Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Thursday, April 15, 2010

Sihir vs Teknologi.

Member gua masuk hospital balik. Tahun lepas eksiden masuk besi. Apa jenis besi tak pulak gua tahu. Ada dia bagi tahu jenisnya tapi banyak benda lain lagi gua kena ingat dari nak ingat nama besi yang tampal kat tulang peha dia tu.

Masalahnya jadi lain. Besi lama katanya dah tak sesuai. Kesesuaian apa binceknya pun gua malas nak amik pusing. Pasal Palestine ngan Arsenal main sambil tido tu pun kadang-kadang gua terlebih amik u-turn inikan pulak masalah besi. Lain la kalau doktor tu bubuh kayu atau plastik kat kaki peha member, berdemo la kita gamaknya.

Solusinya bubuh besi baru dalam tulang. Masuk ikut bontot!!!

Perghh... Canggih kemain. Bukan canggih bubuh dalam tulang pada pandangan gua tapi teknik dan arah kemasukan tu yang buat gua tak lalu nak pegi Radix Friee Chicken jap lagi.

"Mulalah melalut tu..." ujar bulu kaki gua.

Ok, kita sambung.

Skang dah jadi masalah pada gua. Ingatkan teknologi abis dah kepala otak gua, rupanya teknologi yang ada sekarang ni melampaui sihir Firaun dan Namrud. Apa bendanya sihir tu, nanti-nanti kita bincang bila Kertang yang member gua nak ngail tu dia buat masak sweet sour. Baru bersemangat nak berusrah dan beruzlah.

"macam celaka ngarut ko nih". nyampuk jin tanah belaan gua.

Isyak pun dah nak masuk. Wudhu' gua tadi ntah ada ntah tidak. Buat Hafiz, pepandai la lu jaga diri. Gua mula perit kepala bila teringat perihal bontot-montot ni. Ada kesempatan gua amik masa lawat lu kat spital. Sms gua waktu lawatan ye. Schedule gua tight ni. Pukul 10 malam keatas rasanya baru free. Hujung minggu skang gua amik upah ngumpul telor ikan buat tambah pendapatan.

Nanti-nantilah gua re-schedule balik jadual waktu gua. Ni lah bahananya bila amik mudah perihal jadual waktu masa di bangku sekolah. Dapat kaki bangku pun satu hal jugak. Nasib baik gua tak jadi calon bertanding PRK Hulu Selangor. Kalau jadi gamaknya bila lu dapat anak ke empat esok la kita jumpa ye?

:)

1 comment:

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

wahaha..takpe..kalau ko dtg pun ko pasti lega..pasal bukan masung ikut bontot pun..tapi tepi pinggul ni ha..doktor adjust sikit kawasan kemasukkan dia..wahaha