Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Wednesday, December 3, 2008

50-Harga barang akan turun - Pak menteri Shahrir Samad

Harga barangan di seluruh negara dijangka dapat diselaraskan dan diturunkan mulai suku pertama tahun hadapan berdasarkan penurunan harga bahan mentah di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) memberi jaminan itu berdasarkan kajian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berikutan penurunan harga minyak di pasaran buat masa kini.

Menurutnya, kadar harga barangan keperluan pada masa sekarang masih sukar diturunkan secara menyeluruh kerana masih terikat dengan kos pemprosesan yang lama semasa harga minyak berada di paras tertinggi.

''Harga-harga barang keperluan yang telah siap diproses seperti susu dan minyak masak tidak boleh diturunkan kerana penurunan harga minyak di pasaran baru sahaja berlaku dalam masa beberapa bulan ini,'' katanya.


Lamputih cakap - Lu orang sumer percaya ke apa yang orang tua ni cakap. Mak gua kata kena hormat orang tua tapi tak perlulah nak percaya semua apa yang orang tua cakap. Sebab tu sume gula-gula dari dia yang membolehkan lu orang semua sakit gigi. Upah cabut gigi skang mahal . Mana ada sen. Takkan nak guna duit tambahan selepas di tolak caruman dari 11% ke 8% kan. Tak berbaloi.

Lu wahai pak menteri, pesal lu sayang sangat compony susu tu? Lu bagi je la subsidi kat compony tu. Gua tau skang lu tak bagi subsidi minyak lagi dah kan? Dah??? Pehal yang kemut sangat? Bukan duit lu pun. Tak cukup kang lu tibai la duit Tabung Haji ke? Zakat ke? Payah sangat lu korek je tabung masjid time hari Jumaat. Mana penting, compony susu ke pembeli susu? Bukan sume orang boleh proses susu sendiri. Orang-orang yang terpilih je boleh. Tu pun limited edition.

Ada otak pakai la wahai pak menteri!!!

No comments: