Masihkah tidak sedar-sedar? Nyawa ini bila-bila masa sahaja boleh diangkut pergi. Sudah semacam menjadi kebiasaan pabila pembesar mati, maka segala bentuk hiburan dihentikan dan budak-budak tahfiz menjadi buruan. Mereka-mereka yang dibidang agama pula menjadi tumpuan.
Ketika tiada sapa-sapa yang mati bagaimana pula keadaannya? Sekolah pondok menjadi cemuhan. Budak ngaji agama dipandang serong. Ada juga sempat dilabel pendokong terrorist. Keji bukan.
Kenapa tidak dijemput sahaja mereka yang menang anugerah juara lagu itu jadi pembaca quran disisi simati? Suaranya kan merdu? Pasti ramai yang nontonnya dan juga tv dan radio boleh tinggikan rating..
Berapa hari ye mereka-mereka ini boleh bersifat tawadduk dan zuhud disaat ketika pembesar meninggal? Kalau berturutan sehingga menjangkau setahun agaknya industri seni ini mungkin lumpuh. Tak gitu?
Hanya sekadar pendapat peribadi. Jangan pula disalah anggap pulak.
No comments:
Post a Comment