Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Thursday, January 28, 2010

UMNO bakar gereja', Azmin tak dipanggil

Kerajaan akan menangkap dan mendakwa mereka yang terbabit dalam membakar dan mendalangi serangan ke atas gereja Metro Tabernacle, meskipun mereka ahli Umno, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hessein, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan naib presiden PKR Azmin Ali semalam yang dia mempunyai bukti bahawa ahli Umno terbabit dalam serangan 8 Jan itu.

Hishamuddin berkata dia tidak menyalahkan Azmin kerana "beliau orang politik. Kerja beliau kerja politik. Saya tidak hendak salahkan beliau.

"Beliau hendak cakap, cakaplah, tetapi rakyat akan menilainya katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Hishamuddin juga menafikan Umno mengeluarkan arahan supaya serangan dilancarkan.

Beliau juga berkata polis tidak akan mengambil keterangan daripada Azmin kerana beliau bercakap atas kepentingan politik semata-mata.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata beliau sedang berusaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian anggota Umno yang didakwa terbabit.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, Umno juga boleh membuat tuduhan kepada PKR sekiranya mahu, namun kerajaan mahu menumpukan untuk mengumpul bukti dan fakta terlebih dahulu dan tidak sekali-kali membuat tuduhan sembarangan.(Malaysiakini)


****
Uiks.. Boleh pulak sebab ahli politik ye? Mana pulak datang mazhab baru ni?

No comments: