Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Sunday, April 25, 2010

Debaran kian terasa...

Pintu untuk mengundi sudah di tutup hampir 2 jam yang lalu. Debaran kian terasa. Macam budak baru tumbuh gigi dibuatnya. Zaid dan Kamalanthan apatah lagu ye tak?

Merantau dari blog ke blog makin buat gua bertambah berdebar. Huh, harap berita baiklah malam ni ye..

Oooppsss... member gua yang masuk besi ikut bontot tu dah keluar hospital dah. Nampaknya usrah mingguan mungkin akan berjalan seperti biasalah lepas ni gamaknya. Makin sibukla gua sebagai guru mursyid nampaknya namun untuk membangunkan sahsiah remaja-remaja telajak ini akan ku teruskan jua. "lu Lukut jangan buat sibuk-sibuk pulak ye?"

Terima kasih dan syabas buat mereka yang bertungkus-lumus meraih undi dan yang berkampung disana demi memastikan PR terus hidup di Hulu Selangor. Jasa anda insyaAllah akan ada balasannya. Mungkin generasi akan datang dapat melihat berkuburnya UMNO yang bongkak, sombong bodoh itu.

Gua tak larat nak tengok update kat blog memember, makin kuat debaran. Gua tunggu result ajerlah....

No comments: