Entry kali ni takda tipu-tipu. Jangan risau.
Untuk mudah cara anda perlu modal. Macam gua la kan. Ada blog, ada twitter, facebook dan flickr maka dengan limitednya gua dengan pc kat umah dan pc kat opis pulak macam haram jadah maka gua hanya gunakan handphone. Tak perlu nak beli Blackberry iPhone bagai. Cukup sekadar ada nokia yang tak sampai seribu harganya dan internet unlimited plan. Maka gua syorkan handphone yang menggunakan OS Symbian 60 version 5. Handphone yang terlibat dengan OS ni contohnya seperti Nokia 5800 Xpressmusic, 5530XM, 5230, N97, Sony Ericsson Satio dan juga Samsung i1890 HD. Yang paling murah adalah Nokia 5230. Kalau yang bukan original kilang harganya lingkungan RM600 sahaja. Nak lebih maklumat gi usha kat GSMarena.
Ok, untuk plan internet plan pulak gua gunakan Digi unlimited plan yang bulanan bayarnya RM66 sahaja. Tak selaju Digi 3G plan yang cuma berharga RM50 tu tapi yang ni takda limit download upload data. Untuk makluman pembaca, Digi 3G plan data tu limit hanya pada 3 gigabyte sebulan. Terpulang pada anda. Ni gua tanya kat Digi customer centre. Leh jugak guna Celcom atau Maxis. Terpulang.
Next, handphone ni dengan mudahnya support email. Handphone gua sekarang on 2 email sekaligus. Email opis dan juga Gmail. Hanya ikut je instruction yang dia beri. Lepas tu ikut suka hati korang la nak manfaatkan macam mana.
Seterusnya pulak ye. Kita terus ke alam maya. Gua rasa semua tahu yang blog boleh di update dengan menggunakan email. Maka selesai satu masalah. Manakala flickr plak sudah tersedia perisiannya dalam handphone ni. Namanya share online.
Untuk yahoo messenger, asalnya gua gunakan eBuddy tapi connection kurang stabil dan sering disconnect maka gua bertukar pada perisian percuma yang boleh kita download secara bersepah di internet bernama Fring. Cantik, laju, cepat dan mudah. Budak berumur 6 tahun rasanya tiada masalah dengan perisian ini apatah lagi anda. Perisian percuma dan crack yang boleh didownload secara bundle gua syorkan mobile9.com, nokiasoftware.net dan ipmart-forum.com
Untuk facebook pulak asalnya gua guna yang standard. Maksudnya guna standard nokia web browser dan login ke http://m.facebook.com tapi macam tak advance pulak rasanya. Maka gua guna 2 perisian sekaligus. Dua-duanya percuma dan stabil iaitu Snaptu dan facebook widget untuk OS s60v5 mobile. Tapi untuk lihat new notification gua masih lagi gunakan kaedah awal yang tradisional tu macam yang gua terang mula-mula tadi.
Dekat nak pukul satu ni, jap lagi waktu lunch maka gua teruskan lagi dengan sepantas kereta wakjam ye.
Bagi penggemar RSS pulak gua syorkan Operamini version 4.2 dan Snaptu. Mudah pantas dan kita tahu mana site atau blog yang update. Tak perlu nak rayau satu-satu blog yang kita sentiasa kunjungi. Buang masa dan letih mata tunggu siap loading. Guna RSS je mudah. Kot gomar copy n paste then update blog sendiri yang macam gua selalu buat ni lu gua syorkan install jugak Opera Mobile 10.2 kat handphone. Dia support Copy, Cut and Paste untuk mudahkan kerja korang tu (paste kat notepad ke). Dah buat kerja murni tu kang update la pakai email yang dah sedia ada dalam handphone korang tu. Best kan? Untuk makluman, snaptu juga support photobucket. Bestnya hidup.
*Gua tau tak sama feel layan tenet kat hp ngan pc. Tapi ini cuma altenatif. Terpulang. Bukan wajib.
No comments:
Post a Comment