Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Saturday, April 24, 2010

Sudah dekat masa untuk mengundi, pastikan anda semakin cerdik ya penduduk Hulu Selangor.....

Apabila Najib balik sahaja dari Amerika pastinya beliau akan makin nampak gempak. Maklumlah sudah buat perbincangan 4 mata dengan manusia yang paling berkuasa di atas muka bumi ni. Diulang, manusia yang paling berkuasa di atas muka bumi. Canggih kan ayat gua.

Tapi kenapa di Hulu Selangor semalam beliau merepek-merepek yang bukan? Mana penasihat beliau yang berkelas dunia itu?

Janji-janji pembangunan ini setelah di analisa oleh pakar-pakar yang dari pelbagai lapisan adalah tidak berapa relevan lagi. Dan kenapa kaedah ini masih diguna pakai oleh Najib???

Adakah ini strategi Najib untuk masih menganggap orang lain bengap dan dia sorang aje yang pandai? Rais Yatim pun satu. Yang pegi janji 11 kiosk untuk penduduk Hulu Selangor tu apa jadah? Bukan gua membantah, tapi kenapa mesti bermula di Hulu Selangor? Bila jadi begini orang lihat seperti rasuah politik pun ada juga.

Pampasan yang dibayar semalam adalah tunggakan dari penantian penduduk Felda sejak belasan tahun. Sejak dari awal 90an dan pada ketika itu Hulu Selangor dibawah kuasa Ahli Parlimen Barisan Nasional manakala Negeri juga bermenteri besarkan di kalangan ahli UMNO. Ini seperti membuka kesalahan diri sendiri dan bukan kesalahan PR secara langsung atau tidak langsungkan??? Lagipun pampasan pada penduduk Felda, nah!!!!! Nasib baik ada PRK, kalau tiada? tunggu lagilah belasan tahun atau PRU yang akan datangkan?

Sesudah menelanjangkan calon PR dengan isu moral peribadi dan kemudian kantoi-mantoi yang rupanya pemimpin dari kalangan BN sendiri pun bermasalah, gua simpati UMNO dan BN tetap jadi juara dalam membodohkan diri sendiri di khalayak ramai.

Isu gambar Eli Wong yang dengarnya bersepah-sepah dalam keadaan menghairahkan juga buat gua musykil. Adakah mereka lupa atau buat-buat lupa tentang Chua Soi Lek?

Aduhai UMNO BN, kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa?

Tell me, tell me..........

No comments: