah menolak sepenuhnya "motif" dalam pembunuhan.

Hakim yang arif itu juga telah dilaporkan berkata bahawa "motif, walaupun relevan, tidak penting dalam pembunuhan."

Kini pelajar sekolah menengah juga turut bertanya jika motif tidak penting, adakah ia semata-mata pembunuhan? Atau pembunuh sengaja menjalankan pembunuhan semata-mata?

Standard undang-undang Malaysia menjadi perhatian

Keputusan Hakim itu juga telah meletakkan standard undang-undang Malaysia di mata dunia untuk diteliti. Ia telah memberi impak yang besar bukan sahaja dari perspektif sosio-politik hak asasi manusia tetapi juga dari dimensi sosio-ekonomi serta dimensi kehakiman.

Sesungguhnya kita mempunyai keputusan penghakiman akhir yang ditunjukkan kepada dunia dan ini membuktikan cara kita mentafsir undang-undang di sini tanpa perlu mematuhi apa yang termaktub dalam buku undang-undang yang diterima secara universal dan mengajar bagaimana keadilan dipraktikkan dalam sistem demokrasi di seluruh dunia.

Di tanah air kita sendiri, keputusan ini juga telah memberi tamparan maut kepada kerajaan. Semua pengundi akan lebih memahami jalan cerita yang sebenar secara tidak langsung. Parti BN akan sentiasa dicurigai kesan daripada keputusan hakim ini.

Kenapa 2 anggota khas melakukan perkara itu tanpa motif

Rakyat menanya soalan yang mudah dan logik: Bagaimana dua orang anggota polis terlatih, berdisiplin dan tidak beruniform yang semua tahu hanya menjalankan tugas atas arahan orang atasan telah membunuh seorang wanita yang tidak berdaya, tidak bersenjata, tidak mampu mempertahankan dari dan bersendirian pula?

Orang ramai bertanya, walaupun pembunuhan itu sendiri telah dirancang untuk menghapuskan semua kesan bukti dengan meletupkan perempuan yang lemah dengan bahan letupan tentera namun motif masih tidak penting?

Hakim menyatakan bahawa motif adalah relevan. Tetapi selepas itu dia telah menolak aspek paling penting dalam kes ini iaitu motif.

Sekarang rakyat juga bertanya kenapa. Kenapa motif tidak penting dalam jenayah yang mengerikan, kejam dan tanpa peri kemanusiaan apabila semua penunjuk mengatakan motif adalah punca pembunuhan itu? Mereka mula berbincang di kedai-kedai kopi, di bandar-bandar besar dan warung-warung kecil di kampung-kampung tentang bagaimana mungkin dua anggota beruniform dan bergaji, melakukan pembunuhan ke atas wanita yang tidak mampu berbuat apa-apa walaupun mereka tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mangsa?

Tetapi sebenarnya ada motif

Orang ramai mengatakan bahawa sebenarnya terdapat motif untuk pembunuhan itu berlaku. Dan mereka mahu undang-undang mencari apa motif itu supaya mereka yang terlibat dalam jenayah itu akan dihukum oleh undang-undang secara adil dan saksama.

Tetapi malangnya, "motif" telah dibuang jauh oleh kehakiman Malaysia. Precedent telah ditetapkan. Rakyat telah membuat keputusan mereka. Kini terdapat satu kepastian dalam minda dan hati rakyat di sini - satu keputusan yang tidak akan dapat diatasi apabila berlakunya pemulihan sistem keadilan Malaysia dan reputasinya.

Ada juga rakyat yang mengatakan bahawa jika ini berlaku di negara lain yang sivil dan demokratik, seluruh pengamal undang-undang akan mogok dan menuntut pembaharuan dalam sistem. Adakah ini akan berlaku di Malaysia? Hanya masa yang akan menentukan. Tetapi dalam masa yang sama kredibiliti pemimpin, parti-parti politik dan sistem kerajaan telah musnah sama sekali oleh keputusan pada kes Altantuya ini. ~malaysiachronicle



--------

Published on Addin

No comments: