Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Sunday, April 25, 2010

Harapnya janganlah kamu buat satu tindakkan yang merugikan esok....

Esok nampaknya bolehlah rakyat Hulu Selangor hidup dengan aman dan damai. Abis dah highlight satu negara pada Parlimen nan satu itu. Lusa semua orang akan berkemas balik. Antara Zaid dan Kamalantah, salah sorang akan angkat sumpah di Parlimen selaku wakil rakyat dan bertanggungjawab untuk rakyat di kawasannya. Yang tak dapat angkat sumpah, pelan-pelan nama mu itu akan luput di telan sejarah. Tapi bagi wa Zaid mungkin akan ada banyak kerja lagi. Maklumlah memang sebelum di isytihar bertanding pun dia dah popular dah. Macam Siti Nurhaliza gamaknya.

Peperangan terbuka akan tamat tapi peperangan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional akan berterusan. Peperangan zaman berzaman atok wa cakap sebelum dia meninggal dunia dulu. Gua pun lupa tarikh tepat meninggalnya beliau itu.

Peperangan dalam menegakkan idealogi. Mempertahankan dasar yang masing-masing rasa betul. Hebahannya ada dan terpulang pada kita untuk menilainya. Gua dah nilai dalam tempoh sejak Anwar Ibrahim dipecat atas tuduhan salah laku. Salah lakunya itu pelik sangat Bagi gua sebab skrip terlalu longgar di mahkamah. Kot di tuduh rasuah agaknya mungkin sekarang gua totok UMNO macam uncle gua yang sorang tu. Nak kata senang tak la jugak, dengarnya bankrap c jugaklah dia itu.

Bila sahaja ditubuhnya PKR dan bergabung pulak dengan PAS dan DAP, terdetik jugak gua betapa genius mamat sorang ni. Maklum sahaja PAS dan DAP dah berkuntau idealogi sekian lama. Islamic State dan Malaysian Malaysia memang macam air dan minyak waktu tu. Tapi bila dah duduk semeja dan berperang ke arah UMNO dan Barisan Nasional dan menetapkan hak pada yang berhak serta amanah dalam menunaikan tanggungjawab maka choice pada gua waktu tu memang takda melainkan gua sokong Pakatan Rakyat buat masa sekarang. 10 tahun lagi gua tak jamin la kan.

Gelaran komunis pada DAP dan Extrem agama pada PAS gua tak ambil pusing. Nak kata dulu Lim Kit Siang anggota bintang 3 takda pulak tertulis dalam buku sejarah. Haji Hadi dulu sama-sama Osama bin Laden kat gurun Afghanistan tak jugak gua dengar ada mulut-mulut bawak cerita. So takde masalah la kalau nak banding UMNO dengan APCO tu. Jawab terkial-kial alih-alih bawak ke JK hak Parlimen. Rasa nak bagi pelempang pun ada gak pada yang gatal-gatal tangan buat kerja tu.

Setiap kali PRK memang UMNO janji macam-macam. Gua tak tahu tempat lain tapi UMNO menang kat Bagan Pinang memang ada perubahan. Perubahannya Adun tu dapat kawin lagi.... kahkahkahkah... Dengarnya pelbagai janji UMNO BN bawak pergi ke Hulu Selangor. Heran jugak, yang bertanding MIC tapi nape UMNO pulak yang bagai nak gila korek tabung rakyat? MIC takde tangan dah ke nak korek tabung buluh tu?

Percayalah, Michael Jackson tetap dah mati dan takkan hidup semula, Siti Nurhaliza akan terus menyanyi menghiburkan kita semua, Minyak tetap akan naik tahun ni tak kira BN kalah atau menang, dan ia tetap akan sebegitu. Menang atau kalah BN esok janganlah mimpikan bantal emas. Bantal tu dia punya. Sampai matilah dia takkan kongsi ngan orang lain. Janganlah kamu terus diperbodohkan lagi!!!!!

No comments: