Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Friday, December 12, 2008

65-Isu paling hangat

Gua rasa isu yang paling hangat didunia sekarang mesti dua benda. Yang pertama hal berkaitan ekonomi dunia yang merudum dan yang kedua serangan di Mumbai. Tapi kalau di Malaysia ni yang secara khususnya adalah tragedi runtuhan di Bukit Antarabangsa. Kalau yang bangang sikit adalah sibuk tentang perkahwinan Mawi dengan Ekin. Lagi bangang mesti cerita pasal shuffle. Apa punya gila

Gua sampai kadang-kadang tu malas dah nak komen. Tapi otak gua ni asik ajer terfikir.Jadi kena jugak gua terus menulis. Apa punya singkat otak-otak Melayu ni. Tak senada dengan pemikiran global. Masih lagi otak kampung. Tu belum yang citer hal bola sepak yang buat kelakar badut kat tempat orang. Harap baju je ketat tapi kaki bangku. Gua tak cakap semua orang, tapi lu orang boleh bukak surat khabar tengok. Betapa tingginya pemikiran orang Malaysia. Sikit pun tak risau hal ekonomi yang dah jadi macam setan.

Untuk ujian pertama sila buka almari kain baju dan lihat berapa banyak kain baju yang terkumpul dan tidak pernah kita usik-usik. Malah kita terlupa bahawa kita memiliki kain baju ini. Kemudian sila pandang rak kasut. Berapa banyak kasut yang terkumpul.

Jika kain baju bergantang-gantang dan kasut semakin membusut maka tandanya kita sedang menghayati dan merayakan budaya konsumer – budaya yang lahir dari sistem ekonomi kapitalis. Budaya konsumer ini telah sampai ke tahap akhiran kerana sistem ekonomi kapitalis tidak lagi berkemungkinan untuk berkembang melainkan menguncup dan akhirnya meleset. (tukartiub)


Gua amik point ini sebab ia adalah realiti yang berlaku pada semua penduduk di Malaysia. Gua dulu pun macam ni. Tapi gua cepat sedar. Kita sudah berada di zaman kemelesetan. Gua respek pada pak menteri yang cakap dekat media kata ekonomi kita masih boleh bertahan. Takda masalah. Dan masih lagi kukuh. Pala otak hang!!

Tahun lalu Indek Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur naik hingga ke 1,300 mata dan sekarang hanya berada disekitar 800 mata. Jadi kesimpulan apa yang kita boleh buat? Ekonomi kita makin cargas?

Jangan dengar cakap cakap para politikus yang memerintah. Mereka sedang berbohong. Kerja dan tugas mereka hanyalah berbohong dan menipu. Jangan percaya bahawa kita semua selamat dari krisis ekonomi ini. Jangan percaya bahawa ekonomi Malaysia kukuh. Tidak mungkin kalau semua negara dalam dunia ini telah mengakui bahawa negara mereka sedang menghadapi krisis mana mungkin hanya Malaysia terselamat. Ini mustahil. Ini pembohongan.(tukartiub)

,

Jadi lupakan hal sehati berdansa, kisah kahwin yang kadang2 menyemakkan kepala, kisah shuffle atau skinny jeans, kereta apa yang nak dibeli akan datang,dll. Lupakan. Kita menyimpan mulai sekarang kerana hampir 30,000 orang telah dibuang kerja di Singapura. Kita tak tau bila lagi.



No comments: