Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, March 18, 2012

Siapa Kata MB Kedah Keras Kepala? Phahrolrazi & Ismail Tidak Dilucutkan Jawatan

Tiada rombakan Pas Kedah

KOTA SARANG SEMUT - Tiada rombakan dalam Jawatankuasa Perhubungan Pas Kedah walaupun kira-kira 90 peratus suara dari kawasan mahu penyusunan semula dilakukan bagi memantapkan jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) susulan kemelut kepimpinan negeri baru-baru ini.

Sinar Harian difahamkan, usul penyusunan semula jawatankuasa itu dikemukakan oleh Dewan Pemuda Pas negeri dan mendapat sokongan majoriti kepimpinan kawasan termasuk Sungai Petani, Jerlun, Kulim-Bandar Baharu, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Malah, majoriti wakil yang menghadiri mesyuarat bulanan Pas Kedah di Kompleks Pas Batu 9, semalam, turut menyuarakan kebimbangan mengenai kesukaran yang mungkin dihadapi jika kedua-dua timbalan pesuruhjaya Pas, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh, kekal dalam jawatankuasa itu.

Susulan kebimbangan itu, ada wakil Pas kawasan yang mengutarakan usul mendesak agar Phahrolrazi dan Ismail dilucutkan jawatan, namun Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah menolak.

Difahamkan, keengganan Azizan adalah disebabkan pendiriannya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan ,selain memberi ruang kepada kedua-duanya untuk memperbaiki keadaan.

Sementara itu, Azizan ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat terbabit, tidak menafikan isu mengenai usul penyusunan semula jawatankuasa Perhubungan Pas negeri turut dibincangkan.

"Tidak semestinya bila ada orang minta lucut, kita akan lucutkan (jawatan), tetapi kita ada bincang secara umum mengenainya," katanya.

Menurutnya, terdapat dua peringkat pelucutan iaitu peringkat keahlian dan pelucutan beberapa jawatan.

"Peringkat keahlian, bukan hak negeri tetapi hak Pusat, mengenai pelucutan beberapa jawatan pula, bukan hak pesuruhjaya tetapi pesuruhjaya boleh membuat tuntutan dengan persetujuan jawatankuasa. Namun ada beberapa faktor yang perlu diambil kira, tidak semudah itu," katanya.

Azizan berkata, selain isu berkenaan, mesyuarat bulanan yang bermula jam 9.30 pagi sehingga 2 petang itu turut menyentuh pelbagai isu termasuk kewangan, program serta persiapan pilihan raya.

Ulasan GB

Akhirnya kebenaran terdedah. Ustadz Azizan diakui sendiri oleh musuhnya selama ini sebagai seorang yang berjiwa besar dan berlapang dada apabila beliau sendiri mengenepikan usul untuk melucutkan Pharolrasi dan Ismail Salleh sebagai TPJ1 & TPJ2.

Walhal sebelum ini kumpulan dua orang inilah dengan para penyokong tegar mereka yang menuduh Ustadz Azizan dengan pelbagai tohmahan dan cacian, "keras kepala, "cenge", dan seumpamanya sehingga sanggup kononnya untuk menjadi "kamikaze".

Dengan mengambil kes Hassan Ali sebagai contoh, yang GB pernah dedahkan sekitar tahun 2009, hanya pada 2012 terdedah watak sebenar Hassan Ali yang akhirnya dipecat dari PAS.

Walaupun PAS Pusat mengambil masa yang agak lama untuk memperakui kebenaran tulisan-tulisan GB dan lain-lain blogger yang mendedahkan perwatakan Hassan Ali tersebut, namun akirnya Allah sendiri campurtangan untuk mempastikan Hassan Ali tidak lagi berada di dalam jemaah.

Dan kini di Kedah pula:

usul penyusunan semula jawatankuasa itu dikemukakan oleh Dewan Pemuda Pas negeri dan mendapat sokongan majoriti kepimpinan kawasan termasuk Sungai Petani, Jerlun, Kulim-Bandar Baharu, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Entah tahun bila nanti kita akan dapat melihat kedua-dua kamikaze itu akan mengikut jejak langkah Hassan Ali juga. Kerana sifat mereka serupa, tidak ada adab dan akhlaq di dalam amal jam'iyy dengan mengadakan sidang akhbar sendiri-sendiri walaupun kesemua mereka mengakui hanya ada bulan dalam hati!



--------

Published on Kelab Greenboc

No comments: