Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Friday, December 5, 2008

56-Teruk sangat dah ni.

Hari ni jadi aku pulak lak lah. Tak mau gua..

Sensitif atau tak pada korang itu aku tak tau. Dalam penjelasan tadi Mashitah memberi tahu Parlimen daripada 2,360 hotel hanya 18 buah saja yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Islam (HDC). Ini bermakna tidak sampai 1 peratus atau hanya 0.76 peratus saja yang mendapat sijil halal. Bayangkan betapa umat Islam negara ini yang berkunjung ke hotel terdedah dengan memakan makanan yang tidak halal. (msomelayu)

Ini sudah berat. Hari-hari kita keluar masuk hotelkan? Terutama pada yang outstation.

Jawaban Mashitah ialah kerana ia tidak mendapat kerjasama daripada pihak hotel dan tidak ada akta khas untuk menguatkuasakan hotel mendapat sijil halal dan menyediakan makanan halal. Selain itu katanya adalah rumit bagi hotel menyediakan dua dapur - halal dan haram kerana ia melibatkan pengubahsuaian dan memerlukan perbelanjaan.

Aku tak kira ko sape?UMNO atau PAS atau PKR dan yang aku nak tekankan kat sini ialah kita semua mengaku ISLAM!!. Kita beramal dengan ajaran ISLAM. Walaupun tahap kefahaman seseorang tu berbeza antara satu sama lain. Haram itu merangkumi bekas yang diaorang buat masak. Itu adalah perkara yang asaskan? Secara logik pejadah pulak tukang basuh mangkuk, pinggan tu nak menyamak hari-hari kat belakang tu.

Apa yang aku nampak hikmah disebalik pengharaman sesuatu makanan dan minuman itu. Termasuk juga air setan yang orang-orang besar kita selalu tonggang tu. Maklumlah apa kelas minum teh o limau kat hotel kan? Pastinya ia berkait rapat dengan perangai dan akhlak seorang peminum tu kan? Maklum dan logik ia menjadi darah daging dan membentuk peribadi seseorang. Secara mudah faham, orang yang mentedarah benda haram ni akan ditunjukkan sedikit sebanyak perangai macam haiwan diaorang tu. Tak mau terima kebenaran dan menyokong kemungkaran.

Sekarang kita masuk sessi kedua. Maksud aku disini ialah penghayatan agama disisi orang yang menganut agama ISLAM di Malaysia ini. Belum kira bantahan dari mereka-mereka pada apa yang dikeluarkan dari Majlis Fatwa dan Jabatan Mufti Negeri. Ini termasuk juga cendekiawan agama dari universiti hatta guru agama di sekolah. Semua seperti mencurah air di atas daun keladi kan? Aku kagum dengan mereka-mereka ini kerana tidak berputus asa. Aku harap pada yang baca posting aku ini pun sama. .

Aku heran seorang yang bertaraf doktor mempunyai jawapan sedemikian rupa. Aku lebih berminat untuk mengetahui langkah pencegahan dan tindakan yang akan dibuat, bukan mendengar alasan yang tak masuk akal. Ngko bukannya takder kuasa. Jawatan pun taraf menteri. Bukan guru sekolah rendah. Fikirkanlah wahai mak menteri......

,

So kena tunggu bakal pak haji kita sorang tu balik la kan?

No comments: