Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, April 23, 2010

Che Det dah tak macam dulu. Sedihnya.

Semalam dengarnya Che Det datang juga ke Hulu Selangor berkempen untuk Barisan Nasional. Hek eleh, takdelah gegar sangat. Takkanlah nak kempen untuk calon bebas pulak kan? Eh silap, bebas dah tarik diri kan?

Katanya Zaid calon PKR tu katak. Hek eleh, mamai ke apa tok chik sorang ni? Memanglah beliau tu katak. Tapi apa pasal beliau jadi katak kenapa pulak lu taknak ulas? Beliau menjelma macam kaedah Ultraman tu menjadi katak kenapa pulak lu taknak hurai? Ibrahim Ali yang lu sibuk-sibukkan itu di mesyuarat ke apa ntah tu apa pulak? Unta? Gajah? Zirafah? Semut? Belalang tempur? Ikan Jenahak? Lala?

Lu di gelar Bapa Kemodenan. Slogan Wawasan 2020 lu tu sampai kumpulan KRU bikin lagu lalu menjadi siulan anak-anak muda masa tu nampak jugak gahnya berbanding slogan PM-PM selepas lu cumanya tak pulak gua hafal lirik lagu tu. Tapi kenapa cara lu kempen jauh kebelakang macam tak wujud TV digital, Internet berkelajuan tinggi siap ada Broadband, 3G, Wifi, ilmu tuju-tuju, Astro Beyond, Satelit Measat, pergi angkasa pastu balik citer lajunya kapal angkasa tersebut sampai compare kelajuan dengan kereta F1 dengan Alex Yoong (dua-dua sengal), DVD, 3GP datin terlampau dll.

Citer pasal Zaid ada kuda lumba tapi tak berjudi lumba kuda dan lu ada kuda tapi tak boleh nak berlumba. Apakejadah semuanya ini? Tak paham la. Abis mesin lumba kuda tu apa pulak? Kenapa tiba-tiba mesin pulak boleh berlumba kuda dan boleh berjudi sekaligus? Sihir apa pulak ni? arghhh... tak pahamnya. Kompleksnya lah statement dalam ceramah gegar Astro lu tu!!!!

Susahkan bila orang dah salah tapi nak tunjuk dia tu tak bersalah dan hanya orang yang disekelilingnya sahajalah yang bersalah. Maka terciptalah kenyataan-kenyataan level bermasalah dan sering disalah-ertikan. Lu paham? Nak gua translate bahasa Argentina?

Bila jadi macam ni dan tiba-tiba editor tercetak pulak kat akhbar (Utusan dan Berita Harian) esok, lu agak-agak apa yang terjadi pada marhaen-marhaen lu dulu? Boleh sawan tau tak?

"Susahnyalah nak paham kata-kata mantan PM kita ni ye" ujar satu orang pakcik tu sambil membetulkan payung beca beliau.

"Penuh hikmah dan cukup ramuan balaghah beliau, cantik" ujar seorang ustaz lepasan STPM sambil melilau mencari rokok sentil akibat kenaikan mendadak harga rokok Dunhill di Malaysia.

"Kenapa harga rokok ni naik lebih laju dari harga ganja padahal takdalah steam mana pun rokok ni walau di hisap 20 batang sekaligus" kata seorang mat ganja sambil tersenyum kerana tak paham kehendak soalan dari wartawan kepada beliau. Mungkin pagi ni beliau terlambat nak pekena rutin ganja beliau akibat terlambat tidor pikir masalah-masalah ummah dan sosial yang membarah dalam masyarakat hadhari ciptaan Pak Lah dulu.

Mungkin sudah sampai masanya beliau menghafal Al-Qur'an pulak. Manalah tahu, boleh jugak tercalon guru KAFA tahun depan di kampung halaman beliau. Berbaktilah kat kampung sendiri pulak. Separuh umur dihabiskan berbakti diseluruh pelusuk dunia dan negara, kan cantik starting dan endingnya kat kampung halaman sendiri. Barulah cocok ngan peribahasa orang dulu-dulu 'seperti sireh pulang ke ganggang'

No comments: