Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Sunday, March 18, 2012

Seks oral punca kanser mulut


LONDON: Peningkatan kes kanser mulut dikatakan berpunca daripada amalan seks oral yang semakin meluas.
Dalam hasil kajian diterbitkan semalam, pakar di Pusat Kajian Kanser United Kingdom mendapati, seramai 6,200 orang dewasa disahkan menghidal penyakit itu tahun lalu.

Dua pertiga daripada penghidap itu pula terdiri daripada golongan lelaki.

Ketua penyelidik, Richard Shaw, berkata pada 2001, hanya 4,000 orang dewasa menghadapi kanser mulut.

Sebelum ini, katanya, pakar sering mengaitkan kanser mulut dengan amalan merokok dan minum arak berlebihan.

"Bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan peningkatan dramatik itu mempunyai kaitan dengan sejenis virus dikenali sebagai HPV (human papillomavirus) yang boleh disebarkan ketika seseorang melakukan seks," katanya.


Shaw berkata, kajian terbaru juga mendapati, pesakit menghidap kanser akibat HPV juga kini semakin muda.

"Sebahagian daripada mereka mungkin tidak merokok," katanya. - TS


sumber : myMetro

No comments: