Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, April 24, 2010

Sepantas berita di Hulu Selangor.

Saat akhir dah skang ni di Hulu Selangor. Dua-dua pihak masih lagi tadak ada yang mahu mengalah sebab kalau mengalah skang ni maka hilang la wang deposit. So, tindakan yang bijak tunngu ajelah sampai wisel penamat di bunyikan oleh SPR nanti.

Panas memanglah panas. Kehadiran TGNA dan pimpinan yang lain merancakkann suasana. Di belah BN pula apa kurangnya. Kerahan tenaga segala agensi asal boleh di punggah. Kalau Jabatan Hutan free pun gua syak akan kena paksa sekali. Relevan Jabatan Hutan ni dengan Hulu Selangor tak pulak gua tahu.

Setakat ni tak gua dengar ada mana-mana dari dua pihak ni menjemput artis-artis untuk berkempen sama. Mungkin Siti Nurhaliza and the gang busy benda lain gamaknya. "Weh, buat Jom Heboh pun sempoi jugak nih..." ada satu pakcik menjerit bagai halilintar kuat suara dia tapi takder siapa yang pedulik.

Berdebar memang berdebar. Macam tunggu saksi kata sah bila dah sudah akad nikah lagaknya. Bagaimana la perasaan Zaid dan Kamalanthan masa ni ye? Malam karang dapat tidor atau tidak mereka berdua tu. Ada gua kesah?!! hahahaha....

Dengarnya malam nanti ada debat. Anjuran PKR nak lawan one by one antara Anwar dan Najib. Hek eleh, PKR ni pun satu. Yang provoke sampai tara macam tu buat apa, ingat Najib berani ke? Kalau Rosmah apatah lagi. Ajak la Zul Kulim ke, Zahrain ke, Ezam ke barulah percent tu tinggi puak ni datang...

Petang-petang ni merapu memang best tapi best lagi layan kartun kat TV...

Chaw dulu ye.......

No comments: