Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Thursday, April 22, 2010

PRK yang best dan panas!!

Memang panas betul PRK kali ni. Pendedahan demi pendedahan kebusukan UMNO dan Barisan Nasional terus berlaku. Satu keseronokan pulak pada gua. Gua seronok bukan apa, keseronokan puak ni menggelabah macam cacing kepanasan. Yang tersasul-masul pun ada. Sendiri salah lagi mahu cari salah orang lain. Orang kalau dah buat salah memang macam tu.

Pada gua, jangan diberi peluang puak-puak macam ni. Mereka cukup kenyang dah makan anak bini. Rakyat biasa-biasa kat bawah ni dah taraf hampir nak telan rumput. Nak kobar susahnya cari rezeki. Lagi mahu mahu menyalak isu ketuanan rakyat. Rasa nak meludah pulak malam-malam ni....

Ezam dah ngamuk. Pusing hal kotak-motak pulak. Ada ajer isu baru dan gempar kononnya sesumpah ni buat. Sambil gua buat air teh bila dengar sesumpah ni bercerita pun confirm teh gua makin rasa sedap. Terkejut? eleh, dia jilat balik ludah dia pun gua tepuk tangan. Tak heran langsung.

Apa cerita kabarnya Kamalanathan punya degree palsu? Betul ke? Kalau betul sah naya puak MIC selama ni ada orang macam tu jadi pemimpin. Silap besar VS Chandran tarik diri. Kalau tak ada harapan menang gak...

TGNA dah turun.. meriah!!!! sayang gua busy benda lain.. Takpe, PRK lain kali gua join.

No comments: