Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Saturday, April 24, 2010

Jom bersarapan......

Pada majlis itu, Perdana Menteri juga membawa berita gembira kepada kira-kira 5,000 penduduk Bandar Sungai Buaya dan hampir 20,000 penduduk sekitarnya apabila mengumumkan pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya di Lebuh Raya Utara-Selatan membabitkan kos RM85 juta pada tahun depan.

Beliau berkata, ia membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) komited mengatasi masalah rakyat terutama di kawasan berkenaan.

"Inilah komitmen kerajaan BN. Atas usaha Datuk Seri Noh Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kita dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Pengerusi Idiqa Development Holdings Sdn Bhd, beliau berjaya membantu untuk bayar kepada pemilik tanah.

"Setiap penerima, iaitu 80 Melayu, tujuh India dan 13 waris masing-masing akan menerima RM50,000 setiap seorang," katanya pada majlis yang turut dihadiri Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Sebelum ini, peneroka tanah rancangan Felda itu menuntut bayaran pampasan dijanjikan pemaju yang gagal membangunkan kawasan itu sejak pertengahan 1990-an. Mereka hanya menerima RM250,000 daripada RM1 juta pampasan yang dijanjikan selepas projek itu terbengkalai atas sebab-sebab tertentu termasuk krisis ekonomi pada 1997.

******

Sebab apa aku seronok setiap kali ada PRK?

Sebab UMNO dan Barisan Nasional secara automatik akan bersifat keanak-anakkan. Macam budak 4 tahun yang lambat putus susu.

50 tahun takkan masih begini strategi peperangan?

Jom pegi sarapan. Sabtu pagi yang indah ni pekena roti bakar ngan telur separuh masak 2 bijik memang mengancam.....

1 comment:

[ :: toyu:: ] said...

aku yakin dengan calon PKR dlm PRK Hulu Selangor ni. Semoga kemenangan dpt dicapai dlm pemilihan tersebut.

Dan aku tgk suasana di Hulu Selangor ni terutama sekali di Sungai Buaya cukup pesat membangun sejak terjadinya PRK ni. Kalu la tadak PRK ni.. rasanya tadak sekoq haboq pun yg nak ambik peduli. Kena ada hilang nyawa baru ada pembangunan.

Bayang tengok la...

1- Sebelum adanya PRK ni, depan Sekolah Keb. Bandar Sungai Buaya di tambak tanah punya la lama. Kalu time hujan tu belodiaq habih tanah2 tatkala hantaq anak ke sekolah. Dan secara magiknya mengkala org2 besar mai dok bekempen dan dan tu juga depa boh tar... ni la pukulan PRK

2- Jalan jalan pun bnyk berwajah baru...Dan secara magiknya mengkala org2 besar mai dok bekempen dan memberikan beberapa janji dan dan tu juga depa bagi elok jalan tu... ni la pukulan PRK

3- Dulu kat simpang Koskan nak masuk ke Sungai Buaya tadak pun sapa sapa atau pihak yang berkenaan nak boh lampu isyarat. dah bopa nyawa yg melayang kat situ. Dan secara magiknya mengkala org2 besar mai dok bekempen dan dan tu juga depa boh lampu isyarat .. ni la pukulan PRK

4- Ni topik yg hebat - interchange. Dah bopa kali ngundi baik kecil or besaq tak jadi jadi juga nak buat. Janji dah bermacam macam. Tunggu bajet la, tunggu kelulusan la, nanti kami buat la... arghhhh suma tu tak bley pakai. Dan secara magiknya mengkala org2 besar dok keluaq masuk mai program itu la ini la, mai dok bekempen dan dan tu juga depa kata akan di bina.....punya la baguih depa bagi stetment. Entah betui ka dak tatau la... ni la pukulan PRK

5- Masaalah peneroka Felda Sungai Buaya kena tipu tu pun dah berlarutan bopa punya lama... tadak sapa pun pihak yg berkenaan mai tgk dan tolong... hanya janji saja. Kesian aku tgk depa... sampaikan dah jadi org susah dek kerana penipuan tersebut. Hat tipu tu makin senang dan lenang sambey dok gelak hahahahahaha...Mana dia hat jadi pemerintah selangor dulu. Mana pi dia. aku tau dia senang dan kaya dan mewah. Takmau nak ambik tau org org susah ni... Dan secara magiknya mengkala org2 besar mai dok bekempen dan dan tu kata akan tolong... ni la pukulan PRK. Nih kemarin siap umum bagi duit kat peneroka dan juga bagi bank draft. Diulang : BANK DRAFT. Perghhh... Dan katanya lagi, baki yg lain lain tu akan dilangsaikan sekiranya... SEKIRA BN dapat tawan Selangor. Hangpa tengok tu... tengokkk...

6- dan yg paling sadisnya, dulu kalu kata nak minta bantuan polis utk hal hal keselamatan penduduk dan segala benda yg ada di Sungai Buaya depa kata depa tak cukup anggota nak berkawal dan memantau. Tapi tadi aku lalu pondok polis boleh plak depa buat dan ada polis 2-3 org dok tunggu situ. Boleh plak depa buat time time PRK ni.. Time jenayah dok berlaku depa kata payah... huhuhuhuhu... Roadblock meghata tmpt.

Dan secara magiknya mengkala org2 besar mai dok bekempen dan dan tu juga depa buat pondok polis dan letak anggota depa dok situ... ni la pukulan PRK

7- Yang terbaru. Malam tadi aku balik rasa pelik semacam kat area rumah aku. Perghh.. dah ada lampu jalan arrr... Sudah kat 10 tahun aku dok situ... ni baru depa boh...
Ni la magisnya bila ada Pilihanraya. Dan dan tu depa peruntukan... hat 10 tahun 10 tu dok tunggu bajet kot... tunggu kelulusan kot...

Tu la bahananya bila ada PRK. Baguih punya depa layan. Kalu sebelum ni sapa sekoq haboq pun nak amik tau. Pandai pandai para penduduk Sungai Buaya nak hidup. Susah ka senang ka, settle la sendiri. Tapi la.. aku rasa kalu kata nak minta tanah ka, universiti ka, agak agaknya boleh paa....