Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, April 24, 2010

Terjamin masa depan anda dengan UMNO!!!!

2 bekas Exco Perak bebas 16 tuduhan rasuah

IPOH: Mahkamah Sesyen di sini semalam, membebaskan dua bekas Exco Kerajaan Perak dan tiga yang lain daripada semua 16 tuduhan rasuah termasuk dakwaan rasuah seks membabitkan projek pembangunan tanah bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, dekat sini.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan membebaskan dan melepaskan semua tertuduh tanpa dipanggil membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Kedua-dua bekas Exco berkenaan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; serta tiga lagi iaitu bekas Adun Bota, Usaili Alias; bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan dan ahli perniagaan, Fazirul Azim Ismail, dilihat berpelukan sesama mereka ketika berada di dalam kandang tertuduh sebaik mendengar keputusan itu. Usaili dan Mohd Osman dilihat tidak dapat menahan sebak dengan Mohd Osman kelihatan berulang kali mengesat air mata ketika keluar dari mahkamah.

*******


Kenapa lepas? Kenapa bebas?

Macam-macamlah politik sekarang ni. Kebal aje kalau sokong UMNO kan?

UMNO SUCI!!!!!

No comments: