Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Friday, January 22, 2010

Pusat Pengajian Pondok Tertua Di Kelantan Musnah Dalam Kebakaran

PASIR MAS: Tiga blok bangunan sebuah pusat pengajian pondok yang tertua di Kelantan di Kampung Lubuk Tapah, di sini musnah dalam satu kebakaran pada awal pagi ini. Menurut seorang saksi kejadian, Hanipa Zakaria, 59, beliau menyedari kebakaran itu kira-kira pukul 1.45 pagi ketika hendak masuk tidur.

"Ketika itu saya terdengar bunyi bising di luar rumah dan apabila saya keluar rumah, kelihatan sebahagian satu blok bangunan sudah terbakar," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Hanifa berkata beliau kemudiannya mengejutkan beberapa ahli keluarganya untuk keluar dari rumah yang terletak berhampiran dengan pusat itu.

"Hampir 70 peratus rumah saya turut terbakar, bagaimanapun saya sempat menyelamatkan sebuah kereta," katanya.

Difahamkan ketika kejadian terdapat kira-kira 55 pelajar di pondok tersebut termasuk mereka dari Kemboja.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Adnan Said berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 1.55 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian dan sempat memadamkan api dari memusnahkan bangunan berhampiran.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian keseluruhan dianggarkan bernilai RM785,000 melibatkan bangunan dan kelengkapan serta kitab-kitab agama.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut melawat tempat kejadian itu hari ini.- BERNAMA

Sayang betullah. Sejarah dan kehebatan banyak terakam kat sini.

No comments: