Pak Polisi, kami just nak bagitahu supaya tambah2lah anggota bertugas untuk malam Jumaat dan malam Sabtu/Minggu start dari April sampai hujung tahun.
Selalunya tiap2 tahun kami akan race di Sepang dalam Bikerz Cup (250cc below) dalam Malaysian Super Series (MSS). Tapi untuk tahun ni, CEO Sepang Circuit yang amat angkuh telah menamatkan race kami yang sudah lebih 5 tahun berjalan. Organiser kami, Encik Abol Ismail yang telah banyak menganjur dan mengumpul racer2 motor kecik ni dah diharamkan dari menghampiri SIC. Alasannya kerana dikatakan jadi 'ulat tiket' untuk MotoGP 2011. Alasan yang tak masuk akal langsung. Polis kat trek pun lepaskan dia waktu kejadian tanpa keraguan.
Kami racer2 motor kecik (kapcai/RXZ/Kips/NSR/LC etc) takde alternative lain selain berlumba dijalanraya. CEO SIC, Razlan 'Pineapple Concert' Razali ni memang takde hati perut. Motor kami dah diubahsuai untuk lumba di trek bukan di jalanraya. Dah beribu ringgit juga dihabiskan untuk motor supaya mendapat keputusan yang baik dalam perlumbaan. Semua ini di buat atas dasar cintakan 'motorsports'. Mungkin juga kerana kami rakyat bawahan yang miskin dan tak mampu untuk membeli motor besar yang harganya melebihi sebuah kereta, kami di anak tirikan. Race yang melibatkan 600cc keatas masih boleh berjalan seperti biasa.
Selalunya race kami bermula pada April/May tapi malangnya tahun ini kami terpaksa race di jalanraya. Sepang Circuit hanya untuk orang kaya sahaja.
Oleh itu, sekali lagi pesanan untuk PDRM 'See You On The Road!!!'
Ikhlas daripada,
RACERS for BIKERZ MAGAZINE CUP
Published on MiLo SuaM
No comments:
Post a Comment