Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, April 5, 2010

Kini giliran gua pulak melalut selepas Muhyiddin, Najib dan Rosmah..

Kalau aku tercalon sebagai wakil mana-mana parti untuk bertanding di PRK Hulu Selangor, maka inilah janji-janji ku buat pengundi disana sekiranya daku menang..

1. Akan ku bina 40 biji buah sekolah. 10 biji sekolah menengah dan belennya ku bina sekolah rendah.

2. Aku luluskan peruntukan buat penambah baikkan buat masjid sebanyak rm1 juta.

3. Peruntukan rm20 juta untuk atasi masalah banjir.

4. Aku bina kilang batu permata dan tempat lebur jongkong emas bagi 30 000 tempat untuk peluang pekerjaan.

5. Setiap jalan-jalan kat kampung akan ada double lane tanpa tol. Manakala turapan jalan kampung pula standard macam litar F1 Sepang.

6. Ingat nak buat hospital la skali.

7. Aku akan panggil pelabur-pelabur dari Eropah dan Negara Teluk agar buka kilang mereka di sini.

8. Juga ku berjanji manis untuk luluskan peruntukan membina 6 biji Hypermarket bagi memudahkan para petani dan penternak Hulu Selangor memasarkan barangan mereka.

9. Francais kilang Proton juga ku pikir sesuai juga dibuka disini. Saja nak buka lebih peluang pekerjaan.

10. Setiap rumah dipastikan mempunyai bekalan asas seperti air dan letrik. Tiada yang terkecuali.

*****

Gua janji saje. Mana nak datang duit wa ALLAH hu a'lam la kan.

1 comment:

mamakmuda said...

Salam... Wehhh...keh...keh...keh!! Wa caya lou!!!