Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, March 18, 2012

HOT!! Konfom pilihanraya bulan JUN...

Perdana Menteri sudah bersedia, tetapi mahkamah belum lagi. Kes-kes memalukan dijadualkan hanya bermula selepas Jun, iaitu selepas pilihan raya umum ke-13 diramal diadakan. Apa persamaan kontroversi berkenaan?

Diumumkan pada hujung minggu lalu bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat, terpaksa melepaskan jawatannya berikutan apa yang kini dikenali sebagai 'skandal lembu' dan akan berundur pada 8 April apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir.

Pada 13 Mac, hari suami, Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan salah guna wang pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan. Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin cuba membawa usul di Dewan Rakyat bagi membahaskan kemelut itu tetapi dimaklumkan oleh speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bahawa perkara itu kini di mahkamah dan adalah sub judice - jika dibincangkan. Ini bermakna pembangkan kehilangan modal berkempenyang mantap.
Pada hujung minggu yang sama, Suruhanjaya Sekuriti mengumumkan pengerusinya Datuk Zarinah Anwar, akan meletakkan jawatan pada akhir bulan ini berikutan konflik kepentingan peribadi memababitkan suaminya dalam urusan niaga saham.

Hujah bagi rayuan dua anggota polis yang disabitkan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang sepatutnya didengar pada 10 Februari tetapi kemudiannya ditangguhkan sehingga 9 Mac, kini sekali lagi ditangguhkan sehingga 27 dan 28 Ogos.


Pada 9 Januari, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan meliwat, tetapi pada 25 Januari pihak pendakwaan mengumumkan bahawa mereka akan membuat rayuan. Perbicaraan rayuan keputusan tidak-bersalah itu dijangka berlarutan dan mengambil masa yang lama.
Terdapat pelbagai kontroversi lain, termasuk perbicaraan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik berhubung skandal pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang, di mana kerajaan kerugian sebanyak RM12.45 bilion. Kes pendakwaan terhadap Ling selesai beberapa bulan lalu tetapi hanya baru-baru ini diumumkan bahawa beliau mesti membela diri. Tidak pasti bila beliau akan dipanggil untuk berbuat demikian.


Apakah kes-kes berkenaan mempunyai persamaan seumpama ini ditunda ke hadapan, soal beberapa pemerhati di Kuala Lumpur.


"Mereka akan cuba menolak segala-gala kes selepas bulan Jun atau Julai yang menjadikan kita semakin yakin pilihan raya umum akan diadakan bulan Jun," kata seorang ahli perniagaan.



--------

Published on shalehudin

No comments: