Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, April 28, 2010

Gua terbau racun tikus!!

Walaupun tugas dia tu penegak kebenaran dan mencegah kebathilan, belum tentu betul semuanya. Biasanya majoriti begitulah dengarnya. Namun segelintir pastilah anai-anai yang mencacatkan dan merosakkan.

Dalam apa-apa institusi terutama dalam hal kerja, biasa kita dengar yang pemalas, kaki tuang, kaki bodek dan segala macam jenis kaki lagilah yang mana kalau gua taip sampai subuh takkan sudah.

Polis itu bunyinya baik kerana kerjanya itu mulia asalnya. Namun semua orang tahu yang polis juga ada kaki rasuah, kaki bodek boss, kaki tuang, kaki bercagu juga ada dan macam-macam lagilah. Yang gua taip tu negatif semuanya tapi taklah semua berperangai begitu. Tanya saja apis gemok, company dia pun ada beragam perangai juga dan termuat juga yang baik-baik seperti beliau tak pulak gua nafikan.

Bila meletop kisah budak 15 tahun itu yang ditembak lalu meninggal dunia dan semacam pulak beritanya keluar seakan-akan ada benda mahu disembunyikan maka takkan kita juga bodoh untuk terus membenarkan tindakan polis? Ada gua terbaca dialog dari mereka sebagai saksi yang diwawancara wartawan ulasnya mendengar berbalas tembakan!! WTF?? 15 tahun tu bai!!!!

Ada juga versi katanya dia itu join geng samun, ada versi pulak katanya baru pulang pegi nonton bola atau main bola (gua lupa yang mana satu). Gua bertambah pelik!!!!

Nak gua ulas panjang-panjang masih lagi dalam siasatan polis. Secoret yang terpapar disini datangnya dari sumber yang berkeliaran di media-media tak kira yang tradisional mau pun yang moden.

Pilu bila menonton sidang media dari ibu dan kakak si arwah dan pembelaan sewajarnya dan siasatan menyeluruh itu perlu. Kes Kugan, Teoh Beng Hock, dan perempuan yang namanya gua lupa itu pernah keluar laporan dari Malaysiakini seakan-akan serupa. Penjawat awam tak kiralah sapa pun, kalau dah salah ia perlu dihukum!!

No comments: