Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, March 22, 2012

Hassan Ali Mula Tugas Sebagai Adun BN

Ahli PAS yang dipecat Datuk Hasan Ali (Gombak Setia-Bebas) hari ini memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat Bebas di dewan undangan negeri Selangor dengan membidas bekas rakan-rakan partinya semasa perbahasan titah diraja. Sasaran pertama beliau adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman (Meru-PAS), yang semalam menyelar Hasan kerana tidak hadir pada Majlis Santapan Diraja, semalam.

Apabila Abdul Rani cuba mencelah dengan soalan yang berkaitan dengan kes murtad, Hasan cuba mengelakkan dirinya daripada menjawab.

Sebaliknya beliau menyelar Abdul Rani kerana menyerang peribadinya dengan mengatakan bahawa bidasan ke atas beliau itu tidak mencerminkan kebijaksanaan yang seharusnya dimiliki oleh seorang ADUN.

"Saya juga pernah jadi ahli parlimen. Kadang-kadang menteri tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka tidak menghormati Dewan Rakyat?"

"Meru hanya menyerang peribadi saya semata-mata kerana beliau tidak dilantik sebagai exco (Selangor) selepas saya telah digugurkan.

"Beliau harus berjumpa dengan seorang pakar psikologi untuk mengubati masalahnya," katanya sambil disambut dengan tepukan oleh ADUN BN.

Berang dengan kata-kata Hasan itu, Abdul Rani sekali lagi mencelah dan menuntut Hasan menarik balik kata-katanya.

"Saya seorang doktor profesional, awak bukan. Saya tahu saya tidak perlu seorang pakar psikologi," katanya.

Hasan membalas : "Apa masalah awak? Jumpa psikologi bukan perkara yang tidak baik bagi semua orang." ~malaysiakini

--------

Published on Addin

No comments: