Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, December 15, 2008

70-Petua memilih bakal isteri

Banyak aku tengok blog orang lain tentang memilih itu ini. Semua macam pandai. Walaupun kadang-kadang tu ada jugak masuk akal. So, aku pun nak tulis gak la tip-tip memilih gadis yang boleh dibuat isteri mengikut perspektif aku sebagai pensyarah kanan di sebuah universiti terkemuka di selatan tanah air. Kita mulakan..

  1. Sama agama. Boleh amik yang berlainan agama tapi bahaya kot-kot kena kapak. Kalau kental takpe. Gua tak kisah.
  2. Ada rupa sikit-sikit. Body pun sederhana. Kira-kira sedap mata memandang la. Kalau semak tak yah la.
  3. Suara best. Suara macam Fasha Sanda tak de nilai kat sini.
  4. Tak suka ngajuk, cemburu sikit-sikit je. Gedik tak melampau. Buat pompuan yang kat luar sana, Gedik-gedik kalau korang nak pikat lelaki atas 50an ye. haha
  5. Reti memasak, membasuh,siram pokok bunga, bagi ayam makan, menyangkul, pokoknya serba bolehla.
  6. Jenis yang tak tinggal semayang.
  7. Jenis bukan kaki shuffle, kaki disco dan pelbagai gejala keruntuhan moral lain yang membuatkan rezeki mahal.
  8. Jenis bangun subuh. Kalau tak kang takder sarapan. Sarapan itu penting untuk kesejahteraan perut.
  9. Sama hobi atau jenis support hobi kita. Kalau kita je support hobi dier memang tak logik. 99% hobi pompuan ialah shopping. Gua tau sesangat. Hobi pemusnah poket para suami.
  10. Pandai jaga hati suami dan jugak rahsia suami. Kang kot dier citer kat orang suami dia ada buasir tak ke naya?
  11. Tahan dugaan dan kental jiwa. Kot la suatu hari nanti ditimpa musibah. Tak la jadi macam sorang tu. Siap ada pulak video terjah eklusif dari melodi bila ada gaduh laki bini "ingat saya takda mak bapak".
  12. Tambah la lagi...ini serupa macam pompuan impian gua la. Buka leh jadi tip sangat pun. Saja gatal tangan nak menaip tapi takder idea..hehe

3 comments:

anntaj said...

yang ke-10 tu nakal...
:))

Anonymous said...

nakal apanya?

LYS said...

sokong sungguh had no 3 tu...!!
saper setuju angkat keyboard..cepat!!!..