Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Wednesday, December 24, 2008

81-Pandangan kita yang berbeza tentang sehati berdansa contohnya

Mentang-mentanglah kita ada blog, kita ada tv, kita ada akhbar, kita ada radio. Maka semua orang ingin memberi pandangan. Bermacam pandangan. Yang biasanya bias pada sesuatu pihak. Tak kira la sesiapa pun. Yang pandai, yang bodoh, yang cerdik, yang bangang semuanya ingin tunjuk genius. Kadang-kadang tanpa bersumber fakta. Yang pening orang kebanyakan. Yang kurang nak ambil tahu sebenarnya. Maka jadilah ia masyarakat yang caca-merba, terbarai, hancur dan gila.

Gua juga ada blog. Gua juga ingin memekak memberi pandangan. Cuma gua kurang pandai menulis untuk melayakkan diri gua menulis di akhbar. Agak gagap untuk gua berada di tv. Tapi gua berpandu pada satu etika. Iaitu macam mana rasional sekalipun sesuatu pandangan ia tak membunuh dan mengenepikan pandangan dari sudut agama. Gua cipta agar ia selari, bukan bertentangan. Kerana malangkaui agama boleh mengundang bala. Bagi gua yang haram tetap haram dan yang syubhat minta dijauhkan.

Di media gua perhati makin kearah neraka Jahannam. Semua seakan selari, selari membelakangkan agama. Pak menteri cakap pun gua perhati serupa sampah. Tak macam khalifah zaman sahabat, tabi'en atau tabi' tabi'en. Ketika itu ulama yang memberi nasihat lalu akur patuh seperti bapa mendidik anak. Itu belum puak artis, karyawan, ahli perniagaan berceloteh pasal hukum agama. Gua tak nampak sandarannya. Kalau al-qur'an pun paham hujung-hujung ayat je. Padahal ilmu ulum-al-qur'an pun bangang. Belum masuk lagi Qawaidnya, Usul Fiqhnya, Mustalah hadis lagi.

Isu hak kemanusiaan/hak asasi manusia bagi gua sudah lapuk, sudah jahanam, hancur dan mengundang bala. Dicipta puak penjajah membela orang kononnya padahal membelakangkan nas. Yang thabit dan qat'ie. Maka meraban encik mufti kita, ulama' kita yang lurus untuk menerangkan pada orang jahil tadi. Maka ia boleh terbit orang yang membantai agama, merasuah agama.

Wujud pandangan liberal, ektrimist dan sebagainya bukan mencantikkan agama. Ia memusnahkan saki-baki kecantikan agama itu sendiri. Kita sudah miskin. Apa pun kita tiada sekarang ini. Tapi orang kebanyakan tidak perasan, leka dan terawang-awangan khayal seperti disuntik dadah. Rujukan yang ada semakin jauh, terpinggir dan yang tinggal ialah manusia-manusia gila, rakus mengejar keuntungan dunia.

Contoh mudah pemakaian tudung yang nampak lurah dada, yang lagi bangang terus tak pakai tudung, menari sehati berdansa atas tujuan membuat amal, menyanyi untuk cari rezeki yang halal, berlakon berpeluk atas dasar ikut skrip padahal bukan suami isteri, pergi disko untuk lepaskan tekanan kerja dan sila tambah lagi diruangan komen ye!!

8 comments:

Anak Langkawi said...

Aku setuju. Lahanat malaun ni memang mengundang bala. Agama kita benda picisan je sekarang ni

Anonymous said...

1. Apabila Majlis mufti mengatakan sure heboh haram Umno tidak ikut

2. Apabila majlis mufti mengatakan kongsi raya haram Umno tidak ikut.

3. Apabila Majlis mufti kata bertafakkur di depan tugu, Pak lah sendiri tidak ikut

4. Apabila mufti membantah penggunaan kondom, methadon untuk mengelak penyakit aids Umno tidak ikut.

5. Garis panduan hiburan yang dibuat oleh JAKIM Umno tidak ikut.

j or ji said...

sureheboh haram...jomheboh tak haram.

-mencari rezeki yg halal...
aku selalu tersentuh dengan ayat ikhlas ni dari mulut artis..terharu.mereka mahu rezeki halal..itu satu perkembangan positif.kami bukan merompak atau ambil rasuah.

sayangnya...rezeki mereka tak boleh dizakatkan..jadi mereka menderma...

salah sapo tu?caman nak dibetulkan tu? sapa nak jawap?

gua berkata-kata said...

Kenapa kerajaan tidak meletakkan Mufti seperti penasihat undang-undang yang akan menasihati kerajaan kalau ada enekmen yang bertentangan dengan Islam. Kalau nasihat Penasihat Undang kerajaan wajib ikut supaya ia ikut lunas undang-undang, kenapa mufti tidak boleh nasihat kerajaan dalam bidang agama yang wajib diikut.

kuIna Jentayutiara said...

sy bkn org yg bijak pandai & arif tntang agama.. tp sy melihat kepincangan masyrakat skrang adalah kerana dijauhkn dr agama. Menteri brckp soal agama tp cedut separuh aja jd maksud & matlamat tersasar. Ulama @ mufti pula tak dipedulikn, ckp byk ditendang.

apei budak kampung said...

aper lu cakap gua amat sokong!

Hidemichimomotani said...

Artis-artis wanita sespesis Hetty Sarlene selalu berkata "...bakal suami saya mestilah yang beriman dan membimbing saya ke arah kebaikan..bla bla bla"

ab geldofg said...

:)