Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Thursday, April 29, 2010

KJ kena do something..

Ada sesuatu yang tidak kena bila Ezam diangkat jadi senator. Yang tak kenanya bila gua tengok nasib Khairy Jamaludin aka KJ. Adakah nasib KJ akan berubah atau akan tetap macam tu jugak? Berat persoalan ini.

Dalil tidak diangkat KJ menjadi menteri ketika menang pemilihan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pusat ialah untuk menguatkan parti dari dalam dan luar tapi serasa gua beliau gagal. UMNO tetap begitu. Suara Pemuda makin tenggelam. Suara Pemuda Gerakan dan MCA yang gua tengok makin lantang. Pemuda UMNO lambat dalam memenangi apa jua isu. Putera dan Puteri apatah lagi.

KJ gua ingat kena buat sesuatu. Ezam kedepan dah. Tak mungkin beliau berpaling kebelakang dah. Itupun kalau beliau dapat post menteri. Huh... Ibarat mimpi ngeri buat KJ gua syak walaupun nanti KJ akan nafikan macam biasa.

Dan kini PERKASA! Macam lidah UMNO gua tengok. KJ makin tenggelam dek perkasanya Ibrahim Ali walaupun Ibrahim itu tak la muda lagi. Liat jugak hayat beliau ye.. Memang hardcore la moyang gua cakap dia tu walaupun moyang gua meninggal dah dan gua tak sempat tengok beliau.

Ok. Dah maghrib..

No comments: